June 4
Ayat-ayat Cinta
Asyik benar saya membaca buku “Ayat-ayat cinta”. Saya mampu menghabiskan buku setebal 300++ halaman itu dalam tempoh masa kurang dari setengah hari — satu pencapaian yang membanggakan bagi diri saya yang seringkali berhenti separuh jalan apabila membaca..
Jangan mudah terpedaya dengan tajuk ceritanya. Ini bukanlah cerita mengenai teruna yang ingin memikat wanita dengan menuturkan ayat-ayat manis yang dusta belaka. Jika anda teliti buku ini, ayat-ayat cinta yang dimaksudkan adalah kupasan daripada ayat al-Quran yang dilafazkan oleh Fahri, hero cerita, kepada isterinya. Bukan itu sahaja, malah banyak perlakuan di dalam kisah ini diselitkan dengan hujah daripada al-Quran atau hadis. Contohnya, dalam plot awal kisah ini, Fahri berjaya menjernihkan keadaan yang kusut apabila seorang wanita Amerika dikutuk habis-habisan oleh seorang warga Mesir. Fahri menjelaskan status warga Amerika tersebut sebagai seorang kafir Zimmi yang berada dalam negara Islam, di mana darah dan haknya terpelihara, sama dengan hak seorang Muslim. Banyak lagi ayat-ayat Quran dan hadis yang diselitkan dalam novel ini. Tak rugi rasanya saya melaburkan masa membaca buku ini. Di samping dapat berkhayal dan menyimpan hasrat untuk mendapatkan isteri solehah semulia Aisya(Amiin), saya juga terkesan dengan karakter dalam kisah tersebut yang banyak mengamalkan sunnah Rasulullah, sesuai dengan kredibilitinya sebagai seorang pelajar Master Universiti al-Azhar. Novel ini amatlah berlainan dengan novel-novel cinta melayu yang kebanyakannya hanya mengisahkan kisah cinta yang diikat atas dasar nafsu semata-mata.
Ringkasannya, berikut adalah pengajaran yang saya dapat daripada buku ini. Bagi sesiapa yang belum dan berhasrat untuk membaca buku ini, saya nasihatkan jangan baca apa yang saya tulis, nanti kurang seronok jadinya.
* Bercakap berdasarkan hujah, bukan dengan emosi. Juga perlu dengan berhikmah. Contoh, apabila Fahri hendak menjernihkan suasana pertengkaran, beliau tidak serta-merta mengeluarkan hadis “La Taghdab”. Ia mungkin saja lebih memarakkan api kemarahan orang berkenaan. Sebaliknya, beliau mengajak orang yang sedang marah itu agar berselawat ke atas nabi s.a.w kerana orang Mesir, menurutnya, amat tidak suka dipanggil bakhil kerana tidak berselawat ke atas Nabi s.a.w. Oleh itu, mereka harus menyahut selawat nabi dan redalah amarah mereka. Setelah itu, barulah beliau kemukakan hujah2 daripada quran dan hadis.
* Teguh dengan prinsip Islam. Contohnya, Fahri sangat menjaga hubungan dengan yang bukan mahram. Beliau enggan bersalaman dengan wanita Amerika dan dijelaskan pula sebabnya menurut hukum Islam. Beliau juga menegur sahabatnya yang membiarkan beliau ditemani keseorangan oleh Maria, seorang wanita Kristian, semasa beliau terlantar di hospital.
* Saya tertarik dengan kemampuan Fahri untuk menerima sahaja wanita yang telah dicalonkan oleh gurunya untuk dijadikan teman hidup. Beliau tidak tahu siapa gerangan wanita itu. Beliau hanya diterangkan bahawa calonnya adalah seorang muslimah yang solehah dan sanggup ikut sama berjuang dalam dakwah.(Beliau diberi foto wajah calonnya, tetapi mengambil keputusan untuk redha dan tawakkal shj). Saya teringat pula bekas naqib saya semasa di INTEC, Abg Bai yang melalui proses yg hampir same, yakni melalui Baitul Muslim(kawan2, verify ni..betulkan?).
* Disiplin masa. Tepati masa meskipun anda Melayu (dah biasakan dengan cliche Melayu tak tepati masa)..
* Gigih menuntut ilmu. Fahri terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk menuntut ilmu al-Quran dalam suasana matahari yang terik. Beliau turut juga rajin berdakwah dengan menterjemah buku dan menjawab persoalan tentang Islam kepada seorang wartawan Amerika sehingga membawa kepada keIslaman wartawan tersebut. Beliau sangat gigih sehingga rebah akhirnya dan terpaksa dimasukkan ke dalam hospital akibat terjemur terlalu lama di bawah mentari dan menghidapi penyakit lain.
Namun, sudah tentu tarikan utama kisah tersebut, bagi saya, adalah kisah cinta Fahri. Bagaimana beliau dengan menjaga agamanya telah menarik minat ramai wanita Muslimah, termasuklah jirannya, seorang wanita Kristian yang berpegang teguh dengan agamanya, tetapi pada masa yang sama menghafal beberapa surah daripada Quran. Kisah ini juga memberi gambaran perhubungan suami isteri yang dibentuk atas dasar akidah dan sanggup berkorban demi agama.
