April 29
Posted by mat
Filed under Umum |
Semalam aku menghadiri Hari Terbuka MAS Youth diikuti Neighbournet Young Muslims. Hari Terbuka tersebut bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti MAS Youth kepada para belia Chicago dan mengajak mereka isi borang keahlian usrah. Manakala, perjumpaan Neighbournet adalah nama bagi halaqah mingguan yang dijalankan oleh Young Muslims.
Pada awalnya, aku bercadang ke acara MAS Youth bersama rakan-rakan seusrah di [...]
April 28
Posted by ans
Filed under Umum |
Memang sudah tersemat di minda, setiap solat haruslah ditunaikan pada awal waktu. Benar, Allah sendiri telah berfirman dalam Kitab al-Quran bahawa setiap solat itu telah ditetapkan waktunya. Maka, kita sebagai seorang mukmin, haruslah sentiasa peka dengan waktu solat. Sebagaimana dalam surah al-Jumaah, disebut
Wahai orang-orang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka [...]
April 7
Posted by cidos
Filed under Tazkirah |
Pagi Khamis lepas saya bergegas ke dapur mencari sarapan. Tiada makanan untuk dijamah. Hendak memasak sudah terlalu lewat kerana kelas tinggal lagi 10 minit. “Ah, puasa je lah”. Habis sahaja kelas seorang rakan menelefon. “pukul 6 petang ni pegawai JPA nak datang melawat kita. Diorang nak belanja dinner sekali.” Rakan saya memberikan maklumat. “Alamak, berbuka [...]
April 6
Posted by lonsaa
Filed under Umum |
Jam menunjukkan pukul 4.30, Mamat yg sedang khayal dengan World of Warcraftnya tersentak.
“Alamak, aku belum solat lagi ni. Asar masuk pukul 4.50″
Mamat bersegera mengambil wudhu’ dan mengerjakan solat zuhrnya. Tiga minit bersolat terus dilipatnya sejadah dan terus menghadap komputer menyelesaikan misi World of Warcraft yg tak kunjung habis itu.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar…” Perisian yg didownload [...]
April 6
Posted by mat
Filed under Umum |
Aku yang gagal
Akhir-akhir ini aku agak keletihan. Baru habis final exam untuk winter quarter, disambung dengan pengembaraan beribu-ribu batu semasa spring break.
Bertambah runsing kepala aku dibuatnya bila dipertanggungjawabkan untuk mengurus 3 ISR yang berlangsung back-to-back, mengelola usrah MAS, kempen kesedaran, Titian Fitrah, STC… Cewah, konon macam Ustaz Hasrizal la pulak nak berceloteh pasal kesibukan dan [...]
April 1
Posted by ans
Filed under Umum |
Sudah menjadi tradisi masyarakat Islam umumnya menyambut Mulidur Rasul, kelahiran nabi Muhammad yang tercinta tanggal 12 Rabiul Awwal. Sekalian alam menyambut kelahiran baginda dengan penuh/p>
Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim
Begitulah bait-bait gambaran keadaan ketika saat kelahiran baginda s.a.w yang telah diabadikan dalam nasyid dendangan kumpulan Raihan. Kelahiran [...]
April 1
Posted by cidos
Filed under Umum |
“Boleh ke makan ayam katok?” seorang rakan bertanya. Sukar bagi saya untuk menjawab soalan itu jika hanya dengan melambakkan hujah dan dalil. Bagi yang memang mahu makan akan membawa 1001 fatwa ulama kontemporari.”Aku aliran qaradawi” katanya. Sedangkan seumur hidupnya tidak pun pernah membelek kitab qardawi, memahami manhajnya apatah lagi meneladani perjuangannya menegak kebenaran.
Bagi yg tidak [...]