April 29
Sehari bersama MAS Youth dan Young Muslims
Semalam aku menghadiri Hari Terbuka MAS Youth diikuti Neighbournet Young Muslims. Hari Terbuka tersebut bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti MAS Youth kepada para belia Chicago dan mengajak mereka isi borang keahlian usrah. Manakala, perjumpaan Neighbournet adalah nama bagi halaqah mingguan yang dijalankan oleh Young Muslims.
Pada awalnya, aku bercadang ke acara MAS Youth bersama rakan-rakan seusrah di Evanston yang masing-masing ada kereta. Tapi keputusan mereka untuk membatalkan perjanjian tersebut pada saat-saat akhir sekali lagi membuatkan aku tertanya-tanya sejauh mana komitmen mereka. Kelam kabut aku memikirkan alternatif ke perkarangan Islamic Foundation di Villa Park yang jauhnya 40 minit melalui kereta dan 2 jam melalui pengangkutan awam. Akhirnya aku menghubungi saudara Hassan, pelajar tahun pertama di sebuah kolej awam Chicago untuk menumpangkan aku.
Dalam perjalanan, aku cuba menyelami perspektif seorang aktivis muda MAS ini. Ditanya bagaimana beliau terlibat dengan gerakan Islam ini, beliau menjawab “Saya tinggal berdekatan rumah abang Omar. Satu hari tu, beliau jemput saya dan rakan-rakan ke barbeque di rumah beliau. Tahu-tahu aja, kami diminta isi borang keahlian MASYouth.”
Kata beliau lagi, “Memang licik abang Omar ni. Kalau nak harap budak-budak lelaki datang kepada beliau secara sukarela memang sukar melihatkan suasana bebas di negara ni. Barangkali di kalangan sisters lebih mudah kerana mereka terasing dari masyarakat umum atas sebab cara pemakaian mereka yang berbeza. Lalu akan mencari sub-culture dan komuniti alternatif.”
Setibanya aku di lokasi, kelihatan di hadapan abang Omar dengan penuh semangat menceritakan program-program MAS Youth dan misinya sebagai peneraju ke arah Islamic State of America. Aku semestinya akan terkesan dengan kesungguhan beliau untuk merealisasikan cita-cita tinggi ini. Ucapan berapi dan meletup-letup ini bukan sahaja beliau hala terhadap kami, malah terhadap isteri convert dan anak-anak kecil di rumah beliau juga. Kesian juga melihat anak beliau yang belum mumayyiz sudahpun ditarbiyahnya seolah-olah orang dewasa seperti kami.
Melihatkan perkara ini, aku terus berazam untuk setia bersama perjuangan beliau. Rugi jika jika terlepas peluang bekerja bersama insan karismatik sebegini. Sahabat-sahabat lain juga menyatakan perkara yang sama. “When I grow old, I wanna be like him,” kata seorang sahabat. “Well too bad you’re already old now,” aku balas sambil ketawa teringatkan cita-cita zaman sekolah rendah nak jadi Superman menyelamatkan dunia. Beliau membalas dengan wajah serius, menyebabkan aku tersentak dan menyimpan azam yang sama.
Seterusnya kami bergerak ke restoran KFC zabiha sebelum bergegas menuju pusat ICNA Chicago untuk menghadiri halaqah NeighbourNet anjuran Young Muslims. Di sini, suasananya lebih santai memandangkan kebanyakan peserta adalah pelajar high school. Jika satu usrah MAS Youth disertai kira-kira 5 orang, halaqah ini pula dihadiri 20 orang. Antara lain, kami bermain Jeopardy, permainan trivia pengetahuan am yang mereka adaptasikan kepada topik pengetahuan Islam.