Murni sungguh cinta tersebut. Benarlah hadis Rasulullah yang memberi prioriti agama apabila kita hendak memilih calon isteri. Kewajipan si ayah bermula sejak sebelum berkahwin lagi, yakni dengan memilih calon isteri yang baik. Ayah dan Ibu yang soleh, insya-Allah jika dididik dengan baik, akan melahirkan anak yang soleh juga.
Cukup sahaja setakat ini. Harap-harap dapatlah juga menjadi substitute bagi bengkel Love Notes anjuran al-Maghrib yang diadakan pada 1-3 Jun yang lepas yang saya terlepas…hehe
Wallahua’lam


mat n cidos mesti x lyn buku mcm ni…
pauhfc mcm dah kenal sgt cidos n mat? Tak perlulah jawab utk wakili org lain..
baca dulu baru boleh lihat ade manfaatnye.. ini bukan sekadar novel biase, ada diselit perbincangan hukum2 agama dan sunnah, itu yang membuatkan novel ni agak berlainan daripada novel2 remaja yg lain.
pauh, hahahahaha
Apapun, sapa2 yang mengalami tekanan persaan eloklah menuruti saranan ini.
Kat perkataan “ini” tu ada hyperlink tau
kenal dari buku-buku yang diorang baca n review kat sini.x penah diorang cite psl buku fiction.mmg x penah jumpa diorang.insyaAllah stc nanti nak jumpa.
bangku, saranan anda tu bagus.tp, kurang praktikal buat pelajar mcm kita.
opss..bangku plk.mat la.apa da sy ni.tekanan perasaan kot..
http://odeo.com/audio/9582063/view
-komentar dalam bentuk audio.
Moga bermanfaat.
Kajian dalam livescience yg mat link kan menepati apa yg telah lama dikhabarkan oleh al quran:
“Dialah Yang Menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya” (al- A’raaf.. 189)
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. “(ar-Rum ayat 21)
mungkin ini yg dimaksudkan HAMKA dengan ungkapan “hujung akal pangkal agama”
wallahu a’lam.
Bagi sesiapa yang skeptical dengan novel ‘retorik’ sebegini, terpulang kepada anda untuk berpendapat sedemikian. Memang saya setuju, watak Fahri dalam novel ini memang watak yang perfect. Tapi, sebagaimana yang saya tekankan dalam penulisan saya di atas, apa yang menarik minat saya adalah selitan hukum agama dalam penulisan novel ini. Banyak juga hujah-hujah yang dikemukan daripada dalil aqli dan naqli mengenai permasalahan2 dalam kehidupan seharian yang ditimbulkan dalam novel tsb.
Pauhfc, saya sendiri pun jarang bace novel fiction. Ini pun tertarik dengan betapa popularnye novel ini, even di kalangan ikhwah2. Pasti ada sesuatu yang asing daripada novel2 ‘cinta’ remaja yang biasa.
Pauhfc, komen anda tu adalah sindiran yang tajam, tapi tak kena tepat pada sasaran. Anda seolah-olah menyatakan bahawa fiction takde manfaat ape2, walhal saya sudah panjang lebar terangkan manfaat yang saya dapat daripada bacaan novel ini. Saya pada mulanya nak balas dengan sindiran, tapi sabo ajer la.. mintak hindar daripada beri komen2 sedemikian lagi..
akum..
saya pembaca segala jenis novel.. dari thriller, novel2 merapu, hinggalah ke novel2 cintan cintun ni.. tapi A2C mmg different.. rugi siapa yg tak meluangkan masa membacanya.. terutama anak2 Muda-Melayu-Islam.. yang pada perkiraan saya semakin ramai antaranya yang semakin ketandusan nilai2 baik.. walaupun watak fahri tu nampak cam perfect sangat je..(Which is mcm susah je nak wujud org cam tu didunia ni..allahualam) tapi ilmu2 yg disampaikan sarat.. tak tercapai dek akal la.. bak kata elyana.. setengah org tak minat baca2 buku ilmiah ni.. petak kepala katanya.. tapi melalui novel ni, semua itu tiada lagi! ianya mampu menarik minat.. sebab ada story2 yg membuatkan perasaan kita bercampur baur.. mcm telenovela tu la pendek kata.. so sapa2 yg belum baca, saya sarankan bacalah untuk santapan jiwa anda.. allahualam..
Menurut aq: Novel ini tokohnya begitu hidup, kang abik menggunakan kata “Aku” yang bisa membuat pembacanya merasa menjadi tokoh FAHRI yang ada d’dalamnya. But, aq sendiri sich lebih kepingin sebagai AISAH dalam novel ini ^_^ (PD bgt)Pengen sich punya suami kayak FAHRI……….
Palagi lebih dari FAHRI yaitu sang nabi MUHAMMAD S.A.W. (ga mungkin bgt yach??? )Kalo gitu yang mirip DIYA dech ^_^ AMIN…………..
asalamualaikum???????????.subhanallah,kakak n adik berbakat sekali.saya ingin sekali berjumpa langsung dg kang abik n kang anif.
http://rapidshare.com/files/56695371/AyatAyatCinta.chm.html