December 18

Antara MAS dan IMAN

Posted by mat . Filed under Umum | No Comments

Dalam buku Agenda To Change Our Condition, (ustad*) Hamza Yusuf mengingatkan kita akan imperatif (kepentingan) penglibatan masyarakat dengan memetik firman Allah Azza Wa Jall, Kuntum khaira ummah ukhrijat linnas (Kamu masyarakat yang terbaik yang telah diwujudkan untuk manusia).

Seterusnya beliau mengungkapkan hadis Baginda Rasulullah s.a.w., “Allah will continue to assist the servant, as long as the servant is assisting his brother.” Begitulah rahmat Allah memayungi kita bilamana wujudnya sikap tolong-menolong antara satu sama lain.

Dalam peradaban silam Islam, kegemilangannya sering dikaitkan dengan kota-kota tertentu. Dan begitu juga bila kita lihat sirah nabawi, Rasulullah s.a.w. dikaitkan dengan sebuah kota, seperti firman Allah, “Laa uqsimu bihazal balad. Wa anta hillun bihazal balad” (Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini (Mekah), dan kamu (Muhammad) bertempat di kota Mekah ini).

Percambahan peradaban dan keilmuan Islam itu juga seringkali dikaitkan dengan sesebuah kota. Ustad Hamza Yusuf memberi contoh seperti Damsyik, Baghdad, Samarqand, Cordoba, Fez, Istanbul, Timbuktu dan lain-lain. Dan ingin aku tambah juga kota-kota Nusantara yang wajar beliau sebutkan seperti Pattani, Banjar dan Palembang.

Malah para ulama kita juga diberi gelaran berdasarkan kota di mana mereka berperanan. Umpamanya, guru tersohor al-Ghazali, Imam al-Juwayni itu diberi gelaran al-Haramayn. Tokoh hadis Ibn Hajar diberi gelaran al-Asqalani (kota Asqalan). Tokoh sufi Ibn Ataillah punyai title al-Iskandari (kota Iskandariah). Ulama nusantara pun begitu juga, seperti sheikh Daud al-Fattani (Pattani) dan sheikh Abdul Samad al-Falimbani (Palembang).

Maka bila direnungkan sejenak, timbul persoalan kenapa agaknya mereka perolehi gelaran berdasarkan bandar mereka? Jangkaan aku, antara sebabnya ialah besarnya peranan mereka memimpin masyarakat dan mencorak peradaban kota-kota tersebut. Hal ini membuktikan imperatif penglibatan dalam masyarakat. Ini antara legasi yang ditinggalkan para ulama dan awliya, waris Rasulullah s.a.w. dan para anbiya terdahulunya.

Penglibatan masyarakat ini menjadi perkara yang semakin penting dalam zaman pasca moden dan global ini. Kita sudah menjangkaui era kolonialisasi mahupun ancaman komunisme. Era pasca moden ini antara ciri-cirinya ialah kebenaran relatif, wacana existentialis dan kemajmukan budaya-identiti. Zaman ini merupakan zaman peralihan dan pendefinisian semula lanskap politik mengikut corak pelobian komponen-komponen masyarakat sivik (civil society). Ini, kata DS Anwar Ibrahim, Cak Nur dan lain-lain sepertinya, adalah realiti masyarakat madani.

Untuk memainkan peranan tersebut, di USA ini kita dapat lihat trend pembentukan “jemaah Islam” di bandar-bandar utamanya. Antara terawal dan terkenal ialah IMAN (Inner-city Muslim Action Network) di Chicago kendalian cendekiawan-aktivis Rami Nashashibi. Corak ini sedikit berbeza dengan cara yang kita sudah biasa kerana organisasi seperti IMAN berdiri dengan sendirinya sedangkan jemaah-jemaah ala Ikhwani seperti MISG dan MAS tidak terhad kepada bandar tertentu.

Pada awalnya aku lihat trend baru ni tak bagus. Selalu aku dan teman-teman MAS Youth Chicago persoalkan, kenapa mereka buat organisasi yang terhad kepada inner-city sahaja? Kenapa tak terimapakai sahaja modul-modul MAS Youth dan bergerak menggunakan platform MAS? MAS punyai cawangan seluruh USA, bahkan ada jaring hubungan dengan lain-lain jemaah sefikrah seluruh dunia. Dan kami perlukan banyak tenaga manusia untuk menjayakan deretan signature projects tahunan. IMAN seolah suatu ancaman kerana mereka merebut market-share yang sekian lama kami bolot.

