January 27

Coretan hati ans

Posted by ans
Filed under Diskusi |

Ana menyambut baik iktikad sedara mat untuk lebih memantapkan solat dan usaha gigih sedara lonsaa untuk lebih kerap beriadah dan ingin sekali menggabungkan kedua-duanya dalam topik perbincangan dalam post kali ini. Sebelum itu, nak ulas sikit. Benar, solat itu tiang agama. Ianya adalah suatu kewajipan yang telah ditetapkan waktunya, sepertimana yang telah termaktub dalam al-Quran. Maksudnya, setiap waktu solat itu telahpun ditetapkan masa mulanya dan akhirnya, dan amalan tersebut hanya diterima sekiranya ianya didirikan dalam jangka masa tersebut, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu. Sungguh berat rasanya solat itu, walaupun ianya tidaklah memakan masa yang lama pun. Malah pergerakannya pun tidak sukar, bahkan ditambah lagi dengan diberikan kemudahan untuk dilakukan di mana-mana pun. Namun, mungkin dengan kesukaran untuk mencari tempat untuk sembahyang di US ini dijadikan alasan untuk meringan-ringankan amalan solat. Dan bagi yang bekerja di universiti, cabarannya bertambah lagi. Terpaksa curi-curi masa untuk tunaikan solat. Ada pula rakan yang mengambil ringan tentang solat, dan katanya dia hanya solat menghormati waktu. Hmm, ana sendiri pun tak pasti macam mane solat menghormati tu. Tapi, ana rasa sebagai seorang Mukmin, sekiranya amat sukar untuk kita melaksanakan solat semasa bekerja, cuba untuk tukar shift nya, ataupun sekiranya tidak boleh juga, cuba cari pekerjaan yang lain. Salah satu pengertian Ilah yang wajib kita imani ialah Allah adalah Ilah yang memberi rezeki(boleh rujuk Risalah Usrah). Rezeki yang telah ditetapkan untuk kita tidak akan hilang ke mana. Jika Allah telah tetapkan harta itu untuk seseorang itu, maka ianya akan datang kepadanya jua, tidak mustahil kiranya ia datang daripada punca yang tidak disangka-sangkakan.

Menulis tentang riadah pulak. Sepertimana yang ditulis oleh lonsaa, Rasulullah telah menekankan umatnya agar melakukan senaman/riadah dengan kerap. Sabdanya bahawa akal yang sihat itu lahir daripada tubuh yang sihat. Dan lelaki yang kuat itu lebih baik daripada yang lelaki yang lemah. Begitu juga saranan Rasulullah agar kita belajar menunggang kuda, berenang dan memanah. Semuanya adalah suatu bentuk riadah, kan? Ana nak membawa suatu peristiwa evolusi baru yang dibawa masuk ke dalam masjid di dalam komuniti Urbana-Champaign. Masjid ini adalah hasil sumbangan komuniti di sini, dan alhamdulillah, ana nampak banyaknya usaha yang dijalankan untuk terus memakmurkan masjid ini. Contohnya, ada Sunday school untuk mendidik anak-anak tentang Islam. Selain itu, adanya usaha brothers-brothers di sini untuk berkumpul untuk belajar tajwid. Ana ikut serta sekali dan subhanallah, jangan terkejut kiranya antum berjumpa dengan brothers yang apabila diajak berbincang tentang jemaah atau isu-isu Islam amatlah tinggi pengetahuan mereka, tapi pabila membacakan ayat-ayat Quran, masih banyak kesalahan tajwid dan tidak lancar pembacaannya. Bukannya nak condemn, cumanya ana agak kesal kerana sebagai penggerak Islam, kita seharusnya ber’teman’ dengan Quran. Bukankah kita menjadikan al-Quran itu sebagai sumber rujukan utama kita? Teringat ana hadis Rasulullah(ke Quran?) mengenai suatu situasi di mana al-Quran itu menjadi hujjah untuk membantu kita setelah kita meninggal dunia dan juga sebaliknya, boleh menjadi hujjah ke atas kita untuk menentang kita(selingan shj). Namun, alhamdulillah, ana juga berteman dengan brothers yang komited dan berusaha sebaiknya untuk memperbaiki diri dan mempelajari Quran.

