July 22

Kisah-kisah sekolah pemikiran

Posted by mat
Filed under Diskusi, Umum |

Aku kadang-kadang minat jugak baca sejarah Kristian kerana ia sedikit sebanyak menjadi hindsight kepada isu-isu Islam semasa. Paling ketara ialah dikotomi Salafi/Modernis vs Tradisi dengan Protestan vs Katolik/Ortodoks. Sebagaimana aku cenderung menyetujui pandangan kem tradisi berbanding Salafi/Modernis, aku juga menyebelahi Katolik/Ortodoks berbanding Protestan. Pada aku, aliran Protestan ni sangat dangkal dan simplistik pemikiran mereka.

Di universiti aku ni ada seorang professor dari Armenia bermazhab Eastern Orthodox yang sungguh mesra peribadinya. Rata-rata professor lain yang mendalami agama Kristian di universiti aku juga Katolik, tidakpun seorang deist yang simpatis dengan pendirian Katolik. Di universiti-universiti dunia Islam, senarionya hampir sama juga.

Dan sebentar tadi, aku terlintas ungkapan seorang pemikir Ortodoks, Alexander Schmemann. Beliau bercerita tentang sekularisme yang diperjuangkan oleh mazhab Protestan. Aku kira, sedap juga ungakapan beliau dan sangat relevan dalam konteks Islam (aku memang ada bias - cenderung bersetuju jika gaya penulisan sebegini, tapi ni cerita lain kali lah).

Aku petik ungkapan Schmemann untuk tatapan pengunjung (ada beberapa bahagian dipotong untuk meringkaskannya),

“Secularism, I submit, is above all a negation of worship [of God]. I stress: - not of God’s existence, not of some kind of transcendence and therefore of some kind of religion [potong] It is the negation of man as a worshiping being, a homo adorans: the one for whom worship is the essential act which both “posits” his humanity and fulfills it [potong] [T]he real cause of secularism [potong] is ultimately nothing else but affirmation of the world’s autonomy, of its self-sufficiency in terms of reason, knowledge, and action.”

Cara beliau menegaskan manusia sebagai hamba unik, bagi aku. Banyak-banyak teori Islamization of Knowledge yang aku baca, tak ada pulak ungkapan mengenai konsep homo adorans ini menarik perhatian aku. Di kalangan para aktivis pula, ungkapan sekularisme sering didefinisikan sebagai pemisahan agama dan politik sahaja.

Bercakap mengenai sekularisme dan pemisahan agama dengan politik ini, aku teringat pula akan Ibn Rushd, penulis yang menyanggah al-Ghazzali demi mempertahankan sekolah falsafah Greek. Ada sesetengah orang berkata beliau sebenarnya bapa sekularisme, jauh lebih awal sebelum kemunculan puak Protestan Eropah lagi. Mungkin bukan sekularisme yang disebutkannya, tetapi “tanwir”, iaitu pencerahan.

Oh, bercakap pasal pencerahan ini, ada seorang lagi yang suka menggunakan istilah “tanwir”. Beliau ialah Ibn Ataillah al-Iskandari, seorang ahli sufi yang mengarang, antara lain, Kitab al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir. Karya beliau yang paling masyhur ialah Kitab al-Hikam. Aku bangkitkan persoalan Tanwir ni sebab nun di sana kedengaran sekolah pemikiran Islam baru - iaitu, Islam Tanwiri. Nampaknya mereka memonopoli istilah tanwir untuk mewakili sekolah pemikiran Ibn Rushd sahaja dan terlepas pandang seorang lagi pemikir agung tanwiri, sang sufi tariqat Shaziliyyah, Ibn Ataillah.

Mungkin pembaca dah pening kepala, apa sebenarnya aku nak sampaikan ni kan? Pusing sana, pusing sini. Ampusana, wa ampusini (bak kata DSAI). Aku nak tunjukkan bagaimana kebanyakan kita tak biasa dengan sejarah Islam, terutamanya zaman-zaman pertengahan dulu. Yang kita tahu cuma zaman salaf dan zaman pasca kejatuhan empayar Uthmaniyyah. Pasang aja lagu 1924 dendangan Soldiers of Allah, tentu pembaca faham apa yang aku maksudkan.

Banyak lagi kisah-kisah sekolah pemikiran yang aku nak cerita, lagi-lagi kisah kurun 17 dan 18. Walaupun si AJ Arberry pernah kata itu zaman intelektual Islam paling gelap, tapi itulah era sekolah pemikiran kegemaran aku yang paling relevan dengan konteks sekarang.

Tapi sebelum final paper aku terbengkalai, eloklah aku berhenti di sini. Point yang aku nak sampaikan sebenarnya ialah tradisi, legasi dan warisan Islam itu kaya, majmuk dan toleran. Bukan eksklusivistik, simplistik dan dangkal. Tak boleh kita ketepikan aja keseluruhan korpus intelektual zaman pertengahan. Juga tak boleh kita mengharapkan idea-idea segar tanpa memahami idea-idea lampau yang pada waktu itu dianggap idea paling canggih.

Sebelum pembaca melabel aku sebagai penulis stereotaip tesis Islam-pelbagai (”The Many-Islams Thesis”), aku tegaskan, tidak. Aku cuma mengharapkan kita peka akan percaturan politik dalam perebutan monopoli ortodoksi, atau istilah Inggerisnya, “The politics of orthodoxy”.

Aku sudahi dengan petikan sang modernis Prof. Fazlur Rahman;

The Muslim should learn to look more objectively at his religious history, particularly at how Islam has fared at his hands, and the non-Muslim should learn to know something of what Islam does to a Muslim from the inside.

This entry was posted on Sunday, July 22nd, 2007 at 8:56 pm and is filed under Diskusi, Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kisah-kisah sekolah pemikiran”

  1. Pak Din on August 7th, 2008 at 9:59 am

    Salam perkenalan.

Leave a Reply