Apa agaknya yang istimewa tentang IMAN ini hingga mendapat sambutan sangat positif? Kenapa MAS tak boleh lakukan perkara sama? Ya, ada apa dengan IMAN? Dan bukan IMAN sahaja. Bandar-bandar lain wujud badan seperti IMA juga. Misalnya, di Los Angeles wujud badan UMMA manakala Texas ada IANT. Di Dulles, berdekatan Washington D.C pula ada ADAMS.

Di Post-Muktamar nanti kita akan adakan lawatan ke ADAMS center. Apakah aku akan temui jawapan kepada persoalan di atas?

Jom ke Post-Muktamar!

December 5

Understanding vs Blindly Choose

Posted by pisces . Filed under Umum | No Comments

Aiiii, letih betul aku tunggu nak dapatkan biasiswa untuk sambung belajar. Tension tul aku dengan sistem ni. Nak masuk kerja dengan U aku ni, kena tunggu 2 bulan, sebab nak transcript, nak dapatkan surat tawaran dari University of Queensland tunggu lagi 2 bulan, pastu kena pegi BTN lagi, ambil English test lagi, alaa lecehnya. Aku nasihatkan laa, bagi siapa-siapa yang nanti plan nak sambung belajar cam aku ni, kena faham laa procedure untuk dapatkan biasiswa ni, uhuh. Eh jap, kita kena faham ke pilih ek procedure ni. Kalau kita kata kena faham, maknanya kita kena terima je laa kan, tapi bila lalui, sama je rasa tension gak. Boleh gak kata kita pilih procedure ni, Eh!! betul ke pilih ni?? Boleh terima laa gak, sebab kita boleh je pilih ambil biasiswa lain gak kan, yang Universiti oversea ada, JPA pon ada (kalau study rajin2 boleh laa dapat), dan banyak je lagi. Apply direct kat KPT pon boleh gak, tak perlu ikut quota U aku ni yang tetiba je jadi 3 untuk tahun depan, ish ish.. tension.

Fikir-fikir pasal situasi ni, menarik gak kalau discuss pasal concept “Understanding vs. Blindly Choose”. Untuk memudahkan bila aku cakap pilih, ia bermaksud “Blindly Choose”. Dalam islam macam mana ek? Kita pilih masuk islam ke, atau kita memahami untuk masuk islam. Kalau kata kita pilih masuk islam, orang leh kata, “eh islam ni best laa, jom masuk.” atau “Ok, Christian, Judaism dan Islam, ini-mini-miny-mo kita tengok mana yang kena. Islam kena, jom masuk!!” Senang kan masuk cam tu. Kalau memahami ni, maybe lagi bagus lagi kot, ke tak?? Maybe orang akan kata “Emm… daripada kajian scientific Islam ni yang terbaik sekali, mari beramai2 masuk Islam.” Boleh kot agaknya. Sedap je aku main-main dengan perkataan kan.. hehe, padahal lebih kurang je. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang “Cemerlang, Terbilang dan Gemilang”, adakah kita faham atau pilih atau “Sebab mak ayah aku Islam, pastu IC aku pon tulis Islam, jadi aku Islam laa.” Menarik betul kalau ada orang Malaysia cakap macam tu, pastu bangga dengan slogan Malaysia tu. (Read on …)

October 6

Bacaan imam..panjang mane yang ideal?

Posted by ans . Filed under Umum | 3 Comments

Lewat malam semalam, ataupun lebih tepat, awal pagi hari ini, seperti biasa saya pulang ke rumah setelah beberapa jam ber’mandi keringat’ di tempat kerja. Tapi, hari ini saya bertekad untuk memaksa diri saya untuk beriktikaf di masjid, setelah terlepas peluang dalam beberapa hari yang lepas dari sepuluh malam terakhir ini untuk beriktikaf kerana ada kerja rumah, exam dan sebagainya. Memandangkan hari ini adalah Sabtu, saya ketandusan alasan untuk tidak menggunakan peluang yang baik ini untuk mendekatkan diri dengan masjid.

Saya masuk ke ruangan masjid kira-kira pada jam 3 dengan membawa bersama saya senaskah al-Quran yang dihadiahkan oleh kakak saya sempena pemergian saya ke Amerika dua tahun yang silam dan juga buku karangan Karen Armstrong yang saya harapkan boleh menjadi santapan minda andainya saya mengantuk kelak. Saya masuk ke ruangan masjid dan sempat menyertai jemaah yang sudahpun berada pada rakaat kedua. Saya masih positif ketika itu. Saya masih positif yang panjang surah yang dibaca oleh imam dalam qiamullail di sini adalah memadai dan tidak terlalu membebankan saya dan ma’mum yang lain.

