June 2

Video-video Tamrin UIUC (19-20 Mei 2007)

Posted by ans
Filed under Umum | 4 Comments

Pada 19-20 Mei yang lalu, kami telah mengadakan Tamrin di UIUC. Ia merupakan salah satu aktiviti MISG yang telah diletakkan di bawah pengendalian Lujnah Dakwah dan Tarbiyah. Alhamdulillah, banyak juga ilmu dan semangat baru yang dibawa pulang.

Di sini saya berikan link-link bagi mereka yang ingin mendengar ceramah-ceramah tersebut. Insya-Allah ada ganjarannya anda melaburkan beberapa jam untuk mendengar pesanan dan nasihat agama ini. Cuba fikirkan… anda boleh duduk diam selama 90 minit untuk menonton Champions’ League, tapi mengapa tidak nasihat agama? Tak dinafikan, ada manfaatnya tengok bola. Contohnya, ada modal untuk berborak dan merapatkan ukhuwwah. Dapat kenal orang apabila kedua-duanya berkongsi hobi yang sama. Namun begitu, dengan mendengar nasihat agama, anda mendapat manfaat di dunia dan akhirat. Dapat memperbaiki diri sendiri dan seterusnya memperbaiki orang lain. Modal berborak pun ada jugak, kan?

Ceramah-ceramah berikut berkisarkan mengenai keperluan kita untuk mengukuhkan asas akidah dan kefahaman kita mengenai Islam sebelum memimpin orang lain. Anda bukan pemimpin? Tidak, jikalau anda tidak mampu memimpin orang lain, sekurang-kurangnya anda memimpin diri sendiri. Contohnya, anda yang menentukan apa yang nak dibeli di pasar. Kalaupun orang lain memaksa anda untuk membeli barang yang lain, tapi disebabkan anda yang akan bayar nanti, maka keputusan akhir ditentukan oleh anda sendiri. Betul? Maka, anda juga adalah pemimpin. Bagaimana pula hendak menjadi pemimpin Islam yang baik?

Apabila kita mengamalkan Islam, kita sering dipandang pelik. Cuba fikirkan satu situasi. Adakah pergi ke masjid sesuatu yang asing? Bermakna, apabila anda menjadi rakan kepada masjid, anda akan dicop sebagai alim, dan hanya mereka yang tertentu yang akan berkawan dengan anda. Maka, bagaimana agaknya cara untuk mengatasi perkara tersebut? Adakah krisis ini berpunca daripada kurangnya keyakinan dan izzah terhadap Islam?

Nah, disini link-link tersebut.Tengok,ye..

1. Characteristic of Islamic Leadership – oleh Ammu Fisal Hammouda

2. Being Ghuraba’ and Standing Firm – oleh Ammu Fisal Hammouda

3. Harnessing Islamic Leadership : Getting the big Picture – teleconference bersama Akh Faiz live dari Bintulu.

Wallahua’lam

This entry was posted on Saturday, June 2nd, 2007 at 5:01 pm and is filed under Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Video-video Tamrin UIUC (19-20 Mei 2007)”

  1. mat on June 3rd, 2007 at 11:48 pm
  2. ans on June 4th, 2007 at 4:59 am

    Yang banner kat atas tu pun termasuk gambar mase tamrin jugak..hehe

  3. cempaka on June 8th, 2007 at 9:58 am

    lama tak dengar ceramah ammu faisal…best2 :)

  4. ans on June 9th, 2007 at 3:03 am

    syukur ramai yg dapat manfaat daripada ceramah beliau

Leave a Reply