January 19

Semakin sibuk, Semakin berilmu? Semakin senyap?

Posted by cidos
Filed under Diskusi, Umum |

Agak lama tidak menulis semenjak posting terakhir saya bertajuk “Syarat Kepada IQRA” menimbulkan sedikit polemik sehingga meraih bilangan comments terbanyak…momentum perbincangan yang besar itu diharap berterusan bagi membolehkan saya berehat agak lama sebelum menimbulkan isu baru.

Beberapa kritik juga menganggap saya dan Mat agak mendominasi perbincangan ke arah isu yang ‘berat’ dan sensitif yang mungkin sukar diikuti oleh kebanyakan student lain.

Atas dua faktor di atas, saya cuba mendiamkan diri seketika untuk melihat bagaimana yang lain pula ‘beraksi’. Ternyata, blog ini sedikit sunyi dan hambar. Mungkin kerana ramai yang sibuk dengan persiapan semester baru. Tetapi saya merasakan kehambaran ini berpunca daripada tiada lagi isu panas, sensitif dan emosi (cinta?)

Wah, rupa-rupanya blog usrah seperti ini pun hanya hidup dengan isu panas, sensitif dan gosip! Astagfirullah..

Itu hanyalah mukadimah terhadap artikel. Sebenarnya saya ingin bercerita tentang semester baru Spring 2007. Spring Semester kali ini bakal menjadi antara semester tersibuk saya. Subjek yang diambil ialah:

  • General Biology - Biology 7th edition by Solomon, Berg, Martin
  • bio.jpg
  • Organic Chemistry - Organic Chemistry 5th edition by Vollhardt, Schore, (Rutgers University customized)
  • orgo.jpg
  • Comparative Politics - Introduction to Comparative Politics 4th edition by Kesselman, Krieger, Joseph & readings from library reserves section.
  • poli.jpg
  • Intro to Sociology - Sociology, Updated 9th edition by Jon Shepard & Classic Readings In Sociology 4th edition by eve Howard
  • soci.jpg
  • Issues in Biotechnology - (No required text but several lectures on:- Bioethics, Plant Biotechnology, Biotechnology in the Developing World, Animal Biotechnology, Stem Cell Biology, Risk Perception of Biotechnology, Microbial Biotechnology, Pharmacogenomics, Biotechnology and Fisheries, marine biotechnology, Vaccine development.)
  • Intro to Microeconomics (saya drop kerana buku terlalu mahal dan saya lebih tertarik dengan kelas macroeconomics yang sudah pun penuh)

Kombinasi subjek sains tulen dan sains sosial menuntut manipulasi otak kanan dan kiri yang seimbang dan tangkas. Paginya perlu berfikir seperti seorang saintis yang mementingkan ketulenan fakta dan bukti secara emperical eksperimen. Beberapa jam kemudian cara berfikir tersebut perlu di ’switch’ kepada kaca mata seorang ahli masyarakat yang mengutamakan pemahaman terhadap perilaku manusia, emosi, spritual, etika, ‘power struggle’ dsb. Eksperimen bertukar menjadi ‘research’ terhadap sesuatu yang telah berlaku dalam kehidupan manusia.Saya menjangkakan sekitar 300 muka surat bacaan perlu dihabiskan setiap minggu beserta dengan essai assignment yang bertimpa timpa. Ooh, jangan lupa saya juga bekerja 10 jam seminggu.Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa selaku pelajar Biotechnology saya agak kurang menyentuh isu berkaitan sains & teknologi. Sebaliknya yang saya sibuk komenkan adalah sesuatu yang di luar bidang pengajian khusus saya itu. Jawapannya boleh jadi mudah. Kita kadang kala bosan untuk mengulangi semula perkara yang sudah disebut di kuliah.