Selepas itu, ada sedikit rehat. Makan2 secara ringan, baca Quran dan sebagainya. Aktiviti bebaslah, pendeknya. Beberapa ketika selepas itu, pakcik yang lain pula yang mengimamkan solat. Saya amat mengenali pakcik ni. Kalau tak silap saya, beliau adalah hafiz. Kalau tak mencapai tahap hafiz pun, hampir hafiz la kot. Dalam fikiran saya, saya mesti bersedia untuk berdiri lama kali ini. Namun, lama bukan sebarangan lama. Ini lama sungguh! Hinggakan badan saya yang biasanya agak segar selepas bekerja terasa letih. Dalam hati seringkali terbisik bilakah beliau akan tamatkan bacaan. Tergambar di minda saat gembira bila akhirnya dapat rukuk nanti. Saya rasa pembaca sekalian dapat menggambarkan saat-saat sedemikian. Saat bilamana terdetik sedikit rasa tidak puas hati terhadap imam kerana membaca terlalu panjang dan seakan-akan mengabaikan ma’mum yang keletihan. Selesai saja solat itu, saya mengambil keputusan untuk bergerak pulang. Terlalu letih. Alasan saya; saya rasa saya boleh solat dengan lebih khusyu’ jika solat secara bersendirian. Terpulanglah kepada pembaca untuk menilai diri saya.. lemah iman kerana tak mampu bertahan lama dalam solat, ataupun bertindak bijak dengan memilih cara yang mungkin lebih baik bagi saya.

Kini masuklah kepada point saya. Bagaimanakah panjang surah yang ideal dalam situasi tersebut? Saya sudah melihat dalam situasi yang lain; contohnya kalau semasa solat Maghrib sebelum iftar makan makanan berat, wajarlah dipendekkan bacaan. Begitu juga dalam solat Jumaat. Perlu dipendekkan kerana mengambil kira golongan tua dan tidak mampu yang wajib datang solat bersama. Namun, dalam kes ini lain sedikit, menurut pandangan saya. Kerana pesertanya adalah dari golongan yang mempunyai motivasi yang kuat untuk menghidupkan malam Ramadhan dengan beriktikaf di masjid. Pendek kata, peserta haruslah sudah dapat menjangka yang imam akan membaca Quran lebih panjang dari biasa. Bagaimana jika kerana bacaan imam yang terlalu panjang menyebabkan ma’mum bertindak solat secara bersendirian? Kalaulah saya menjadi imam, sudah tentu saya ingin mendapatkan bilangan ma’mum yang semaksima mungkin. Saya akan rasa sedih dan bersalah jikalau ada ma’mum yang melarikan diri kerana tidak larat berdiri disebabkan bacaan yang terlalu panjang dalam solat. Namun, pada masa yang sama juga, saya ingin memaksimakan pahala. Bacaan Quran dalam sembahyang berganda-ganda ganjarannya. Kalaulah pagi tadi, saya anggarkan mungkin imam tersebut berjaya menghabiskan satu juzuk dalam dua rakaat sembahyang. Bermakna..kira-kira 10 muka surat dalam satu rakaat. Terlalu panjang, hinggakan ada ma’mum yang lain merungut yang solat yang selesai dalam kira-kira 25 minit terasa bagaikan sejam lamanya. Dia turut keluar meninggalkan jemaah.

Sekian lontaran minda dari pengalaman cetek saya malam semalam.

Hidupkan malam Ramadhan sementara anda masih hidup.

Bagi ahli Ansarullah yang lain, hidupkan blog ini..jangan biarkan ia lesu kerana ber’puasa’ lama sangat…

October 2

Posted by lonsaa . Filed under Umum | No Comments

Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Lame dah org tunggu aku submit entri baru…hari ni baru ade peluang aku submit entri ni…sampai ade yg kate aku bertapa dlm gua…huhu…tapi sebelum tue…aku just nak inform yg bermula malam ni, masuklah sudah fasa ke-3 Ramadhan…harap sume tak terlepas Qiam mencari ‘Layla’(bak kate Bro Faiz) yg penuh barakah…

Walaupon agak terlewat sebenar nyer entri ni…tapi aku rase takde salah nyer sebab bolah diaplikasikan dlm kehidupan seharian kite…bukan spesifik bulan Ramadhan jeh…Berkenaan dengan amalan khatam al-Quran dan solat sunat tarawikh di bulan Ramadhan…kite gi kepada amalan khatam al-Quran dulu…perkara ni aku sendiri sedar sebab aku pon dok gaduh2 nak khatamkan Quran bile masuk bulan Ramadhan…sampai laa ade sorg brother ni hanta emel kat aku…die kate ape gune nyer bace Quran kalu kite tak hayati…Quran diturunkan bukan sebagai buku bacaan semata2…tetapi sebagai petunjuk yg perlu dibaca, diteliti, difahami dan diaplikasikan…tapi takpe lah…at least bulan Ramadhan ni tingkat laa sket amalan walau sekadar baca…tapi lebih merugikan…sejurus abis Ramadhan…Quran ditinggalkan…nak pegang pon susah…sayangkan…seolah2 Ramadhan jeh bulan utk beribadat sepenuh hati..hari dan bulan lain camne?

