January 21

Solat itu tiang agama

Posted by mat
Filed under Tazkirah |

Akhir-akhir ni solatku sekadar senaman badan.
Juga, solatku tak menjauhkan aku dari maksiat dan perkara sia-sia.
Juga, solatku tak mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Puncanya ialah sikap aku yang suka tangguh hingga hujung waktu.
Juga, aku tergesa-gesa dalam solat.
Juga aku tak menghayati bacaan solat.

Untuk minggu ni, aku melancarkan kempen untuk diri sendiri supaya solat sebaik selepas azan.
Juga, aku akan solat sunat tiap kali lepas maghrib dan isya’.
Juga, aku akan bertafakur selepas solat subuh dan asar.

Sekarang aku nak pergi solat Zuhur. Sekian sahaja tazkirah untuk diri aku. Sahabat-sahabat dialu-alukan untuk turut serta dalam kempen ini.

This entry was posted on Sunday, January 21st, 2007 at 7:29 pm and is filed under Tazkirah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Solat itu tiang agama”

  1. hamba Allah on January 23rd, 2007 at 4:24 am

    masya-Allah…tak perlu jadi kempen, jadikan amalan seharian sampai mati jer.

    tetapi hamba Allah ini hendak minta tolong dan nasihat kawan-kawan semua…

    alkisahnya hamba Allah ni susah sangat hendak bangun subuh. 2-3 jam loceng dah letak keliling bantal. bila sampai waktu, satu satu jam ni kena tembak jatuh oleh hamba Allah ini. bila bangun baru rasa rugi dan menyesal tak bangun. hamba pulak takde sahabat sekiling yang dapat bantu mengejut. kalau tidak orang lain, hamba sendirilah yang kena bangun dengan daya upaya sendiri.

    hamba Allah sedia maklum tentang 3 rantai itu, tetapi macam mana yer? this is such a struggle.

    harap sahabat-sahabat lain dapat membantu. syukran.

    p/s:alangkah ruginya hamba. jika antum dapat bangun dan konsisten masya-Allah, antum are the selected ones!

  2. mat on January 23rd, 2007 at 4:28 am

    Bagi ana, cara terbaik ialah tidur awal-awal.

    Kalau byk assignment dan tidur lewat, jangan tidur berselimut. Tidur pakai stokin, sweater, bukak langsir - inshallah mudah nak bangun.

  3. cidos on January 23rd, 2007 at 5:32 am

    setuju..tidur awal. sem ni ana cuba tamatkan semua class sebelom pukul 5 petang. pastu balik sempat masak n makan. pukul 7 lebeh dah boleh start study sampai 12 ke. pastu jangan tggu lagi..tido trus…semoga plan ni berjaya

  4. lonsaa on January 23rd, 2007 at 12:42 pm

    amiin

  5. khadeejah on January 26th, 2007 at 12:37 am

    assalamu’alaikum wrt

    just to share.my method untuk bangun at the desired time.especially for subuh.bace sekali ayat kursi before tido,ulang ayat ‘walayauduhuhifzhuhuma wahuwal’aliyu’azim’ 3 kali.then niat dlm hati nak bangun kol brape.insya Allah ,Allah akan kejut kite pd mase yg kite nk bangun tu.n mudah untuk kite bangun.xde la liat je. ma’an najah

  6. mat on January 26th, 2007 at 12:49 am

    Uiks.. ada sandaran nas ke ni? atau sekadar superstitious conditioning?

  7. persie to chrysalis on January 26th, 2007 at 2:44 am

    aa.betul tu mat.apa2 amalan kene ada nas.x elok ah main claim cam tu je.kalo hadith, mesti nak yg sahih.

    harap khadeejah lawat balik sini dan bagi dalilnya.

Leave a Reply