January 9

Ringtones menggunakan ayat Quran — boleh ke?

Posted by ans
Filed under Diskusi |

Rasanya sudah beberapa hari isu ini dibincangkan di al-ahkam. Sebelum ni rasa malas jugak nak mulakan perbincangan kat sini tapi disebabkan rasa pentingnya isu ini didedahkan kepada umum untuk dibincangkan, dan jugak betapa praktikalnya isu ini, tergerak jugak la tangan ini untuk menaipkan bait-bait ini ke dalam blog.
Saya yakin, tidak kurang banyaknya masyarakat Islam yang menggunakan nada dering yang berbunyi ayat Quran ataupun azan. Di Malaysia pun, tak kurang juga bilangan yang menggunakannya. Niat mereka baik, insya-Allah, antaranya nak sentiasa dekat dengan al-Quran ataupun nak sentiasa di’nasihat’kan apabila terlalai.

“Whenever my phone rings, I hear these verses that stress the values of hard work and honesty, and I feel closer to my religion,” said Faiz Siddaqui, a bank manager.”

Tapi, timbul pula permasalahan apabila adanya ulama’ yang melarang tindakan ini kerana menyifatkannya sebagai menodai kesucian al-Quran.

“Dr. Ali Jam’ah, Mufti Mesir telah memfatwakan haramnya menggunakan bunyi pembacaan ayat suci Al-Quran dalam telepon genggam yang dijadikan nada panggil. Pengharaman yang disampaikan Dr. Ali Jam’ah, adalah pengharaman yang mutlak sifatnya karena hal tersebut dianggap menodai kesucian Al-Quranul Karim yang diturunkan Allah swt untuk peringatan, dan membacanya adalah ibadah. Bukan digunakan untuk hal-hal yang keluar dari lingkup tujuan diturunkannya.”

Begitu juga adanya ulama’ yang menekankan perlunya tadabbur dalam tilawah al-Quran.

“…Al-Quran yang dibacakan itu seharusnya diperhatikan bacaannya dan direnungkan isinya (ditadabburi)…”

Di Lucknow, India juga terdapat segelintir ulama’ yang turut menyokong ban terhadap penggunaan ringtones sedemikian. Ada yang menyifatkannya sebagai ‘un-Islamic’.

”One should hear the complete verse of the Quran with a pious mind and in silence. If it is used as a ringtone, a person is bound to switch on the mobile, thus truncating the verse halfway,” Badru-Hasan said. ”This is an un-Islamic act.”

Walaubagaimanapun, ada yang lebih bertolak-ansur terhadap isu ini. Dr. Salwa Basusi, Dosen Fiqih Fakultas Studi Islam di Al-Azhar Mesir tidak mengharamkan dan tidak pula membolehkan, dan menghukumnya sebagai makruh. Sebahagian ulama’ yang lain tidak tegas berkenaan dengan larangan penggunaan ringtones ini. Mereka mengaitkannya dengan soal adab dan etika.

Pandangan peribadi saya, saya lebih hampir kepada tidak melarang penggunaan nada dering yang berbunyikan Quran. Namun, haruslah menjaga adab-adabnya seperti membiarkan bacaan ayat itu sehingga habis ayat atau di tempat wakaf yang sesuai, dan jugak sekiranya anda menggunakan ringtones ‘La ilaha illallah’, tunggu sehingga habis kalimah, agar ianya tidak mengakibatkan keluarnya lafaz syirik.
Wallahua’lam.

This entry was posted on Tuesday, January 9th, 2007 at 3:59 pm and is filed under Diskusi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Ringtones menggunakan ayat Quran — boleh ke?”

  1. taufiq on January 9th, 2007 at 5:49 pm

    Ana rasa, imam-imam nak berfatwa boleh tak apa, tak boleh pun tak apa.

    Kalau niat nak kelihatan alim atau saje nak ikut trend semasa.. tak payah lah..

    Kalau tahu tak akan pandai jaga tertib dan adab, tak payah lah.. nanti masuk tandas lupe nak silentkan phone, tak ke susah diri sendiri…

    Kalau niatnya, nak dengar Quran hanya bila phone berbunyi, tanpa niat diri sendiri nak baca Quran, hmmm.. tak payah lah..

    Allahua’alam

  2. mat on January 9th, 2007 at 8:16 pm

    Cognitive dissonance semata-mata…

  3. mat on January 9th, 2007 at 8:19 pm

    oh, lupa nak puji ans atas kajian dan susunan yang baik.

  4. ans on January 9th, 2007 at 9:48 pm

    Tambahan — Jika korang rujuk sumber yang kedua, ada anjuran untuk memulaukan mereka-mereka yang menggunakan ringtones sedemikian daripada masyarakat.. dahsyat sungguh cadangan hukuman.. rasa mcm tak selari dengan ‘kesalahan’..

  5. persie on January 10th, 2007 at 1:11 am

    wallahua’lam

  6. Naga Tasik Chini on January 10th, 2007 at 1:19 am

    puji ans…

  7. chrysalis on January 10th, 2007 at 4:27 am

    Topik yang menarik.

    Kat M’sia ni masih tak banyak yg gunakan, kalau ada pun nasyid2 sahaja.

    Oh ye dosen = pensyarah (sekadar menjelaskan)

  8. ans on January 10th, 2007 at 6:23 am

    Ish.. tujuan post untuk dibincangkan, bukannya nak dapat pujian :P

    Semua nampaknya redha dengan keputusan, tiada yang nak suarakan pendapat sendiri melainkan Taufiq..

  9. ruqayya on January 10th, 2007 at 8:41 am

    walaupun makruh,tidak bermakna kita boleh rasa selesa dgn perbuatan kita..

    Bak kata Sheikh Saleh,orang yang menganggap biasa hukum makruh itu juga merupakan tanda2 kelemahan iman,dan seperti kita tahu,lemahnya iman adalah penyakit yg sgt besarrrr..

    Jadinya,as a muslim being,kita lebih patut berhati-hati dengan perkara yang berkaitan dgn hukum2 agama.Kalau rasa mampu jaga adab,then is ok,kalau rasa was-was,baik tinggalkan..

    wallahu a’lam

  10. Naga Tasik Chini on January 10th, 2007 at 3:08 pm

    watpe laa nak susahkan diri dengan ringtones…kat kelas or tempat keje still kene silent…kasik vibrate sudey…nak dgr bacaan Quran download mp3…pasang earphone…dgr…senang…

  11. zam on January 10th, 2007 at 9:50 pm

    menarik ni…

    saudara2ku, Islam itu mudah dan praktikal..
    jangan disempitkan pemikiran, jangan susah susah nak hidup ni.. naperlah nak susahkan diri semata mata nak jaga ringtones, IMAN dalam diri tak terjaga nak jaga ringtones konon… pirahhh..

    sori kalo agak melampau..

    pape pun, dalam hidup ni jaga IMAN dulu sebelum nak jaga benda2 lain..dunia dunia dunia…

  12. ans on January 11th, 2007 at 2:24 pm

    Quite dissapointed..tak banyak discussion mengenai hal yang dibincangkan.. pujian pun ade..ish2

  13. zam on January 12th, 2007 at 9:44 pm

    susah juga teknologi ni di kala umat sedang berpecah.. benda benda baru ni di ada ada kan supaya kita hilang fokus kat tempat yang sepatutnya kita bincangkan dulu… di mana kah praktikaliti Fiqh Awlawiyyat???

Leave a Reply