Perkara yg sama dpt aku perhatikan dlm bab solat sunat tarawikh…kalu bulan Ramadhan ni laa waktu dimana masjid2 paling sesak dan penuh…time ni jugak laa kite tgk masjid meriah dgn macam2 aktiviti…tapi habis Ramadhan…tinggal imam ngan bilal jeh…kalu ade pon org lain, tinggal pakcik2 dan makcik2 yg dah pencen…dr segi beramal dibulan Ramadhan ni…memang aku tabik…sume tekun…tapi bile abis Ramadhan jeh…sume amalan yg dibuat dibulan Ramadhan ditinggalkan…kan rugi camtu…bile kite tanye apsal tak teruskan amalan yg dibuat dlm bulan Ramadhan aritu?…dgn selamber membalas, “syaitan dah dilepaskan”…wah…camtu jeh?…makne nyer bile dibulan Ramadhan jadi hamba Allah, bulan2 lain jadik hamba syaitan?…ish2..

marilah sesame kite sume muhasabah balik…dimane kedudukan kite skang ni…kalu nak dibayangkan nikmat dan bantuan yg Allah dah bagi kat kite…memang tak terbayar dgn amalan2 yg kite buat selama ni…tapi Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…kerap kali kite dimaafkan walau kite buat salah…sungguh kite tak tau macam mane nak  beribadat kepada Allah…mintak maaf laa kalu aku ade terkasar bahasa atau sarkastik…semoga yg baik dijadikan tauladan dan kelemahan dijadikan sempadan…wassalam

August 23

Jangan panggil aku Melayu!!

Posted by Naga Tasik Chini . Filed under Umum | 9 Comments

Tajuk kontroversi? Sengaja aku pilih tajuk kontroversi ni dengan harapan dapat memberi kesedaran kepada anak bangsa aku sendiri. Apa yg bakal aku tulis ni adalah berdasarkan pengamatan dan pemerhatian aku terhadap apa yg berlaku dlm masyarakat Melayu kita di Malaysia. Tidak pernah terdetik dihati untuk menghina, atau mengutuk bangsa sendiri; cuma sekadar untuk dijadikan renungan agar kita dapat melakukan perubahan.

Muktahir ini kita dapati banyak hal yg melibatkan ‘pertembungan’ antara kaum di Malaysia. Masing-masing hari ini ingin mendapatkan hak sama rata. Bila aku pergi ke kedai-kedai, selalulah kedengaran pakcik-pakcik Melayu merungut, tidak berpuas hati, bila kaum-kaum lain di Malaysia menuntut hak sama rata mereka. Macam-macamlah yg dikata. Lantas aku terfikir, mengapa begitu lantang sekali suara-suara meminta hak sama rata akhir-akhir ini? Bila lama merenung akhirnya persoalan aku terjawab.

Apabila aku amati pasaraya-pasaraya di Malaysia, kebanyakannya adalah hakmilik mereka yg bukan berbangsa Melayu. Secara teknikalnya, sumbangan mereka kepada negara adalah jauh lebih banyak dr segi ekonomi melalui cukai tahunan. Cukai yg diterima dr bangsa bukan Melayu adalah jauh lebih banyak. Tetapi faedah dr cukai yg diberi banyaknya dimanfaatkan org-org Melayu. Biasiswa, projek perniagaan, dan khidmat perubatan adalah sebahagian perkara yg diberikan keistimewaan kepada bangsa Melayu hasil dr wang kutipan cukai. Orang memberi, kita menerima.

Bangsa Melayu telah banyak ‘berhutang’ dengan bangsa-bangsa bukan Melayu. Namun begitu, jatuhnya bangsa Melayu bukan kerana bangsa-bangsa lain, tetapi bangsa Melayu itu sendiri. Mana taknya, tanah rizab Melayu dijual tak berganti untuk tujuan pembangunan. Aset yg dibina atas nama pembangunan ini langsung tidak mampu dibeli majoriti bangsa Melayu. Lama-kelamaan mungkin bangsa Melayu akan ‘menyewa’ ditanah sendiri.

