February 20
Fokus Usrah
Ringkasan usrah:
Pembentangan Buku Jalan Dakwah Antara Keaslian & Penyelewengan tulisan
Mustafa MashyurBuku ini dicetak buat pertama kalinya pada tahun 1986. Tentunya penulis
sebagai mursyidul am Ikhwanul Muslimin ketika itu merujuk kepada isu
dan masalah sekitar bab jemaah pada zaman tersebut. Namun demikian isu,
masalah serta penyelesaian yang dikemukakan tetap relevan sehingga hari
ini. Buku ini perlu menjadi bacaan dan bahan diskusi asasi kepada ahli
gerakan islam khususnya dan ummah amnya.Daripada 8 bab yang terkandung dalam buku ini, kami hanya sempat
mengupas 3 bab yang pertama. Sesungguhnya dakwah digerakkan berpandukan
firman Allah SWT:Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka hendaklah kamu
ikutinya, dan janganlah kamu ikut berbagai jalan ya ng lain, ini boleh
memecahkan kamu dari jalanNya, demikian kamu dipesankan denganNya semoga kamu
bertaqwa”AQ(6:153)Penyimpangan pertama berlaku dari sudut niat /matlamat. AQ(91:9-10).
Nafsu inginkan kuasa, pengaruh pribadi dan harta telah melarikan fokus
sesetengah penggerak daripada matlamat asal yakni dakwah ilaLlah dan
penegakkan khilafah.Penyimpangan seterusnya adalah dari segi sasaran. Fokus perjuangan
dikecilkan kepada sudut yang sempit. Berasa berpada dengan hanya beribadat,
berzikir, mengajar ilmu dengan meringankan hukum, jihad, amal makruf
nahi munkar, daulah dan mengembalian kuasa mutlak kepada agama Allah.
Kita lupa kepada tuntutan di dalam AQ(2:193) Berjuang hanya di negeri atau
negara sendiri dan lupa kepada nasib umat seluruh dunia seperti
Palestin dan Iraq juga termasuk dalam penyelewengan sasaran.Bab ketiga menekankan kewajipan berjemaah bersandarkan kaedah ’sesuatu
yang tidak sempurna yang wajib kecuali dengannya maka ia sendiri
menjadi wajib’. Kemungkaran, penindasan, penghinaan agama Allah dan
kemundurun umat tidak akan dapat diselesaikan secara individu. Jemaah wajib
untuk memenuhi tuntutan ini. Malangnya, ada pihak yang bermudah mudah
dengan amal jamaie. Sedangkan kumpulan perompak pun memerlukan ketua yang
ditaati dan disiplin yang diikuti inikan pula kerja ‘membina’ islam?
Seterusnya, kita melihat berbilang bilang jemaah yang wujud, pelbagai
slogan, pemimpin, bendera juga parti. Keadaan ini memecahbelahkan tenaga
yang sepatutnya dihimpun satu serta membengongkan para belia ketika baru
berjinak jinak menceburkan diri di lapangan dakwah. Kita menyarankan
para belia untuk memilih jemaah yang bercirikan:
- manhajnya ialah mendirikan Daulah Islamiyyah sejagat
- mengamalkan kefahaman Islam yang betul, tidak separuh separuh, tidak
bida’ah dan khurafat, serta mengikut method Ar Rasul SAW.
- berpengalaman dan berpandangan jauh. Jangan sesekali memilih kumpulan
kerana lambang dan slogan mempersona atau kerana terpaut hati dengan
individu tertentu di dalamnya.Kewujudan puak puak kecil yang berinteraksi lebih kerap berbanding yang
lain juga adalah masalah yang perlu diawasi. Ketaatan kepada individu
perlu diganti dengan kesetiaan kepada seluruh pimpinan dan asas
perjuangan. Perlu juga diawasi golongan yang suka menimbulkan perbalahan
dalaman sehingga melarikan fokus dan melemahkan jemaah. AQ(8:46) Kita bersatu
walaupun bukan pada tempat yang betul adalah lebih baik daripada
berpecah di tempat yang betul.IM adalah sebahagian daripada jama’ah muslimin dalam agenda penegakkan
khilafah. Kita tidak mulakakan hati kumpulan Islam yang lain malah
menyayangi semua muslimin.“Adapun sikap dan pendirian kita terhadap semua pertubuhan islam ialah
sikap kasih sayang, persaudaraan, tolong menolong dan kesetiaan, kita
sayang mereka, kita tolong, kita berusaha mencari jalan untuk
mendekatkan jurang perbezaan pendapat, kita baiki pemikiran pemikiran yang
berlainan untuk mendapat kebenaran, kita jangan dipisahkan oleh pendapat fiqh
dan masalah khilafiyyah mazhab. sesungguhnya agama allah itu mudah,
tiada siapa yang boleh menyusahkannya. Kita yakin satu hari kelak akan
gugur nama atau gelaran yang membezakan antara jemaah muslimin dan diganti
dengan kesatuan kerja yang menyatukan barisan angkatan pengikut Nabi
Muhammad SAW” – pesanan Hasan Al Banna.


maaf, tiada masa untuk edit dengan lebih kemas
Sapa sini penah baca buku karangan Ali Abdal Raziq ataupunSaid al-Ashmawy berkenaan secularism? Apa agaknya eh cara nak refute kedua-dua penulis ni? Ada tak buku yang patut dirujuk?