Tetapi jawapan yang sebenarnya ialah semakin banyak yang dipelajari, saya semakin takut untuk memperkatakannya tanpa kajian yang teliti terlebih dahulu. Pemikiran menjadi semakin kompleks dan mendalam. Mungkin rasa inferior takut tersalah jawab soalan lecturer atau kuiz dan ujian masih membayangi perasaan walaupun kita sudah berada di luar kelas. Rasa accountability terhadap perkara yang diungkapkan itu hadir secara semula jadi. Saya juga menjadi semakin blur kerana semakin banyak yang dibaca baru tersedar bahawa ada banyak lagi yang belum diketahui justeru saya perlukan pengkajian yang lebih lagi.Dengan kombinasi subjek sains tulen dan sosial yang seimbang, kini saya boleh diiktiraf sebagai pelajar sains tulen dan juga sains sosial (sekurang-kurangnya untuk semester ini). Nah, jika sebelum ini saya ’senyap’(baca sbg teliti & accountability) terhadap isu sains dan teknologi, saya bimbangi bahawa saya akan turut ’senyap’ dengan isu sosial, politik dan etika.

Mungkinkah ini adalah sindrom kepada para ilmuan kita yang meminggirkan diri dari arus perdana masyarakat lantaran kesibukan tugas akademik dan juga disebabkan ketinggian ilmu mereka yang tidak secocok dengan level masyarakat yang kebanyakannya masih jahil dan kurang mementingkan fakta? Tidakkah sikap mementingkan ilmu dan fakta itu sesuatu yang lebih baik berbanding cakap kosong yang tidak ke mana?

Moralnya, agar tidak lagi kita berpegang selamanya kepada gimik dan isu panas serta gosip semata mata. Sekali sekali, tak mengapa lah berasa bosan sebentar membaca tulisan rasmi atau ilmiah biarpun yang hanya di cut n paste sahaja. dalam masa yang sama, berdoalah agar kita menjadi orang yang semakin berilmu tetapi terus bersuara dengan hujah kebenaran selagi tidak melampau lampau. Insya Allah saya akan cuba kongsikan ilmu yang diperoleh daripada sumber sumber rasmi (kelas) bersama rakan-rakan sekalian.

*Hope that I’ve provide a good excuse for not being active in Ansarullah or MISG ( I pray not to be) in times to come. Huhu.

This entry was posted on Friday, January 19th, 2007 at 8:00 am and is filed under Diskusi, Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Semakin sibuk, Semakin berilmu? Semakin senyap?”

  1. persie on January 19th, 2007 at 5:00 pm

    saya makin subuk..

  2. hamba Allah on January 19th, 2007 at 6:04 pm

    masih terngiang-ngiang kat telingaku apa yang ammu fisal sebutkan (saya percaya ini daripada imam hasan al banna)…

    “Orang yang berjaya adalah orang yang menyibukkan dirinya. Makin sibuk dirinya, inshaAllah akan berjayalah”…

    wallahualam

  3. mat on January 19th, 2007 at 10:59 pm

    Satu kiriman yang original dan berkualiti. Kesepian blog mungkin juga menandakan kita semua semakin serius - takde masa nak borak2 kosong. Sempena awal muharram ini juga, mari kita tanam azam untuk bekerja keras. Disertakan di sini adalah tazkirah dari ulama’ Naqshabandi tersohor di Chicago, tidak lain dan tidak bukan, Shaykh Husain Abdul-Sattar bertajuk Working Hard:

    Klik Untuk Dengar

  4. lonsaa on January 20th, 2007 at 12:26 am

    byk gile kelas yg kao amik cengkudu?! aku tak larat nak ikut kao…amik 4 klas pon dah tak boley manage idup…lalala~…gud luck…may ‘The Force’ be with you

  5. mrq on January 20th, 2007 at 7:46 pm

    aku setuju artikel ni….aku lg suka banyak baca dr banyak tulis. ……

  6. mat on January 20th, 2007 at 7:53 pm

    mrq, alasan je tuh… biasanya org yg byk baca juga banyak menulis. org yg tak baca, atau tak faham apa yang dibaca aja yg tak banyak menulis.

    betul ke teori pseudo aku ni?

  7. lonsaa on January 21st, 2007 at 1:53 am

    pseudopodium..lalala~

  8. cidos on January 21st, 2007 at 3:16 am

    Class memang semangat nak amik, tapi grade nye jangan tanye ye :)

  9. mrq on January 21st, 2007 at 4:52 am

    aku tetap menulis, tp bkn utk umum. kene review balik nota. lepas ni insyallah tulis utk umum. menulis ukt catitkan ideologi, samada nak sebarkan idealogi tu hak maasing2….

