August 7
Mat vs Evanston
Selasa, 4.55am: Aku bangkit dari tidur sebaik alarm telefon berbunyi lalu membersihkan diri. Seterusnya aku solat sunat subuh sambil menunggu ketibaan sahabatku kutip ke masjid di Devon dengan kereta Audi barunya.
Selesai solat Subuh, aku terus berdoa sepuas-puasnya agar dipermudahkan urusan mahkamah nanti, apatah lagi dengan masalah kesempitan wang yang aku hadapi sekarang. Kemudian aku lepak kat masjid selama sejam untuk tunggu solat isyrak, moga ibadat ini menghindari kepapaan.. Ada sebuah hadith riwayat Tirmizi bunyinya begini:
From Anas bin Malik, may Allah be pleased with him, who said: “The Messenger of Allah, sallallahu `alayhi wa sallam, said: ‘Whoever prays the morning prayer in congregation then sits remembering Allah until the sun rises, then prays two units of prayer has the reward like that of Hajj and `Umrah.’” He said, “Allah’s Messenger, sallallahu `alayhi wa sallam, said: ‘Complete, complete, complete (i.e. reward).’
Tanggal 1pm, aku melewati City Council of Evanston untuk sesi penghakiman saman menunggang basikal di sidewalk, Mat (bukan nama sebenar) vs Evanston. Ramai juga yang hadir pada sesi itu, di mana aku kira lebih separuh adalah kes pelajar sekolah/kolej yang ditangkap minum arak bawah umur.
Kemudian tiba giliran aku. Tawakkal saja, aku tampil ke hadapan dan memberi penjelasan. Hujah aku mudah saja, lebih kurang begini:
“Saya bukan orang Amerika, tak biasa dengan undang-undang sini. Pertama kali melanggar undang-undang. Asalnya saya menunggang atas jalanraya, kemudian naik ke sidewalk untuk kunci basikal dan mengunjungi CVS/Pharmacy.”
Hakim minta aku penjelasan lanjut, lalu aku menambah,
“CVS/Pharmacy tidaklah terlalu jauh dengan simpang jalanraya di mana saya menaiki sidewalk, barangkali 10 meter saja.”
Hujah mudah ini sudah mencukupi untuk aku tewaskan Evanston apabila hakim mengumumkan,
“Kamu tidak didapati bersalah. Lain kali, berhenti di sidewalk dan sorong basikal kamu. Silap nanti terlanggar pedestrian.”
Alhamdulillah. Mungkin ini berkat solat isyrak menghindari kepapaan.
Tapi…
Apakah benar aku tidak bersalah? Secara adilnya, aku rasa sebenarnya aku bersalah dan patut dihukum kerana terang-terangan peraturan menyatakan tidak boleh menunggang basikal di sidewalk. Teringat semula kata-kata Immanuel Kant yang aku ungkapkan dalam Episod Lailatul Raghaib. Lantak engkaulah Kant . . .


syukur alhamdulillah
bila tengok balik, nampak terabur la pulak kiriman aku kali ni. ngantuk punya pasal kot… yelah kan, bangun subuh awal2, pastu stay up untuk dhuha. nak kayuh beskal ke mahkamah pun jauh, letih.. sampai patah seat basikal (kena tunggu duit JPA masuk untuk beli seat baru).
bukanlah nk mempertikaikan fadhilat solat isya’, tapi seingat aku berjaga selepas subuh tu yang hindari kepapaan..x pernah pula dengar fadhilat isya’ yg sedemikian…selain tu, surah al-waqiah (kalau x silap), ada fadhilat hindarkan dari kepapaan.
‘ala kulli hal, syukur sbb dapat jimatkan 75 dol dan labur utk ke stc
Wow!
Berbasikal atas sidewalk pun kena saman dan masuk mahkamah?!!!!
Saya selalu jer berbasikal atas sidewalk, atas padang malah dalam bangunan akademik!
kalau dah berjaga lepas subuh tu samalah maksudnya dengan menunggu masuk waktu dan menunaikan solat dhuha.
Makcik “Ohhh…”, sila rujuk artikel berikut – http://usrah.kakiblog.com/2007/07/22/episod-lailatul-raghaib/
Dalam kes saudara, saya rasa hakim telah memberi alibi kepada saudara kerana kesalahan yang tidak disengajakan dan tidak pula menjejaskan orang ketiga di dalam kes saudara. Walaupun secara literal pada catitan ordinannya, saudara mungkin bersalah, tapi pada kes ini, saya berpendapat hakim telah membuat keputusan yang tepat berdasarkan ‘creed’ asas undang-undang yakni untuk menegakkan keadilan(justice).
Adil pada saudara kerana bukan niat saudara melanggar undang-undang.
Adil pada Evanston kerana tidak menjejaskan rakyat yang lainnya.
Compromise pada teks literal ordinan tersebut? Mungkin. Tapi undang-undang bukanlah semata-mata untuk menghukum; tapi juga untuk mengajar – saya yakin saudara mempelajari sesuatu daripada kes ini.
Wah, ada gaya Maqasid ala Imam al-Shatibi!