October 6
Bacaan imam..panjang mane yang ideal?
Lewat malam semalam, ataupun lebih tepat, awal pagi hari ini, seperti biasa saya pulang ke rumah setelah beberapa jam ber’mandi keringat’ di tempat kerja. Tapi, hari ini saya bertekad untuk memaksa diri saya untuk beriktikaf di masjid, setelah terlepas peluang dalam beberapa hari yang lepas dari sepuluh malam terakhir ini untuk beriktikaf kerana ada kerja rumah, exam dan sebagainya. Memandangkan hari ini adalah Sabtu, saya ketandusan alasan untuk tidak menggunakan peluang yang baik ini untuk mendekatkan diri dengan masjid.
Saya masuk ke ruangan masjid kira-kira pada jam 3 dengan membawa bersama saya senaskah al-Quran yang dihadiahkan oleh kakak saya sempena pemergian saya ke Amerika dua tahun yang silam dan juga buku karangan Karen Armstrong yang saya harapkan boleh menjadi santapan minda andainya saya mengantuk kelak. Saya masuk ke ruangan masjid dan sempat menyertai jemaah yang sudahpun berada pada rakaat kedua. Saya masih positif ketika itu. Saya masih positif yang panjang surah yang dibaca oleh imam dalam qiamullail di sini adalah memadai dan tidak terlalu membebankan saya dan ma’mum yang lain.
Selepas itu, ada sedikit rehat. Makan2 secara ringan, baca Quran dan sebagainya. Aktiviti bebaslah, pendeknya. Beberapa ketika selepas itu, pakcik yang lain pula yang mengimamkan solat. Saya amat mengenali pakcik ni. Kalau tak silap saya, beliau adalah hafiz. Kalau tak mencapai tahap hafiz pun, hampir hafiz la kot. Dalam fikiran saya, saya mesti bersedia untuk berdiri lama kali ini. Namun, lama bukan sebarangan lama. Ini lama sungguh! Hinggakan badan saya yang biasanya agak segar selepas bekerja terasa letih. Dalam hati seringkali terbisik bilakah beliau akan tamatkan bacaan. Tergambar di minda saat gembira bila akhirnya dapat rukuk nanti. Saya rasa pembaca sekalian dapat menggambarkan saat-saat sedemikian. Saat bilamana terdetik sedikit rasa tidak puas hati terhadap imam kerana membaca terlalu panjang dan seakan-akan mengabaikan ma’mum yang keletihan. Selesai saja solat itu, saya mengambil keputusan untuk bergerak pulang. Terlalu letih. Alasan saya; saya rasa saya boleh solat dengan lebih khusyu’ jika solat secara bersendirian. Terpulanglah kepada pembaca untuk menilai diri saya.. lemah iman kerana tak mampu bertahan lama dalam solat, ataupun bertindak bijak dengan memilih cara yang mungkin lebih baik bagi saya.
Kini masuklah kepada point saya. Bagaimanakah panjang surah yang ideal dalam situasi tersebut? Saya sudah melihat dalam situasi yang lain; contohnya kalau semasa solat Maghrib sebelum iftar makan makanan berat, wajarlah dipendekkan bacaan. Begitu juga dalam solat Jumaat. Perlu dipendekkan kerana mengambil kira golongan tua dan tidak mampu yang wajib datang solat bersama. Namun, dalam kes ini lain sedikit, menurut pandangan saya. Kerana pesertanya adalah dari golongan yang mempunyai motivasi yang kuat untuk menghidupkan malam Ramadhan dengan beriktikaf di masjid. Pendek kata, peserta haruslah sudah dapat menjangka yang imam akan membaca Quran lebih panjang dari biasa. Bagaimana jika kerana bacaan imam yang terlalu panjang menyebabkan ma’mum bertindak solat secara bersendirian? Kalaulah saya menjadi imam, sudah tentu saya ingin mendapatkan bilangan ma’mum yang semaksima mungkin. Saya akan rasa sedih dan bersalah jikalau ada ma’mum yang melarikan diri kerana tidak larat berdiri disebabkan bacaan yang terlalu panjang dalam solat. Namun, pada masa yang sama juga, saya ingin memaksimakan pahala. Bacaan Quran dalam sembahyang berganda-ganda ganjarannya. Kalaulah pagi tadi, saya anggarkan mungkin imam tersebut berjaya menghabiskan satu juzuk dalam dua rakaat sembahyang. Bermakna..kira-kira 10 muka surat dalam satu rakaat. Terlalu panjang, hinggakan ada ma’mum yang lain merungut yang solat yang selesai dalam kira-kira 25 minit terasa bagaikan sejam lamanya. Dia turut keluar meninggalkan jemaah.
Sekian lontaran minda dari pengalaman cetek saya malam semalam.
Hidupkan malam Ramadhan sementara anda masih hidup.
Bagi ahli Ansarullah yang lain, hidupkan blog ini..jangan biarkan ia lesu kerana ber’puasa’ lama sangat…

kalau pegang terjemahan quran semasa solat tu, tempoh berdiri yang lama tu mungkin terasa lebih pendek
boleh eh baca terjemahan quran? biasa nampak org pegang quran biasa aje.
baca terjemahan ketika solat?solat sunat solat duduk?
mana dalilnya kawan2 ku??