Ni puncak cerita ni. Berkata mengenai riadah, ana excited bila berkata mengenai usaha baik komuniti di sini dengan membeli meja ping pong untuk kegunaan jemaah. Memang tepat dengan hobi ana..hehe. Ana berpendapat usaha ni adalah suatu inisiatif yang amat baik yang dapat menarik muslim di luar sana untuk turut sama datang menziarahi masjid. Kebiasaannya, setelah selesai menunaikan solat berjemaah, sebahagian brothers akan turut sama berseteru di meja ping pong. Ini yang ana katakan sebagai gabungan topik yang dibincangkan oleh mat dan lonsaa. Solat dan riadah. Kedua-duanya di masjid. Dengan ini, nampaklah bagaimana masjid itu dikembangkan aplikasinya bukan hanya tempat ritual, tetapi juga tempat untuk sosial, bersukan, berkongsi ilmu, bahkan ada yang membuat homework di masjid. Dengan adanya sukan ni, ana dapat merasakan ukhuwwah dengan brothers di sini lebih rapat. Lebih banyaknya sesuatu yang manis untuk diperkatakan. Tak tahu apa lagi nak diulaskan..bes sangat..huhu
Akhir kata..datanglah ke sini, boleh lah kita beradu!

Wallahua’lam..

This entry was posted on Saturday, January 27th, 2007 at 3:15 am and is filed under Diskusi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Coretan hati ans”

  1. mat on January 27th, 2007 at 6:33 am

    Yay~ ans kembali ke pangku halaman Ansarullah dengan karya yang asli dan engaging.

    Dalam keghairahan kita untuk menghidupkan masjid, jangan lupa bahawa tujuannya supaya menyesuaikan masjid itu untuk menarik orang kepada Islam, bukannya kita mensekularkan masjid untuk memuaskan tuntutan orang luar. … errr betul ke ayat aku tu?

  2. ummu hurayrah on January 27th, 2007 at 8:27 am

    salam,

    err mat. sekular adalah pemisahan antara hal duniawi dan ukhrawi.. kan? (kalau ana silap sila betulkan, dictionary yg ana ade cume medical dictionary je =P )

    so mcm manakah “pensekularan” masjid itu boleh berlaku ye?

    meow~

  3. ans on January 27th, 2007 at 1:06 pm

    Hmm..pemisahan duniawi dengan ukhrawi di masjid? Mungkin apa yang dikatakannya berkaitan dengan meja ping pong? Tapi apa yang ana nampak, pabila adanya meja ping pong di situ, dan coincide plak dengan waktu solat, brothers akan berhenti untuk solat. Tiada pemisahan duniawi-ukhrawi. Tiada yang cuba untuk teruskan bermain sedangkan rakannya yang lain sedang solat berjemaah di ruang solat yg bersebelahan. Dan jangan lupa, ibadah terbahagi kpd dua; Umum dan Khusus. Even riadah juga boleh menjadi ibadah.

  4. mat on January 27th, 2007 at 1:50 pm

    sekular adalah pemisahan antara hal duniawi dan ukhrawi.. kan?

    Dari segi sejarah penggunaannya, benar. Tapi maksud yang umum bagi sekular ialah menjauhi agama.

    Dan jangan lupa, ibadah terbahagi kpd dua; Umum dan Khusus. Even riadah juga boleh menjadi ibadah.

    Sapa cakap salah main ping pong.

  5. lonsaa on January 27th, 2007 at 4:08 pm

    elok la kalu gitu aktiviti masjid kao…aku rase sgt baik inisiatif ni…mengimarahkan masjid…baru ‘happening’ sket…

  6. ans on January 27th, 2007 at 5:05 pm

    “Sapa cakap salah main ping pong.”

    Bukan nk katakan yg ko menentang main ping pong, cume nak katakan bhw even amalan dunia sekalipun boleh dijadikan sesuatu yg menghasilkan pahala andainya disertai dengan niat yg betul. Tiada pemisahan duniawi-ukhrawi

  7. mat on January 27th, 2007 at 6:42 pm

    ok bagos2…

    byk2 masjid kat chicago ni aku tak pnah lagi jumpa yang ada meja ping pong. itu pasal org2 muda tak berkunjung kot. hmm… nanti ko pesan kat Tauqir soh dia usulkan letak meja pingpong bila dia balik cuti nanti..huhu

  8. ans on January 27th, 2007 at 7:27 pm

    Lupe nak sertakan dalam coretan..

    Rasulullah ada bersabda yg antara org2 yang akan mendapat syafaat daripada Allah di hari di mana tiada syafaat melainkan daripadaNya ialah orang yang hatinya terikat dengan masjid.

    Moga-moga kita tergolong dalam golongan tersebut, insya-Allah.

    mat, ke chicago tak ramai org muda.. tua2 belaka ajer..hehe

  9. persie to chrysalis on January 28th, 2007 at 5:16 am

    bg ah mantan yg penuh bg hadith ans…baru best.