Tak cukup dengan itu, majoriti bangsa Melayu telah banyak menunjukkan ketidaksungguhan dalam melakukan sebarang pekerjaan. Tak perlulah kita pergi kepada projek-projek mega syarikat besar, perniagaan buat baju pun sudah cukup untuk dijadikan contoh. Tempahan baju dibuat dikedai Melayu, tetapi baju dibuat di kedai bangsa bukan Melayu. Peniaga hanya mengambil keuntungan atas angin. Hakikat bangsa bukan Melayu banyak menjadi tulang belakang kepada kejayaan syarikat-syarikat Melayu tak dpt disangkal lagi. Apabila tuan punya syarikat mati, syarikat diambil alih mereka yg bukan berbangsa Melayu. Sebahagian ahli korporat Melayu lain pula terlalu suka mengambil untung atas angin, menjadi pelabur lelap dek malas bekerja. Bila syarikat berhadapan dengan masalah, pelabur-pelabur lelap inilah yg akan menanggung segala liabiliti syarikat. Sikap menangguk di air yg keruh tak membuahkan hasil, malah mengundang padah bukan sahaja kepada diri, bahkan kepada anak warisan bangsa Melayu.

Dalam kita hidup serba moden ini, sihir, santau, saka dan yg seangkatan dengannya masih menjadi amalan sebahagian masyarakat Melayu. Bila hasad dengki atau berprasangka buruk terhadap seseorang, bomoh dan pawang menjadi tempat tuju untuk melepaskan kegeraman dan kebencian. Yang diseksa hidup merana, yang menyeksa tak pernah bahagia.
Masalah Melayu tak berakhir disitu, dek kurangnya perhatian ibubapa terhadap anak-anak, banyak anak bangsa Melayu yg terjerumus ke kancah maksiat. Leka dengan hiburan, rempit sana sini dan berkepit tanpa malu. Ibu bapa melepaskan tanggungjawab didikan agama kepada guru. Bila guru memukul dengan tujuan mendidik, guru pula dijadikan mangsa kerakusan ibubapa melepaskan kemarahan sedangkan tanggungjawab memberi didikan agama itu terletak pada bahu ibu bapa sendiri.
Segala-gala yang berlaku kepada bangsa Melayu adalah kerana majoriti bangsa Melayu kurang cakna akan pengetahuan Islam. Islam tidak mengajar umatnya malas, Islam tidak mengajar umatnya hanya pandai menerima ’sedekah’ orang, Islam tidak mengajar umatnya mengejar kekayaan dunia semata-mata, Islam tidak mengajar umatnya berhasad dengki dan berprasangka buruk dan Islam tidak pernah mengajar umatnya berhibur secara berlebihan. Segala yg berlaku adalah disebabkan sikap Melayu itu sendiri. Jika sikap ini adalah jati diri bangsa Melayu, maka jangan sesekali memanggil aku Melayu! Aku Melayu Baru!!

August 22

Siapakah gerangannya?

Posted by mat . Filed under Umum | 5 Comments

Telah berkata Arnold Toynbee,

“In his chosen field of intellectual activity [he] appears to have been inspired by no predecessors… and yet, in the Prolegomena … to his Universal History he has conceived and formulated a philosophy of history which is undoubtedly the greatest work of its kind that has yet been created by any mind in any time or place.”

Siapakah beliau?

Jawapannya pada keluaran Titian Fitrah akan datang. Nantikan!

August 7

Mat vs Evanston

Posted by mat . Filed under Umum | 7 Comments

Selasa, 4.55am: Aku bangkit dari tidur sebaik alarm telefon berbunyi lalu membersihkan diri. Seterusnya aku solat sunat subuh sambil menunggu ketibaan sahabatku kutip ke masjid di Devon dengan kereta Audi barunya.

Selesai solat Subuh, aku terus berdoa sepuas-puasnya agar dipermudahkan urusan mahkamah nanti, apatah lagi dengan masalah kesempitan wang yang aku hadapi sekarang. Kemudian aku lepak kat masjid selama sejam untuk tunggu solat isyrak, moga ibadat ini menghindari kepapaan.. Ada sebuah hadith riwayat Tirmizi bunyinya begini:

From Anas bin Malik, may Allah be pleased with him, who said: “The Messenger of Allah, sallallahu `alayhi wa sallam, said: ‘Whoever prays the morning prayer in congregation then sits remembering Allah until the sun rises, then prays two units of prayer has the reward like that of Hajj and `Umrah.’” He said, “Allah’s Messenger, sallallahu `alayhi wa sallam, said: ‘Complete, complete, complete (i.e. reward).’