Kemudian kami menunaikan solat maghrib diikuti permainan basketball. Aku mengambil peluang untuk berkenalan dengan mereka, antaranya ialah coordinator halaqah tersebut, saudara Asim yang bakal melanjutkan pelajaran di universiti Rutgers, NJ. Aku dapati ramai kagum bagaimana aku boleh masuk Northwestern University. Antaranya, mereka membalas “Northwestern?! That’s my dream!”. Ramai juga mengatakan mereka tak mampu membiayai yuran universiti mahal-mahal sebegini. Aku rasa bersalah kerana banyak mensia-siakan peluang keemasan menuntut di universiti mahal dan tak pernah bersyukur dengan rezeki yang dikurnia-Nya.
Halaqah tersebut disudahi dengan solat isya’ di tengah-tengah park tersebut. Sebelum itu salah seorang brother dengan selambanya melaungkan azan di tengah-tengah padang yang terletak di jewish neighbourhood. Imam solat tersebut membaca surah Al-Mulk dengan penguasaan tajwid yang mantap. Beliau hanyalah sophomore high school (5 tahun lagi muda daripada aku).
Masya-Allah, hebat para da’i di USA menghidupkan dakwah di tengah-tengah masyarakat hedonis.


Konsep Neighbournet yang dibawa oleh Young Muslims dalam menjalankan dakwah dalam suasana remaja high school/college di US patut diteladani dan dipelajari.
Mereka ada satu system yang cukup sistematik dan berkesan. Lengkap habis daripada bagaimana nak memulakan, isi-isi yang akan dibawa, mencari pelapis dsb. Yang menariknya, ini semua adalah usaha mereka sendiri tanpa campurtangan pertubuhan pertubuhan lebih besar seperti MAS,ICNA atau ISNA misalnya (cuma mereka ini didaftar dibawah ICNA). Sbb itulah boleh tgk makin rapid tertubuhnya neighbornet-neighbornet di bandar bandar US. Made by Youth for Youth.
InshaAllah ana dijemput mengikuti program penilaian aktiviti-aktiviti YM di New Jersey akhir bulan May ini. Yang mana baik inshaAllah akan dikongsikan bersama.
Pegi NJ dengan Syrian Hassan ke? Kirim salam kat dia.
Seorang sahabat MAS Youth pernah meluahkan cemburunya kepada Young Muslims yang makin berkembang hasil rebranding yang berkesan. Mungkin Cidos boleh ceritakan pengalamannya bersama halaqah neighbournet.
Sebenarnya ana sendiri pun dah lama tak ikut halaqah YM ni kerana S_ B _ K (you know the word). Lagi pula halaqah dibuat hari sabtu, waktu menunggu bas yang paling memeritkan.Alasan? Tapi ana kurang berpuas hati sikit sebab halaqah nya bercampur antara undergrad dengan high school student. Kadang kadang jurang pemikiran tu agak ketara. Mungkin kerana telah terbiasa untuk serius dalam usrah sejak di Malaysia, maka ana kurang selesa untuk layan kerenah adik adik dalam halaqah tu.
Anas, ketua YM NJ ialah saudara Adib, ketua halaqah ana. Tapi dia lebih macam memandu discussion berbanding menyampaikan ilmu. Beberapa minggu lepas dengan nada sinis dia ada tanya, “long time no see”.
Semoga dengan komitednya korang berdua dgn aktiviti YM akan me’recharge’ semula semangatku.
Peringkat asas YM memang simple aja. Dari situ diorang akan saring ahli2 yang komited untuk masuk shura yg menguruskan halaqah tu. Pastu baru start level satu – ni macam tahap usrah yg kita slalu ikut. Level dua tu katanya macam first year Alim course – bertalaqqi dengan guru.
Berbeza dengan MAS – terus masuk usrah intensif.
Kalo ikut YM ni memang aku macam “star” gak la – dah tahu macam-macam banding ngan budak2 high school. So peranan aku lebih kepada memberi daripada menerima.
Siapa tahu apa jadi/apa terkini/bagaimana contact dengan WAMY? (World Association of Muslim Youth)
Amoxicillin dosage….
Amoxicillin rx 657. Amoxicillin. Amoxicillin not pink. Amoxicillin rash treatment….