  10. `abyd on January 28th, 2007 at 1:55 pm

    salam, tertarik dgn ’solat menghormati waktu’.

    ayah ana br pulang dr mengerjakan ibadah haji. dan masalah ni timbul juga ketika dalam perjalanan pulang ke malaysia.ayah bertolak jam 1130pm hari sabtu (waktu msia) dan tiba jam 730am hr ahad (waktu msia juga). kemudian, ramai jemaah yang sekadar solat menghormati waktu ketika waktu subuh tiba. pihak pengurusan tabung haji sendiri menyarankan begitu. katanya, di dlm plane, hanya perlu solat menghormati waktu. solat y sebenar akan dikerjakan secara qadha’ di rumah masing2 nnt y mana pastinya masing2 akan tiba di rumah selepas jam 10pg plg awal pun!

    rasanya sepatutnya tak berlaku hal ini. sbb kalau tak silap ana, masa sekolah dulu, mmg kita belajar, bila brada dlm plane, kita tetap perlu solat dan qiblatnya mengikut arah tempat duduk kita. kerana Islam itu agama yang mudah dan tidak memberatkan. am i right? itu sekadar pandangan ana y sangat tak faqih dalam bidang ini, apalagi bukanlah seorang ustazah.

    jadi, nak simpulkan cerita ini, akhirnya mak dan ayah serta beberapa jemaah lain tetap mengerjakan fardhu subuh di ats kapal terbang.rsnya itu y sepatutnya dilakukan, ye tak?

    waLlahu a’alam..

  11. ans on January 28th, 2007 at 5:15 pm

    Agak pelik sbb pihak pengurusan haji sendiri yang menyarankan solat menghormati waktu.

    Kalaulah naik MAS, ade kawasan khas yang boleh digunakan untuk solat. Malah ada siap dengan skrin tunjukkan arah kiblat yang diupdate byk kali. Ana tak nampak mengapa perlu solat menghormati waktu, sedangkan kita boleh melakukan solat dengan mudah, hatta kalaulah terlalu crowded tpt solat tu, boleh solat di kerusi.

    Mungkin sesape yg pernah ikut jemaah haji Malaysia boleh terangkan permasalahannya. Mungkin ada yang tersirat?

    By the way, di US ni, ada quite few rakan ana yang sebaya ataupun lebih tua bbrp tahun dah pegi tunaikan haji.Berbanding dengan Malaysian, rata2 bila dah tua skit, baru nk pegi. Satu puncanya mungkin sbb masalah kewangan…di sini lebih murah belanjanya jika tidak diconvert..hehe

  12. cidos on January 28th, 2007 at 9:12 pm

    Tabung haji suruh solat menghormati waktu mungkin untuk elakkan jemaah berduyun duyun masuk bilik air amik wudhuk. senget pulak plane nanti ekk..
    kalau naik MAS balik masia dari USA tu maybe boleh tolerate sbb tak ramai pon yang nak solat atas kapal terbang.

    kalau naik MAS senang,ade tunjuk arah kiblat dan local time semasa. kalau terlebih rajin boleh g solat kat tempat yg ans cakap tu.

    bab hukum ana tak nak sentuh…tapi personally tak prefer sgtla qadha’ solat ni melainkan kes macam jemaah haji tu tadi.

    wallahua’lam

  13. ummu hurayrah on January 29th, 2007 at 2:10 am

    salam..

    ana pun takde la faqih bab2 ni.. tp berdasarkan pengalaman sendiri, xde nye solat2 hormat waktu nih, solat je ikut kemampuan yg ada waktu tu..

    dlm train, naik coach yg ada katil, pnah cuba gi tempat solat die.. tp perjalanan nk pegi tu sikit punya jaaauh n jalan sempit n train mcm bumi bergempa.. risiko eksiden dgn lelaki (n batal wudhu) tu adalah agak signifikan, n lagipun bukan bleh solat berdiri pun, cuba berdiri lima saat train bergoyang dh gedebuk tumbang. so ana slalu solat je atas katil sambil duduk.

    dlm flight pun solat je kt krusi tu.. flight berbelas jam Malaysia-US, Malaysia-UK, etc..

    tringat lak, lepas ana solat tu, ade ukhti cite, brader Melayu-Muslim kt depan kitorg tny.. err dia buat ape tu? ihihik.

    sekadar berkongsi cerita ringan-ringan. waa besok dh skolah.. cuti dh abes.. huwaaa.. huwaaaa….

    meow~

  14. lonsaa on January 29th, 2007 at 3:09 am

    flight mesia us bukan berbelas jam dah..24 jam trus…lalala~

Leave a Reply