Tanggal 1pm, aku melewati City Council of Evanston untuk sesi penghakiman saman menunggang basikal di sidewalk, Mat (bukan nama sebenar) vs Evanston. Ramai juga yang hadir pada sesi itu, di mana aku kira lebih separuh adalah kes pelajar sekolah/kolej yang ditangkap minum arak bawah umur.

Kemudian tiba giliran aku. Tawakkal saja, aku tampil ke hadapan dan memberi penjelasan. Hujah aku mudah saja, lebih kurang begini:

“Saya bukan orang Amerika, tak biasa dengan undang-undang sini. Pertama kali melanggar undang-undang. Asalnya saya menunggang atas jalanraya, kemudian naik ke sidewalk untuk kunci basikal dan mengunjungi CVS/Pharmacy.”

Hakim minta aku penjelasan lanjut, lalu aku menambah,

“CVS/Pharmacy tidaklah terlalu jauh dengan simpang jalanraya di mana saya menaiki sidewalk, barangkali 10 meter saja.”

Hujah mudah ini sudah mencukupi  untuk aku tewaskan Evanston apabila hakim mengumumkan,

“Kamu tidak didapati bersalah. Lain kali, berhenti di sidewalk dan sorong basikal kamu. Silap nanti terlanggar pedestrian.”

Alhamdulillah. Mungkin ini berkat solat isyrak menghindari kepapaan.

Tapi…

Apakah benar aku tidak bersalah? Secara adilnya, aku rasa sebenarnya aku bersalah dan patut dihukum kerana terang-terangan peraturan menyatakan tidak boleh menunggang basikal di sidewalk. Teringat semula kata-kata Immanuel Kant yang aku ungkapkan dalam Episod Lailatul Raghaib. Lantak engkaulah Kant . . .

August 6

Great scholar of our time - Dr Hamidullah

Posted by ans . Filed under Diskusi, Isu semasa, Umum | 1 Comment

Niat asal cuma hendak menulis catatan sahaja, maka saya hanya tulis pendek di blog sendiri. Tapi, atas permintaan si anynomous, maka saya letakkan di sini, agar lebih ramai yang mendapat manfaat.

I never have heard of his name till the time today when the name was mentioned in a lecture given by Shaykh Yasir Qadhi. He was lecturing about sirah of Rasulullah s.a.w and mentioned about earlier sources such as sirah compiled by Ibn Ishak that was replaced by an abridged version written by Ibn Hisham. After a long period afterward, sirah of Ibn Hisham gained popularity and soon the earlier sirah of Ibn Ishak was nowhere to be found.

Then, Yasir Qadhi mentioned about the late discovery of the earliest manuscript of hadith found by Dr Hamidullah.

One of his great contributions to the hadith literature was the discovery of Sahifa Hammam bin Munabbah, the earliest hadith manuscript still extant today. Two copies of it were discovered; one in a Damascus library and the other in a library in Berlin. Dr. Hamidullah published it after carefully comparing the two manuscripts. This was an important discovery for the hadith scholars. It also proved, as has always been held, that the earliest manuscripts had been absorbed in the much bigger later compilations. Hammam bin Munabbah was a disciple of Syedna Abu Huraira, Radi-Allahu unhu. It was generally known that Sahifah Hammam bin Munabah had been completely included in the Musnad Ahmed. After the publication of the Sahifah by Dr. Hamidullah, hadith scholars searched Musnad Ahmed for the presence of the ahadith from the Sahifah. They found all 138 ahadith of the Sahifah in the Musnad. There was not the slightest discrepancy in any of them!

Of note, he also mentioned about the paradox of many earlier Islamic manuscripts that were found not in Islamic countries, but rather in non(or not yet)-Islamic countries such as German, USA, etc. For instance, there was an early manuscript of Ibn Taimiyah that was found in Princeton University. Amazing!

I googled Dr Hamidullah’s brief biography and was particularly inspired by this very achievement of his.

Professor Hamidullah’s scholarship is unparalleled in the last century. He was fluent in 22 languages including Urdu, Arabic, French, English, etc. He learned Thai at the age of 84. He translated the Qur’an in French and many other languages. He also translated a number of other important Islamic books in many European languages. He gave lectures in various universities around the world, some of which have been published. His works on Islamic science, history and culture number more than 250. His books have been translated in many languages

Ashamed for I was proud that I have learnt three languages. I was not even fluent in Arabic. This is really an inspiration!

btw…ade sesiapa yang peka dengan perkembangan tragedi Red Mosque?