  10. nkz on January 21st, 2007 at 4:53 am

    The first step towards knowledge is to know that we are ignorant.

    makin banyak faham, makin banyak ingin nak faham.
    makin banyak ingin nak faham, makin banyak tak faham.

    (and the circle goes on…)

    -blissful ignorance-

  11. ans on January 21st, 2007 at 8:29 am

    Cakap berdasarkan hujah..”Hujah mengatasi syahsiah”..takde pulak ko state quote ni yang ko gemari dulu..

    Secara personal, aku lebih suka membaca tulisan rasmi, instead of yang berbentuk huraian sendiri. Bila dihuraikan sendiri, orang akan tengok kredibiliti diri yang tak hebat pun, akhirnya sia-sia aja tulis panjang2.. ni nak justify copy-paste la ni..tapi bukannya aku nk kate yang aku gemar copy-paste, tapi sekali-sekala ape salahnya, kan? Nak buat research, boleh…kalau tgk post2 aku yg lepas pun byk diambil quote, bukan penjelasan sendiri, sebab aku lebih gemar quote org yang berkredibiliti daripada hasil ‘gorengan’ ayat sendiri..itu personal opinion ajer la..

    So, jgn la pandang rendah bila copy paste..sstgh perkara tu lebih elok kiranya kita ambil bulat2, takut tersalah tafsir, dan seterusnya mengakibatkan pembaca menyalahkan penulis asal, disebabkan kita tulis berdasarkan tafsiran sendiri..

    Sori, berbelit-belit.. tak tau kalau dah terkeluar tajuk, komen ni pun ditulis slps baru balik dari kerja..penat..kalau ade silap, nnt dlm komen slps ni aku betulkan..

  12. Naga Tasik Chini mengaum lagi on January 21st, 2007 at 12:52 pm

    aku tak particular sgt. aku suka baca pandangan dan idea org berkenaan dengan sesatu topik. aku suka tgk cara org berfikir dan view mereka terhadap sesatu isu. berkenaan dengan gaya penulisan, dr penulisan yg formal, kontemporari lebih menarik minat aku sebab tak terlalu boring susunan ayatnye dan lebih santai. untuk org yg membaca secara audio dan visual macam aku mungkin pendekatan penulisan kontemporari lebih berkesan dr penulisan formal. kalau copy paste pun, mungkin topik yg betul2 menarik baru boleh concentrate kot.

  13. mat on January 21st, 2007 at 4:51 pm

    sstgh perkara tu lebih elok kiranya kita ambil bulat2, takut tersalah tafsir, dan seterusnya mengakibatkan pembaca menyalahkan penulis asal, disebabkan kita tulis berdasarkan tafsiran sendiri..

    kita sedia maklum kepentingan mengambil ilmu dari org2 yang ahli dalam bidang tu. Tapi tu tak bermakna kita copy-paste merata-rata dlm blog dan forward merata-rata kat email, YG, friendster. Berikan link sudah cukup. elakkan information overload. kalau nak paste pun, pastikan kita buat “value-added” service - spt kaitkan dgn pengalaman sendiri, perbandingan dgn pendapat lain, bold-kan mana2 part yang penting, buat summary etc.

  14. cidos on January 21st, 2007 at 5:55 pm

    macam2 tafsiran ade ye..
    takut perkataan kita disalah tafsir tu tak patut dijadikan alasan. benda tu biasa sangat berlaku. even memang ada orang yang terlatih dalam bidang media camner nk spin the original story. kena bersedia la dari sekarang. kalau x, sampai bebila pon x berani nak ketengahkan idea sendiri..(poyo je aku)

    tapi posting ans ok la..lepas copy paste die ulas skit. tu kaedah blogging yg baik.

    ooh..sekarang ni tengah kes saman NST vs rocky’s bru. ni kes pertama pemilik blog disaman kerana kandungannya. Keputusan kes ni akan jadi trademark kepada kes kes lain di masa depan.

Leave a Reply