April 6

MSACZ Dearborn, ISR Ann Arbor dan aku yang gagal

Posted by mat
Filed under Umum | 11 Comments

Aku yang gagal

Akhir-akhir ini aku agak keletihan. Baru habis final exam untuk winter quarter, disambung dengan pengembaraan beribu-ribu batu semasa spring break.

Bertambah runsing kepala aku dibuatnya bila dipertanggungjawabkan untuk mengurus 3 ISR yang berlangsung back-to-back, mengelola usrah MAS, kempen kesedaran, Titian Fitrah, STC… Cewah, konon macam Ustaz Hasrizal la pulak nak berceloteh pasal kesibukan dan erti hidup pada memberi (aku taklah sampai tertidur dalam exam!).

Tapi bukan masa dan alam yang patut dipersalahkan melainkan diri sendiri yang masih gagal menguruskan masa dengan baik. Nampaknya masih banyak perkara yang perlu aku belajar. Maklumlah pertama kali aku diberi tanggungjawab sebesar ini. Zaman sekolah dulu aku ni pasif je – stakat tahu buat homework dan khayal melayan teori-teori agama-falsafah.

MSACZ Dearborn

Awal pagi Jumaat minggu lepas, aku bergerak ke library untuk mencetak pamphlet Khalifah Institute. Kemudian ke MSD untuk mengambil pamphlet Tourism Malaysia dan bendera. Aku juga membungkus brochure MISG, Titian Fitrah dan buku-buku Unified Theory of Existence dan Khalifah Series untuk dipamer/jual semasa persidangan di Dearborn, MI esoknya.

Sebelum bertolak, aku mendapat khabar buruk dari roy bahawa rombongan Purdue terpaksa dibatalkan sebab tak dapat sewa kereta. Kekecewaan aku sedikit terubat apabila tiba di Ann Arbor – kami disambut baik oleh saudara Hakim yang tampan lagi peramah. Entah kenapa, wajahnya membuatkan aku teringat pada Joe Si Ego yang baru saja aku jumpa di Stevens minggu sebelumnya. Pada malam itu, kami menantikan kemunculan Fadhli dan Hase dari Penn State yang tak sampai-sampai, sehinggalah mata masing-masing terlelap keletihan.

Pagi Sabtu, Izuan menjadi orang pertama untuk bangun dan menggerakkan kami untuk menunaikan solat Subuh di masjid berdekatan. Di situ, kami berselisih dengan Abdul Rahman Blauvelt, bakal speaker untuk ISR esoknya. Seterusnya, kami menunggu Izuan menggosok rapi kemeja dan seluarnya sebelum bertolak ke lokasi persidangan di University of Michigan Dearborn.

misg_booth.jpg

Sebelah pagi, kami mendengar ucapan oleh Imam Magid, iaitu Timbalan Presiden ISNA, sambil pihak akhawat pula gigih menghias meja pameran MISG (lihat gambar). Aku kira, antara semua pameran di situ, booth MISG lah paling gah dan berseri dengan bendera Malaysia yang terpampang di depan meja. Hinggakan, kenalanku dari Northwestern yang berkunjung ke meja kami menuduh aku sebagai melayu nasionalis!

Meja MISG juga mendapat kunjungan Pengarah MAS Youth Detroit yang tampak gembira dengan presence MISG kali ini. Beliau bercerita bagaimana MISG sungguh aktif di Ann Arbor suatu ketika dahulu. Dari segi jualan, separuh dari buku-buku Khalifah berjaya dijual. Malang pula bagi MISG yang tak dapat berniaga sebab kiriman stock badges tak sampai.

Berkenaan pengisian pada MSACZ, secara umumnya agak kurang memuaskan berbanding tahun sebelumnya. Kelibat Shaykh Husain Abdul Sattar, Dr. Ingrid Mattson, Dr. Jamal Badawi, bro Mamoon dan bro Ahmad Sidky di Milwaukee tahun lepas masih segar dalam ingatan. Impak para penceramah tahun ini agak kurang, apatah lagi dengan ketiadaan Muhammad Alshareef yang tersekat di Kanada.

ISR Ann Arbor

Pada awal perancangan dahulu, aku bercadang mengambil waktu malam/pagi yang tak konflik dengan acara MSACZ untuk mengadakan slot MISG. Kerana, tujuan utama idea gabungan ISR-MSACZ ialah untuk menggalakkan pelajar melayu bergiat aktif dalam persatuan-persatuan Islam di lokaliti masing-masing, bukannya mengasingkan diri. Tapi nampaknya takde kelapangan dalam schedule, dan atas keutamaan untuk outreach kepada pelajar di Ann Arbor, terpaksalah mengasingkan ISR dari MSACZ.

Secara keseluruhannya, ISR Ann Arbor berjalan lancar walaupun agak kelam kabut mencari penceramah. Kebetulan sahaja terserempak bro Abdul Rahman semasa di masjid hari sebelumnya, dan akhirnya dapat menghubungi bro Haroon pada malam sebelum ISR. Dari segi penglibatan pelajar tempatan juga memuaskan. Barangkali sambutannya lebih hebat dari ISR CSM.
Penghargaan

Akhir sekali, aku mengucapkan terima kasih kepada para ameer dan ameerah ISR atas kesungguhan menjayakan program di universiti masing-masing.

This entry was posted on Friday, April 6th, 2007 at 4:19 am and is filed under Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “MSACZ Dearborn, ISR Ann Arbor dan aku yang gagal”

  1. lonsaa on April 6th, 2007 at 11:29 am

    bagus2…tapi cam ade ayat2 laser jeh…huhahuha…mat2..