July 22

Kisah-kisah sekolah pemikiran

Posted by mat . Filed under Diskusi, Umum | 1 Comment

Aku kadang-kadang minat jugak baca sejarah Kristian kerana ia sedikit sebanyak menjadi hindsight kepada isu-isu Islam semasa. Paling ketara ialah dikotomi Salafi/Modernis vs Tradisi dengan Protestan vs Katolik/Ortodoks. Sebagaimana aku cenderung menyetujui pandangan kem tradisi berbanding Salafi/Modernis, aku juga menyebelahi Katolik/Ortodoks berbanding Protestan. Pada aku, aliran Protestan ni sangat dangkal dan simplistik pemikiran mereka.

Di universiti aku ni ada seorang professor dari Armenia bermazhab Eastern Orthodox yang sungguh mesra peribadinya. Rata-rata professor lain yang mendalami agama Kristian di universiti aku juga Katolik, tidakpun seorang deist yang simpatis dengan pendirian Katolik. Di universiti-universiti dunia Islam, senarionya hampir sama juga.

Dan sebentar tadi, aku terlintas ungkapan seorang pemikir Ortodoks, Alexander Schmemann. Beliau bercerita tentang sekularisme yang diperjuangkan oleh mazhab Protestan. Aku kira, sedap juga ungakapan beliau dan sangat relevan dalam konteks Islam (aku memang ada bias - cenderung bersetuju jika gaya penulisan sebegini, tapi ni cerita lain kali lah).

Aku petik ungkapan Schmemann untuk tatapan pengunjung (ada beberapa bahagian dipotong untuk meringkaskannya),

“Secularism, I submit, is above all a negation of worship [of God]. I stress: - not of God’s existence, not of some kind of transcendence and therefore of some kind of religion [potong] It is the negation of man as a worshiping being, a homo adorans: the one for whom worship is the essential act which both “posits” his humanity and fulfills it [potong] [T]he real cause of secularism [potong] is ultimately nothing else but affirmation of the world’s autonomy, of its self-sufficiency in terms of reason, knowledge, and action.”

Cara beliau menegaskan manusia sebagai hamba unik, bagi aku. Banyak-banyak teori Islamization of Knowledge yang aku baca, tak ada pulak ungkapan mengenai konsep homo adorans ini menarik perhatian aku. Di kalangan para aktivis pula, ungkapan sekularisme sering didefinisikan sebagai pemisahan agama dan politik sahaja.

Bercakap mengenai sekularisme dan pemisahan agama dengan politik ini, aku teringat pula akan Ibn Rushd, penulis yang menyanggah al-Ghazzali demi mempertahankan sekolah falsafah Greek. Ada sesetengah orang berkata beliau sebenarnya bapa sekularisme, jauh lebih awal sebelum kemunculan puak Protestan Eropah lagi. Mungkin bukan sekularisme yang disebutkannya, tetapi “tanwir”, iaitu pencerahan.

Oh, bercakap pasal pencerahan ini, ada seorang lagi yang suka menggunakan istilah “tanwir”. Beliau ialah Ibn Ataillah al-Iskandari, seorang ahli sufi yang mengarang, antara lain, Kitab al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir. Karya beliau yang paling masyhur ialah Kitab al-Hikam. Aku bangkitkan persoalan Tanwir ni sebab nun di sana kedengaran sekolah pemikiran Islam baru - iaitu, Islam Tanwiri. Nampaknya mereka memonopoli istilah tanwir untuk mewakili sekolah pemikiran Ibn Rushd sahaja dan terlepas pandang seorang lagi pemikir agung tanwiri, sang sufi tariqat Shaziliyyah, Ibn Ataillah.

Mungkin pembaca dah pening kepala, apa sebenarnya aku nak sampaikan ni kan? Pusing sana, pusing sini. Ampusana, wa ampusini (bak kata DSAI). Aku nak tunjukkan bagaimana kebanyakan kita tak biasa dengan sejarah Islam, terutamanya zaman-zaman pertengahan dulu. Yang kita tahu cuma zaman salaf dan zaman pasca kejatuhan empayar Uthmaniyyah. Pasang aja lagu 1924 dendangan Soldiers of Allah, tentu pembaca faham apa yang aku maksudkan.

Banyak lagi kisah-kisah sekolah pemikiran yang aku nak cerita, lagi-lagi kisah kurun 17 dan 18. Walaupun si AJ Arberry pernah kata itu zaman intelektual Islam paling gelap, tapi itulah era sekolah pemikiran kegemaran aku yang paling relevan dengan konteks sekarang.

Tapi sebelum final paper aku terbengkalai, eloklah aku berhenti di sini. Point yang aku nak sampaikan sebenarnya ialah tradisi, legasi dan warisan Islam itu kaya, majmuk dan toleran. Bukan eksklusivistik, simplistik dan dangkal. Tak boleh kita ketepikan aja keseluruhan korpus intelektual zaman pertengahan. Juga tak boleh kita mengharapkan idea-idea segar tanpa memahami idea-idea lampau yang pada waktu itu dianggap idea paling canggih.

