August 23

Jangan panggil aku Melayu!!

Posted by Naga Tasik Chini
Filed under Umum | 9 Comments

Tajuk kontroversi? Sengaja aku pilih tajuk kontroversi ni dengan harapan dapat memberi kesedaran kepada anak bangsa aku sendiri. Apa yg bakal aku tulis ni adalah berdasarkan pengamatan dan pemerhatian aku terhadap apa yg berlaku dlm masyarakat Melayu kita di Malaysia. Tidak pernah terdetik dihati untuk menghina, atau mengutuk bangsa sendiri; cuma sekadar untuk dijadikan renungan agar kita dapat melakukan perubahan.

Muktahir ini kita dapati banyak hal yg melibatkan ‘pertembungan’ antara kaum di Malaysia. Masing-masing hari ini ingin mendapatkan hak sama rata. Bila aku pergi ke kedai-kedai, selalulah kedengaran pakcik-pakcik Melayu merungut, tidak berpuas hati, bila kaum-kaum lain di Malaysia menuntut hak sama rata mereka. Macam-macamlah yg dikata. Lantas aku terfikir, mengapa begitu lantang sekali suara-suara meminta hak sama rata akhir-akhir ini? Bila lama merenung akhirnya persoalan aku terjawab.

Apabila aku amati pasaraya-pasaraya di Malaysia, kebanyakannya adalah hakmilik mereka yg bukan berbangsa Melayu. Secara teknikalnya, sumbangan mereka kepada negara adalah jauh lebih banyak dr segi ekonomi melalui cukai tahunan. Cukai yg diterima dr bangsa bukan Melayu adalah jauh lebih banyak. Tetapi faedah dr cukai yg diberi banyaknya dimanfaatkan org-org Melayu. Biasiswa, projek perniagaan, dan khidmat perubatan adalah sebahagian perkara yg diberikan keistimewaan kepada bangsa Melayu hasil dr wang kutipan cukai. Orang memberi, kita menerima.

Bangsa Melayu telah banyak ‘berhutang’ dengan bangsa-bangsa bukan Melayu. Namun begitu, jatuhnya bangsa Melayu bukan kerana bangsa-bangsa lain, tetapi bangsa Melayu itu sendiri. Mana taknya, tanah rizab Melayu dijual tak berganti untuk tujuan pembangunan. Aset yg dibina atas nama pembangunan ini langsung tidak mampu dibeli majoriti bangsa Melayu. Lama-kelamaan mungkin bangsa Melayu akan ‘menyewa’ ditanah sendiri.

Tak cukup dengan itu, majoriti bangsa Melayu telah banyak menunjukkan ketidaksungguhan dalam melakukan sebarang pekerjaan. Tak perlulah kita pergi kepada projek-projek mega syarikat besar, perniagaan buat baju pun sudah cukup untuk dijadikan contoh. Tempahan baju dibuat dikedai Melayu, tetapi baju dibuat di kedai bangsa bukan Melayu. Peniaga hanya mengambil keuntungan atas angin. Hakikat bangsa bukan Melayu banyak menjadi tulang belakang kepada kejayaan syarikat-syarikat Melayu tak dpt disangkal lagi. Apabila tuan punya syarikat mati, syarikat diambil alih mereka yg bukan berbangsa Melayu. Sebahagian ahli korporat Melayu lain pula terlalu suka mengambil untung atas angin, menjadi pelabur lelap dek malas bekerja. Bila syarikat berhadapan dengan masalah, pelabur-pelabur lelap inilah yg akan menanggung segala liabiliti syarikat. Sikap menangguk di air yg keruh tak membuahkan hasil, malah mengundang padah bukan sahaja kepada diri, bahkan kepada anak warisan bangsa Melayu.

Dalam kita hidup serba moden ini, sihir, santau, saka dan yg seangkatan dengannya masih menjadi amalan sebahagian masyarakat Melayu. Bila hasad dengki atau berprasangka buruk terhadap seseorang, bomoh dan pawang menjadi tempat tuju untuk melepaskan kegeraman dan kebencian. Yang diseksa hidup merana, yang menyeksa tak pernah bahagia.
Masalah Melayu tak berakhir disitu, dek kurangnya perhatian ibubapa terhadap anak-anak, banyak anak bangsa Melayu yg terjerumus ke kancah maksiat. Leka dengan hiburan, rempit sana sini dan berkepit tanpa malu. Ibu bapa melepaskan tanggungjawab didikan agama kepada guru. Bila guru memukul dengan tujuan mendidik, guru pula dijadikan mangsa kerakusan ibubapa melepaskan kemarahan sedangkan tanggungjawab memberi didikan agama itu terletak pada bahu ibu bapa sendiri.
Segala-gala yang berlaku kepada bangsa Melayu adalah kerana majoriti bangsa Melayu kurang cakna akan pengetahuan Islam. Islam tidak mengajar umatnya malas, Islam tidak mengajar umatnya hanya pandai menerima ’sedekah’ orang, Islam tidak mengajar umatnya mengejar kekayaan dunia semata-mata, Islam tidak mengajar umatnya berhasad dengki dan berprasangka buruk dan Islam tidak pernah mengajar umatnya berhibur secara berlebihan. Segala yg berlaku adalah disebabkan sikap Melayu itu sendiri. Jika sikap ini adalah jati diri bangsa Melayu, maka jangan sesekali memanggil aku Melayu! Aku Melayu Baru!!

