January 8
Beberapa buku yang sedang dibaca
Memandangkan takde orang nak update blog dan aku takde idea lain, maka aku senaraikanlah beberapa buku pop* yang sedang aku baca. Harapnya, kiriman ni menjadi titik tolak di kalangan ahli usrah untuk rajin-rajin membaca. Sesetengah buku ni dah berbulan-bulan aku baca tapi tak habis-habis jugak.
- The Differences of the Imams (Shaykhul Hadith Muhammad Zakariyya Kandhlawi)
- Buku ni aku beli secara langsung dari Shaykh Abdurrahman ibn Yusuf di Ann Arbor bulan lepas semasa program Sacred Time Project.
- Menjawab faktor-faktor kepada perbezaan pendapat antara Imam empat mazhab
- Cadangnya nak dihabiskan semasa cuti winter, tapi masa lapangku dihabiskan bertarung dalam permainan Risk bersama Roy dan Dek. Kalah teruk pulak tu…
- A Problem From Hell [Samantha Power]
- Yang ini pun aku beli secara langsung dari penulisnya semasa beliau berkunjung ke universiti aku untuk menyampaikan syarahan berkenaan kesan Perang Iraq. Siap dapat dia punya tandatangan lagih
- Penulisnya kini adalah setiausaha politik kepada Barack Hussein Obama untuk kempen POTUS 08.
- Dianugerahkan hadiah Pulitzer.
- Baru baca bab 1 (teruk betol)
- Deliverance From Error [Al-Ghazali]
- Pun beli secara langsung dari penulisnya gak (paler hotak ngko! Ada ke pulak beli dari Imam Ghazali. hahaha… )
- Ni adalah autobiografi Imam Ghazali yang ditulis secara didaktik sebagai panduan bagi mereka yang ingin terjun dalam lautan ilmu Islam.
- Sufism and Shariah [Muhammad Abdul Haq Ansari]
- Dibeli semasa Persidangan Kerohanian Islam Antarabangsa Ke-2 di Masjid Sultan, Singapura.
- Menceritakan agenda pemurnian kefahaman tasawwuf oleh Shaykh Ahmad Sirhindi terhadap amalan para sufi di benua India.
- Life of Pi [Yann Martel]
- Aku terpaksa baca buku ni sebagai salah satu aktiviti Interfaith Hall yakni dorm yang aku diami sekarang ni.
- Menarik gak - kisah fiksyen mengenai seorang budak yang karam di tengah lautan bersama haiwan-haiwan zoo
- Stakat apa yang aku baca, buku ni cuba mengetengahkan idea pluralisme agama dan hujah teleologikal kewujudan tuhan.
Dah, cukup lah tu 5 bijik. Poyo la pulak nak senaraikan semua buku dalam rak aku. Yang kat atas ni pun belum tentu aku ada. Ntah2 aku tipu korang je - saja nak tunjuk aku ada banyak buku. