December 5
Understanding vs Blindly Choose
Aiiii, letih betul aku tunggu nak dapatkan biasiswa untuk sambung belajar. Tension tul aku dengan sistem ni. Nak masuk kerja dengan U aku ni, kena tunggu 2 bulan, sebab nak transcript, nak dapatkan surat tawaran dari University of Queensland tunggu lagi 2 bulan, pastu kena pegi BTN lagi, ambil English test lagi, alaa lecehnya. Aku nasihatkan laa, bagi siapa-siapa yang nanti plan nak sambung belajar cam aku ni, kena faham laa procedure untuk dapatkan biasiswa ni, uhuh. Eh jap, kita kena faham ke pilih ek procedure ni. Kalau kita kata kena faham, maknanya kita kena terima je laa kan, tapi bila lalui, sama je rasa tension gak. Boleh gak kata kita pilih procedure ni, Eh!! betul ke pilih ni?? Boleh terima laa gak, sebab kita boleh je pilih ambil biasiswa lain gak kan, yang Universiti oversea ada, JPA pon ada (kalau study rajin2 boleh laa dapat), dan banyak je lagi. Apply direct kat KPT pon boleh gak, tak perlu ikut quota U aku ni yang tetiba je jadi 3 untuk tahun depan, ish ish.. tension.
Fikir-fikir pasal situasi ni, menarik gak kalau discuss pasal concept “Understanding vs. Blindly Choose”. Untuk memudahkan bila aku cakap pilih, ia bermaksud “Blindly Choose”. Dalam islam macam mana ek? Kita pilih masuk islam ke, atau kita memahami untuk masuk islam. Kalau kata kita pilih masuk islam, orang leh kata, “eh islam ni best laa, jom masuk.” atau “Ok, Christian, Judaism dan Islam, ini-mini-miny-mo kita tengok mana yang kena. Islam kena, jom masuk!!” Senang kan masuk cam tu. Kalau memahami ni, maybe lagi bagus lagi kot, ke tak?? Maybe orang akan kata “Emm… daripada kajian scientific Islam ni yang terbaik sekali, mari beramai2 masuk Islam.” Boleh kot agaknya. Sedap je aku main-main dengan perkataan kan.. hehe, padahal lebih kurang je. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang “Cemerlang, Terbilang dan Gemilang”, adakah kita faham atau pilih atau “Sebab mak ayah aku Islam, pastu IC aku pon tulis Islam, jadi aku Islam laa.” Menarik betul kalau ada orang Malaysia cakap macam tu, pastu bangga dengan slogan Malaysia tu. Sedangkan Allah, dah remind kita dalam beberapa ayah:
“Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman” [23:1]
“………Katakanlah, “Apakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran.” [39:9]
“………Allah mengangkat (derajat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat………” [58:11]
Rasanya bila cerita pasal isu-isu fiqh nampak jelas sikit kot?? Adakah kita pilih nak buat satu perkara tu atau kita faham kita buat benda tu. Adakah kita akan argue dengan mengatakan kita orang Mazhab Shafie, apa saja pendapat kat Malaysia ni pendapat imam Shafie, atau kita fikir dari mana datangnya pendapat tu. Bagi student-student oversea yang terdedah pada orang Islam localiti sana akan disagree dengan point tu. Tapi kalau betul pendapat tu dari Imam Shafie, salah ke kita ikut?? Ada je Ulama’ dulu yang mengikut certain Mazhab saja. So, adakah kita perlu faham or kita perlu pilih je. Sheikh Muhammad Naasir ad-Deen al-Albaani discuss dalam bukunya “Sifatu Salati An-Nabiyy” pasal perbezaan pendapat yang wujud antara sahabah. Aku nak highlight pada misconception two, boleh la baca untuk tahu lebih.
(http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/pillars/prayer/albaani/prayer_7.html#HEADING10)
Macam mana pulak dalam da’wah?? Kalau siapa-siapa pernah pergi ISK, ustaz membuat pemilihan antara pemahaman tanggungjawab seorang Muslim dengan menjadi orang yang Faqih dalam fiqh, ustaz mengatakan pemahaman tanggungjawab seorang Muslim perlu diutamakan dengan lebih, baru isu-isu fiqh. Ini sebab ramai sahabah-sahabah zaman Rasullullah buat da’wah tapi tak betul2 faqih dalam fiqh, dan ada lagi laa beberapa sebab yang lain, jadi kena ikut daurah ISK laa kalau nak tau lebih (Iklan kejap). Persoalannya, adakah conclusion tu based on pemahaman or pilihan?? Kita yang dengar lecture dari ustaz, akan faham or pilih?? Ataupon dalam isu jemaah mana nak join, JIM ke, ABIM ke, PAS ke, mana ye, adakah kita buat pilihan atau faham mana nak join. Ataupon budak-budak US ni, korang yang join MISG dan yang pergi program MISG, adakah korang join sebab pilih or faham kenapa. Perkara ni menarik jugak bila discuss, sebab kalau tengok orang2 MISG yang balik Malaysia yang aktif dengan da’wah memang tak ramai, termasuk aku laa gak.. uhuh. Puncanya maybe sebab dugaan keluarga atau dugaan kerja seperti yang akhi Fazrul mentioned semasa STC Malaysia tahun lepas. Alhamdulillah sekarang ni aku ada laa tolong sikit2. But aku still rasa rugi sebab so much potensi habis macam tu je.
Mari kita fikir2kan concept ni. Adakah kita nak buat sesuatu based on understanding or blindly choose je. Aku harap korang faham laa tulisan tak seberapa aku ni, baru first time tulis katakan.. uhuh. Jadi, kasi laa comment apa2, positif dan negatif akan diterima. MAY PEACE BE WITH YOU ALL
DON’T BELIEVE ME, BUT THINK ABOUT IT!!!!