Sebelum pembaca melabel aku sebagai penulis stereotaip tesis Islam-pelbagai (”The Many-Islams Thesis”), aku tegaskan, tidak. Aku cuma mengharapkan kita peka akan percaturan politik dalam perebutan monopoli ortodoksi, atau istilah Inggerisnya, “The politics of orthodoxy”.

Aku sudahi dengan petikan sang modernis Prof. Fazlur Rahman;

The Muslim should learn to look more objectively at his religious history, particularly at how Islam has fared at his hands, and the non-Muslim should learn to know something of what Islam does to a Muslim from the inside.

July 22

Episod Lailatul Raghaib

Posted by mat . Filed under Tazkirah, Umum | 7 Comments

Jam cellphone memaparkan masa 9.35pm. Malam itu gelap gelita walaupun belum lagi masuk Isya’. Suasananya hening seperti biasa sempena musim cuti pelajar. Jalan raya Evanston kosong, laluan sidewalk di mana aku menunggang basikal pun serupa. Aku cuma kayuh perlahan walaupun basikal lumba cap Schwinn terus meluncur laju.

Aku khayal menikmati belaian lembut angin malam yang segar lagi dingin. “Sekarang sudah masuk malam Lailatul Raghaib… banyak berkat ni.” Fikiranku terus khayal mencerna fakta-fakta daripada pembacaan ilmiah di tempat kerja sebentar tadi. Waktu itu, aku rasa sungguh bebas melayan karya para atheist dan deist Barat. Rambut aku yang sudah 6 bulan tak dipotong ‘tu terus mengerbang ditiup angin, menambahkan impak perasaan bebas. “Ahh.. America, the land of freedom.”

Fikir-fikir pasal Amerika dan kebebasan ini, aku terlupakan seketika asal usul Melayuku yang terkenal dengan pepatah, antara lainnya, “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya”.

Telahan orang-orang tua ternyata tepat. Aku tersentak apabila diterjah dari belakang, “Hey you!!!”. Aku menoleh, kelihatan seorang berkulit hitam menunggang basikal pantas mengejarku. “Yeah, you. Come here!”. Aku buat tak endah sahaja, memikirkannya barangkali beliau seorang pengemis, takpun penagih dadah.

Nasib tidak menyebelahiku. Beliau menghimpit aku ke tepi dinding dan aku terpaksa mengalah. Pada kemejanya terpampang “Evanston Police”. Beliau minta aku hulurkan ID, lalu bertanya,

“Do you know it’s prohibited to cycle on the sidewalk?”

“Yes, sir”, aku memberi tenungan yakin.
Dengan loghat niggaznya, polis itu menyambung, “You probably think this is a stupid rule. But you what, 6 years ago, a lady died being hit by a bike right by the corner of that street over there.”

Ketika itu, aku terbayangkan ungkapan ahli falsafah Jerman Immmanuel Kant dalam esei What Is Enlightenment yang baru saja aku baca di tempat kerja sebelum itu, “Argue as much as you want, and about what you will, but obey!“. Mengambilnya sebagai inspirasi, aku membalas hujah si polis niggaz dengan loghat FOB,

“Did you say SIX YEARS ago, sir? That’s a LONG time ago eh! I’ve heard news of cyclists being hit by trucks on the street every other week!”

Melihatkan si polis terdiam, aku menyambung, “Now, sir. Don’t you agree it’s safer for me to ride on the sidewalk? Especially at night when cars can’t see me, I might as well take advantage of the empty sidewalks to travel safely.”

Seketika kemudian, muncul seorang lagi anggota polis dengan basikalnya. Beliau diarah oleh temannya untuk menyediakan tiket saman untuk aku. Waktu maghrib hampir tamat dan aku belum solat. Melihatkan mereka berdua terhegeh-hegeh menulis tiket, aku memberontak begini,

“Sir, can you please speed it up a little? Time’s running out, I gotta get home do my prayer.”

Si polis tergelak, “Hei, the Asian kid needs to go home, buddy.” Beliau menoleh ke arah polis yang satu lagi, “Just take as much time as you want.” Mereka terus gelak ala niggaz.

Sekitar 15 minit kemudian, si polis menyerahkan tiket kepada aku untuk ditandatangan. Terpampang di situ, tarikh case hearing pada 7 Ogos 2007. Samannya $75.

Aku mendongak ke langit tercari-cari berkat malam Lailatul Raghaib.