April 1
Soalnya Hati
“Boleh ke makan ayam katok?” seorang rakan bertanya. Sukar bagi saya untuk menjawab soalan itu jika hanya dengan melambakkan hujah dan dalil. Bagi yang memang mahu makan akan membawa 1001 fatwa ulama kontemporari.”Aku aliran qaradawi” katanya. Sedangkan seumur hidupnya tidak pun pernah membelek kitab qardawi, memahami manhajnya apatah lagi meneladani perjuangannya menegak kebenaran.
Bagi yg tidak mahu makan pula turut sama melambakkan pendapat pendapat ulama timur dan barat. Ijma itu, qias ini. Segala keraguan akan digali dan diperbesar besarkan. “Masih banyak keraguan dalam isu ini.” Tidak pernah seumur hidupnya mengkaji dan cermat terhadap hukum agama lebih daripada kali ini. Hukum rokok tidak pula dikaji sedalam ini lantas terus dihisap dengan beralasankan makruh sahaja. Hukum aurat yg sudah terang lagi bersuluh tidak pula dipatuhi. Tiba tiba dalam kes sembelihan ahli kitab ini warak dan cermat pula lagaknya.
Ketika berdiskusi dengan teman serumah saya tentang perkara ini, saya mendapat beberapa pengajaran yg berguna untuk dikongsikan di sini. Kata teman saya itu, “if you believe it is haram, do not ever eat it once. But if you believe it is halal, go for it now. Its all about emotion and what you believe.”
Saya bertemu dengan rakan yang yakin dengan dalil dalil dan fatwa ulama yg menghalalkan daging di supermarket Amerika tetapi masih tidak mahu memakannya. Ini mungkin yang saya sifatkan sebagai krisis emosi. Akal sudah pun tunduk dengan hujah tetapi hati masih ragu ragu. Melaksanakan lebih sukar dari sekadar bercakap. Dari sisi lain, kita temui mereka yg makan daging ini dengan lahapnya walaupun dia masih percaya bahawa hukumnya haram atau diragui. Tidak pernah pun disemak terlebih dahulu hukumnya. Nafsu didahulukan.
“Brother ni memang jaga pemakanan dia. Dia tak sentuh makanan syubhah ni semua..tu yang nampak tawadhuk je tu. makanan ni affect hati tau.”
“Kat tempat aku, orang yang paling berjanggut, berkopiah, berjubah dan biasa ke masjid lah yang akan berpegang kepada pendapat halalnya ayam di supermarket tu.”
Inilah jadinya bila syakhsiyah dijadikan hujah. Lain orang, lain pilihannya. Lain kawasan, lain mazhabnya. Seperti yg saya lontarkan di awal tadi, perbahasan dalil, ijma’ dan qias para ulama juga tidak mampu menghentikan pertanyaan ini dari terus berlangsung. Maka di manakah jawapan sebenarnya?
Saya pergi menemui Imam Rauf Zaman di tempat saya yang memang saya ketahui berpegang kepada mazhab Hanafi (komuniti Pakistan). Terus terang saya katakan bahawa saya tidak datang untuk mencari hukum (kerana kita sudah maklum pegangan mazhab Hanafi dalam isu ini). Tetapi saya datang untuk memahami dan melaksanakan hukum. Tidak jauh dari masjid yg bermazhab Hanafi ini terletaknya masjid komuniti Arab yang beraliran salafi yang sudah tentu menerima hukum halal bagi daging di pasaran. Tentunya imam Rauf tidak akan sewenang wenangnya mengatakan haram kerana tidak jauh dari masjidnya itu ada satu lagi kelompok soleh kaum muslimin yg beramal dengannya. Takkan lah beliau mahu mengharamkan amalan masjid lain yg juga turut bersandarkan KEFAHAMAN agama? Saya datang untuk melihat bagaimana imam Rauf menjawab isu ini.
Maka inilah jawapan imam Rauf “jika kamu yakin sesuatu itu haram, tetapi kamu masih melakukannya, maka ia akan merosakkan hati kamu. Jika kamu tinggalkan, ia akan menambah iman dan ketaqwaan kamu. Begitu juga sebaliknya, Jika kamu yakini halal dan memakannya, tidak akan merosakkan hati kamu.” Saya kira pula jika kita yakin dengan memakan itu sesuatu yg syarie dan bertepatan dengan sunnah sehinggakan timbul rasa bersalah di hati kerana seolah olah mengharamkan sesuatu yg halal atau mengada adakan hukum baru dalam agama (seperti perasaan beberapa kawan saya di sini) maka hampir wajib untuk kita memakannya kerana ia menambah iman dan taqwa. Pokok pangkalnya ialah HATI. Bagi rakan yang menyebutkan bahawa makanan memberi effect kepada hati, izinkan saya memberikan konsep yang lebih luas iaitu HATI yang memilih makanan.
Saya teringatkan khutbah Imam Rauf bebrapa minggu lepas tentang amalan ‘fatwa shopping’. Bila mana pendapat sesorang ulama itu tidak kena dengan apa yang kita mahukan, kita pergi mencari ulama ulama lain sehingga kita temukan pendapat yang membenarkan apa yang kita mahu. Inilah sikap patut dijauhi kata imam Rauf.
Adapun artikel ini bukanlah semata mata mahu membahaskan isu sembelihan ahli kitab. Isu ini hanyalah salah satu contoh . Pengajaran sebenarnya ialah bagaimana konsep beragama lebih lebih lagi dalam keadaan pelbagai percanggahan pendapat yang kita temukan hari ini. Saya tidak layak mengajar fiqh dan usul, hadis dan quran, itu semua adalah di luar daripada ilmu saya. Tetapi saya harap kita semua memahami konsep beragama dan beramal. Yakin dan tunduk dengan hukum. Ada orang sibuk berbahas tetapi tidak beramal. Kita tidak dihisab di depan Allah kelak berdasarkan betapa banyak ilmu dan betapa pandainya kita berhujah. Kita dihisab berdasarkan betapa banyak amalan dan betapa ikhlasnya kita.


Rasanya di bawah state law kebanyakan States menghendaki bahawa daging di pasaran US perlu disembelih sebelum mati (selepas kena electric shock)… dari sini mungkin dah lepas syarat untuk sembelihan ahli kitab. tapi rasanya belum pernah dijalankan sejauh mana peraturan ini dipatuhi.
Aku dikhabarkan badan fatwa di Eropah bawah al-Qaradawi menyatakan peratusan haiwan yang mati kejutan elektrik sebelum sempat disembelih terlalu tinggi – maka tak cukup syarat halal utk daging ahli kitab (ni utk pasaran eropah sahaja).
bukan die kasik shock supaya dipengsankan ke?…tatau aa…aku terbaca satu artikel kat website mane tah…tapi sembelih tu memang konfem aa…babi jeh eksklusif…nak sembelih camne..leher pon tade…huhahuha
ramai budak-budak ni yg pakai pendapat syeikh yusuf qardawi dalam hal ni.
tp pendapat qardawi dalam bab muzik dan hiburan x diikut pulak.
ramai yg akan mencari pendapat ulama yg senada dengan nafsu masing-masing.