November 8
Di mana Allah?
Sejak kecil, kita diajar bahawa jawapan kepada persoalan di mana Allah ialah Allah berada di mana-mana. Dari pandangan kita, pernyataan tersebut membuktikan bahawa Allah itu mempunyai kuasa agung yang membolehkan Dia berada di mana sahaja yang Dia kehendaki. kun fayakuun. Namun, tiba pula persoalan adakah Allah juga berada di tempat-tempat kotor seperti di tandas atau kawasan kumbahan najis? Ataupun adakah Allah itu berada di dalam pensel? Masalah juga kalau kita katakan Allah itu berada di bawah kaki kita, kan?
Berikut ada dilampirkan video youtube berkenaan penjelasan dari Bilal Philips mengenai misconceptions yang sering dialami oleh orang Islam. Katanya, Allah itu ada di atas kita. Dia bukanlah ada di mana-mana. Ini bukanlah hendak menafikan atau menghadkan kekuasaan Allah, tetapi ia berdasarkan dalil daripada Quran dan hadis yang banyak menjelaskan bahawa Allah itu ada di atas, atau di langit.
Part pertama video menjelaskan konsep ini dari segi ‘aqli manakala part kedua pula berdasarkan dalil naqli. Cuba ikuti kedua-duanya, tak sampai 20 minit total.
Saya teringat Hamza Yusuf pun ada membicarakan persoalan di atas. Katanya, bukanlah fizikal (ini pun mgkn a problematic term untuk Allah, ini saya yg guna, mgkn HYH tak guna pun), tetapi his knowledge encompasses everything.
Wallahua’lam.

Allahu nur assamawati wal-ard…. (An-Nur, 35)
Bacalah al-Ghazali, Mishkatul Anwar…
where is Allah?
the persian brother ask…huhu
Jawapan kepada persoalan ada dalam surah TaHa ayat 5..nak detail lebih boleh baca tafsir..huhu
aish.. masing2 nk suruh rujuk sendiri.. at least kasi la komentar skit. Karang datang sorang lagi, syorkan pandangan lain dan suruh rujuk buku yang lain.. macam mana nk ade diskusi..isk2