This entry was posted on Thursday, August 23rd, 2007 at 3:08 pm and is filed under Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Jangan panggil aku Melayu!!”

  1. Mark on August 23rd, 2007 at 4:01 pm

    Apa yg anda katakan itu memang betul. Bila bangsa melayu tahu bahawa kejayaan itu perlu dari titik peluh sendiri barulah negara akan maju. Salagi itu, negara akan tetap berada dalam zaman gelap.

  2. pauhfc on August 23rd, 2007 at 5:04 pm

    salahnya bukan pada nama..

  3. mat on August 24th, 2007 at 5:50 pm

    Oi budak Melayu!

  4. MFR on August 27th, 2007 at 9:59 pm

    perkasakan dakwah baru boleh kata kamu menyumbang sesuatu terhadap kejahilan dan keburukan suatu kaum.

    Rasulullah diutuskan pada kaum jahiliyah tak pula sibuk mengeluh, merintih semata-mata atas kebobrokan bangsanya. Tapi rasulullah asaskan rase sayang kat umatnya terutama ahli keluarga terdekatnya di kalangan bangsa arab sendiri hingga membuahkan dakwah, lalu membangunkan bangsanya yang selekeh terus menjadi bangsa yang dihormati dan disegani hingga orang2 eropah merujuk bangsa arab pada zaman kegemilangan itu.

    anak-anak muda melayu yang tergolong dalam golongan sedar ada sesetengahnya hanya merintih, mengutuk, merendah2kan bangsa sendiri, tapi tak gunakan rasa sayang dan kasih untuk MEMBAIKI kebobrokan bangsa menggerakkan mereka memperkasakan dakwah.

    ade sesetengahnya hanya suka jd pemprotes, tukang demonstrasi, atau terjerit2 lolong dalam kumpulan ceramah, tapi haram tak ada jalan kerja sistematik apalagi idea kukuh jitu bernas untuk perkukuhkan bangsa.

    akhirnya segelintir mereka malu nak mengaku bangsa melayu walopun darah DNA jelas menunjukkan mereka kaum itu.

    tegakkan idea perbaiki bangsa, perkasakan anak2 muda rakan sebaya, abaikan org2 tua yang sudah keras jiwa , esok kita adalah pemimpin baru negara.

  5. akp on August 29th, 2007 at 4:48 am

    MFR, kau ni cuba nak ajar aku bilang 1 2 3 ke…?

  6. MFR on September 3rd, 2007 at 4:51 am

    aku ajar diri aku sendiri

  7. balik kuang on September 22nd, 2007 at 10:30 am

    kuang kuang kuang

  8. Tapa on October 19th, 2008 at 12:09 am

    Saudara seorang pemikir dan teruskan pemikiran tu….kerana berfikir juga baik untuk kesihatan kita.Cuma…..fikirkanlah selepas ini cara dan kaedah yang terbaik untuk membantu keadaan orang yang dipanggil melayu ini.Sebenarnya,,,,tak semua yang negatif,,,mungkin sebab kita berfikir selorong sahaja dan tak banyak lorong.Orang chinapun menghadapi masalah dengan kaumnya…tinggal lagi kita tak sepenuhnya masuk dalam kelompok tu…jadi…kita ambil tanggungjawab bersama dan jalankan dakwah apabila bersama sesiapa sahaja.Mudah…mudahan dirahmati usaha kita ini…Oleh yang demikian,,janganlah kita cerita ….masalah..tapi..bagaimana kita boleh membantu..tahniah kerana anda bersifat berani dan berterus terang.Ajaklah sama-sama kawan-kawan untuk memperbaiki keadaan ini.Moga semuanya diberikan kekuatan oleh Allah

