July 14
Solat Jumaat dalam musafir
Sedang saya membelek2 buku Reliance of Traveller tanpa fokus tertentu, saya terhenti seketika di bab Solat Jumaat. Mata saya tertumpu pada suatu topik yang sangat dekat dengan saya, yakni syarat solat Jumaat dalam keadaan bermusafir.
It is unlawful for someone (obliged to pray the Friday prayer) to travel after dawn(on Friday before having prayed it) unless:
(1) there is a place on his route where the Friday prayer will take place;
(2) or he is going to travel with a group (of people not obliged to pray the Friday prayer) who are departing, such that his staying behind would entail harm for him.
Fokus saya adalah travel after dawn. Tidak saya nafikan, kita seringkali mengambil mudah tentang keperluan untuk solat Jumaat, semata-mata kerana kita musafir. Kita rasa kita sudah penuhi syarat untuk melepaskan diri daripada kewajipan solat Jumaat dengan hanya bermusafir (musafir itu haruslah dengan tujuan yang baik). Tidak pula kita merujuk kepada syarat tambahan bahwa perjalanan tersebut mestilah bermula sebelum terbit fajar. Memang lumrah, kita hendakkan yang senang, tapi yang senang itu tidak selalunya yang paling baik untuk kita. Lagi-lagi kalau yang senang itu tidak bertepatan dengan syara’, maka sebenarnya ia mendatangkan mudarat yang lebih kepada kita.
Saya yakin ada pelbagai pendapat mengenai solat Jumaat. Bahkan ada juga pendapat yang jarang kita dengar mengenai solat Jumaat di luar waktu Zuhur, yang dipraktikkan di sini. Semuanya berdasarkan dalil-dalil yang kuat, insya-Allah. Jika saya tersilap faham, harap ada yang perbetulkan.
Wallahua’lam.


hmm… stc haritu? rasanya aku bertolak jumaat pagi dan tak solat jumaat. brb
salam….. persoalan yang sama timbul dalam benak diri ini. Aku pernah bincang perkara ini dengan cidos pada hari Jumaat semasa nak pergi walimah pekan. perbincangan kami berkisar tentang fardhu vs. wajib. Perkara wajib kalau ditinggalkan akan mendapat dosa namun perkara fardhu tak boleh ditinggalkan walau apa jua keadaan sekalipun. Contoh yang mudah dalam ibadah haji. Jika tertinggal fardhu haji iaitu wukuf, maka bukan saja haji tidak sah malah tidak dikira sebagai haji langsung sepertimana sabda ar-rasul kurang lebey “haji itu wukuf” tetapi jika meninggalkan wajib haji seperti jamrah masih berdosa (meninggalkan perkara wajib = berdosa) tetapi boleh terlepas dengan membayar dengan dam.
Semua orang sudahpun tahu solat itu adalah perkara yang fardhu dan tak boleh ditinggalkan walau apa jua keadaan walaupun tertidur melebihi waktu, dalam musafir, sakit, dalam peperangan dan sebagainya cuma dalam setiap keadaan yang sukar itu ada rukhsahnya. Dan sesungguhnya, solat jumaat itu adalah fardhu wahai sahabatku sekalian. Penting untuk kita tau yang mana perkara fardhu (hak Allah terhadap kita) supaya kita tidak ada berhutang dengan Allah.
Sheikh, cmn pula dalil utk solat jumaat di luar waktu Zuhur? ader dalil kuat ke yang sokong amalan nih?