  2. persie on April 6th, 2007 at 1:08 pm

    aa lonsaa..biarkan la..dia nak lps tension tu..
    tp, apa yg gagal?

  3. ameerah on April 6th, 2007 at 1:25 pm

    “Kerana, tujuan utama idea gabungan ISR-MSACZ ialah untuk menggalakkan pelajar melayu bergiat aktif dalam persatuan-persatuan Islam di lokaliti masing-masing, bukannya mengasingkan diri. Tapi nampaknya takde kelapangan dalam schedule, dan atas keutamaan untuk outreach kepada pelajar di Ann Arbor, terpaksalah mengasingkan ISR dari MSACZ.”

    Maaflah, mmg dh lama cari peluang utk ‘hadirkan’ MISG ke Ann Arbor.. jadi, maybe our main goal mmg berbeza dr awal perancangan program MSA-MISG. Maaf ambil ms kalian(MISG) drp MSACZ utk ke ISR. Cuma sangat rasa keperluan utk ‘menempiaskan’ majlis ilmu di Dearborn ke Ann Arbor..(bila lagi…?)

    All in all, alhamdulillah it all went well (w’pun mmg tak dinafikan masalah speaker yg on-off..tp last2 Allah permudahkan, alhamdulillah). Setelah lebih mengenali MISG, ramai berpendapat.. “bukan tak minat, mungkin kurang exposure sblm ini”. Harap MISG teruskan usaha outreaching..biidznillah~

    jazakumullah khayr kpd semua yg membantu.

    -Be patient… Plant a seed of love for Allah. Then, create the fertile ground for the seed to grow. You need to know that it could take years…

  4. lonsaa on April 6th, 2007 at 2:10 pm

    come to think of it…btul gak ape persie cakap…mane gagal nyer?…aku tak nampak memane flaw pon…lancar jeh…dalam buat keje dakwah kerana Allah tade yg gagal…senantiasa dpt ganjaran…Allah Maha Pemurah…janji ikhlas…tade perkataan gagal dlm kamus hidup pendakwah, btul tak?

  5. ans on April 6th, 2007 at 3:09 pm

    “Bertambah runsing kepala aku dibuatnya bila dipertanggungjawabkan untuk mengurus 3 ISR yang berlangsung back-to-back, mengelola usrah MAS, kempen kesedaran, Titian Fitrah, STC… Cewah, konon macam Ustaz Hasrizal la pulak nak berceloteh pasal kesibukan dan erti hidup pada memberi (aku taklah sampai tertidur dalam exam!).”

    Siap qoutekan kat bahagian komen di Saifulislam tu..haha..lawak2

    Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

  6. mat on April 6th, 2007 at 4:07 pm

    Pantas sungguh kamu membalas komen. (ceh.. ni pun mcm ayat ustaz hasrizal)

    apa yg gagal?

    Yang paling utama bagi aku ialah kegagalan mengurus diri dan masa dengan baik.

    Beberapa kegagalan aku utk MISG:
    - TF tak sampai ke alamat Penn St.
    - Badges tak dijual di Ann Arbor dan CSM
    - Slot MISG tak dijalankan di CSM
    - Visi ISR-MSACZ tak tercapai sepenuhnya
    - Kempen politik/komuniti terbantut akibat kekangan masa

    Siap qoutekan kat bahagian komen di Saifulislam tu..haha..lawak2

    Bukan aku sengaja. Quote tu automatik terjadi bila kita letak link ke blog wordpress lain. Itulah namanya “Pingback”.

    Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

    Huh? Kurang faham…

  7. lonsaa on April 6th, 2007 at 7:41 pm

    ” |Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

    Huh? Kurang faham… ”

    maksud nyer org yg memberi lebih baik dr yg menerima…dlm kes kao ni…kao berusaha untuk org lain…kire kao ni baik aa…jgn riak pulak…lalala~

  8. cidos on April 6th, 2007 at 8:18 pm

    oh begitu al kisahnya pengembaraan kau. tahniah tahniah..at least berjaya la jugak ‘bergerak’. weekend tu aku paling tension sebab terlepas 2 talk best dekat NYC dan satu MSA training kat Princeton gara gara terbangun lambat. Nak sedapkan hati aku bukak la CD muhammad Al shareef , pasang speaker kuat kuat kat bilik kononnya macam tengah dengar dalam dewan ceramah..huhu..

    jom jom semua sibukkan diri dengan dakwah dan study.

  9. ans on April 7th, 2007 at 1:04 am

    lonsaa dah jawab dengan tepat..

    Aku pun tensen gak cidos..terlepas ceramah Jamal Badawi Sabtu lepas. Dia ade dua ceramah, satu petang, satu lagik malam. Yang malam tu mmg sah tak dpat ikut, sbb kene gi keje. Yang petang tu pulak, aku macam tak pasti ade ke tak, sbb tak tertulis pun dlm tentatif yang die kasik. Last2, aku tak pegi.. Aiseh..menyesal lak.. takde gambar peribadi bersama Jamal Badawi..kehkeh

  10. aNas on April 11th, 2007 at 6:42 am

    this is very inspiring :D

  11. aNas on April 11th, 2007 at 6:43 am

    silap code.. ni yg inspiring ->

    .. Nak sedapkan hati aku bukak la CD muhammad Al shareef , pasang speaker kuat kuat kat bilik kononnya macam tengah dengar dalam dewan ceramah..huhu..

Leave a Reply