  9. sirna salam on November 7th, 2008 at 1:50 pm

    rata sekarang ni bila aku baca blog sumer yg berpikiran sebegini dan antara yang ramai itu pula bila di belek2,.. adalah golongan siswa dan professional….boleh kata…mereka ini tergolong dalam golonagan

    melayu baru…( melayutophia? ) heheh mungkin…tp mebi satu hari mereka akan kesitu…

    dan ramai diantara mereka ini, dalam penulisan mereka terdapat byk persamaan dr segi hujah ketidak puashati, rungutan, tak terkecuali cemuhan dan sumpah seranah mereka….terhadap bangsanya sendiri….

    namun, semua itu terletak pada satu persoalan yg paling utama yg dapat aku simpulkan dr sudut keperihatinan pemerhatianku selama ni…eceh! sori beb aku tak pandai sgt nak berbahasa ni…( masalah bangsa gak tu kan?)

    ok…persoalan nya adalah….kita sebenarnya ketiadaan pemimpin yg benar2 boleh memimpin berlandaskan kepada pegangan kuat dalam agama serta ilmunya…walaupun pd hakikat sebenarnya terlalu byk masalah besar lain yg sgt berkaitan dgn punca masalah tersebut…

    kengkadang aku terfikir gak…adakah kita sebenarnya bersedia utk merdeka atau hanya sekadar peralihan pemerintah drp kuasa penjajah kpd muka melayu sedangkan perjajian sebenar tidak diketahui selain pada zahirnya itu nanti walau pun ia mengambil suatu tempoh tertentu ( mungkin agak lama ) hanya melaksanakan dassar atau protokol yg telah dipaksa untuk di persetujui dalam usaha untuk mencapai persetujuan dalam menuntut hak kemerdekaan…???

    rasa cam teori konspirasi freemasonic lak…tp mereka tu dah pikir lama dah agenda mereka tu utk takluk dunia kepada satu pemerintahan global yg skang ni dah masuk dah dlm pertengahan agendan globalisasi….

    ” either u with us or againts us” kata putus yg depa dok bg kat seluruh pemimpin dan ketua negara…

    so, berbalik pada permasalahan yg pokok tadi dimana akar umbinya masih lagi tertanam dan belom mahu digali utk tujuan pengkajian ( memikirkan) iaitu ketiadaan pemimpin….cadangan aku ( rasa dekat sedekad lebih aku simpan spy nak tgk lama mana depa nak klentong dan selama mana org kita nak bersuara)

    even takder pon perbincangan macam ni dlm aper bentuk sekali pun yg aku dok cr tak jumpa…kat tv lg laaa jgn harap nak ader…

    demokrasi abah dia…

    kenapa kita pilih pemimpin yg tak bagitau kita camna dia nak memimpin??? senyap jer agenda dia….yg byk bgtau stakat ekonomi tu pun dr segi faedah, bonos dan subsidi etc yg sebenarnya hanya berupa gula2 utk budak2 spy tak lg merengek….selebihnya….citer pasal sapa yg kentut paling busuk bila dalam dewan atau bila berkempen..

    jd kat sini aku nak hebahkan sikit idea aku….

    kita patut sediakan kriteria dari pungutan suara rakyat terutama melayu selain mendapat sokongan penuh dr raja2 pasal dia ada askar dn boleh umum darurat…yg dapat lucutkan kuasa org politik atas alasan nak kemas tadbir negara….depa ada kuasa tu….

    bg mewujudkan satu dasar utk melantik org yg macam mana yg patut dilantik sbg pemimpin berdasarkan beberapa kriteria….

    dan kriteria ini atau protokol or apa istilah lain yg sama yg sepatutnya di perbincangkan…..so far tak der respond aku terima….yg nak ajak or tanya aku apa menda ….

    or tanaya apa pendekatan, teknik, kaedah yg patut ada yg boleh dilihat dgn telus dan jelas oleh semua orang dalam struktur pemerintahan kerajaan kita ni…???

    satu lagi topik besar yg nak kita bincang….

    tp biasa laa kan…org melayu…kena cakap pelik2 skit ni…yg tak masuk akal ke atau melayu ni mmg jenis tak berakal ker ….tak nak pakat…kena gelak lagi sindir sumer siap…pakej jati diri melayu…heheh….

    kalu yahudi yg baca…sure aku dah kena panggil private tanya aku satu2 tgk menda ni boleh diusahakan ker tak… tp ye la…dah tentu depa dah tau menda ni….sbb depa dah buat pon…kita jer yg tak buat lg….

    bangsa follow like buffalo bukan jenis bangsa yg mencipta…sapa leh sangkal dakwaan aku ni??? kan?

    2 b cont…

Leave a Reply