May 22

Hidayah itu milik Allah..

Posted by lonsaa
Filed under Umum |

Baru semalam aku terdengar cerita dr imam di masjid..minggu ni sahaja dia telah membantu 3 org melafazkan kalimah syahadah. MasyaAllah. Gembira mendengar berita baik tu. Semoga 3 org saudara-saudara baru kita itu thabat di jalan yg telah mereka pilih dan semoga Allah membantu mereka menempuh hidup yg penuh dgn onak dan duri especially di US ni.

Lebih mengharukan lagi bile aku dgr sorg pompuan antara yg tiga org tu tutup kemas dgn hijab dan pakaian yg sesuai dgn pakaian seorg muslimah bila sampai ke masjid dimalam harinya. MasyaAllah. Begitu mudah Allah membuka hati manusia untuk terus mengamalkan ajaran Islam sebaik selepas melafaz syahadah.
Aku gembira tapi pada masa sedih.

Sedih kerana byk muslimah dikalangan kita yg bergelar Islam sejak lahir tetapi masih ada doubt dalam hati untuk mengamalkan apa yg telah digariskan Islam. Sayang seribu kali sayang. Bila ditanya mengapa tidak mahu memakai hijab atau menutup aurat dgn elok, jawapan yg diterima, itu adalah pilihan masing-masing. Iya hidup ini sentiasa penuh dgn pilihan. Dan dalam kes ini pilihannya samada untuk taat dgn perintah atau tidak? Dosa atau pahala?

Pilihan itu ditangan anda! Dan ketahuilah akibat dr pilihan yg anda pilih jua akan anda tanggung sendiri! Marilah kita mendalami lagi ilmu Islam dan bersama-sama cuba sedaya upaya mengamalkan semua yg telah digariskan dlm syariat, insyaAllah.

[256] Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [257] Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah)

wallahu’alam.

This entry was posted on Thursday, May 22nd, 2008 at 1:32 am and is filed under Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Hidayah itu milik Allah..”

  1. ekin on May 25th, 2008 at 1:54 pm

    mmg ramai yang tak mahu merenung sejenak hal ni..
    btw,nice article..keep it up ok!

  2. mat on May 28th, 2008 at 8:28 pm

    hah ada pun artikel baru

  3. badrul on June 1st, 2008 at 4:12 pm

    salam perjuangan…

    subhanallah…

    teringat kata2 seorang tokoh indonesia:

    orang islam yang murtad itu, mereka murtad hanya kerana mahukan bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak missionari kristian, tetapi orang2 yang memeluk islam itu terdiri daripada tokoh2 masyarakat yang mengkaji dan menemui kebenaran di dalam islam!

  4. abu.hassan on November 11th, 2008 at 11:03 am

    Saya boleh jadi silap. Ayat 2:256 mungkin tak sesuai dalam konteks ini. Yakni ‘pilihan’ antara mematuhi syara’ atau melanggarnya bagi orang yang telah Islam. Mungkin boleh rujuk kitab2 tafsir dan huraian ulama-ulama muktabar. Setakat kefahaman yang tak seberapa, ayat 2:256 adalah merujuk kepada pilihan bagi manusia untuk memilih antara iman dan kufur. Apabila ia telah memilih iman/islam, maka sesorang itu tiada lagi pilihan untuk memilih syariat mana yang ia hendak ikut dan yang mana yang ia ingin tinggalkan. Sebab itu ada hukuman bagi pelaku kesalahan dari kalangan orang Islam dalam syariat (dunia dan akhirat). Sedangkan tidak ada hukuman (di dunia) bagi orang kafir yang memilih untuk tidak beriman, kerana jelas 2:256 membenarkannya untuk membuat pilihan. Allahu3alam.

Leave a Reply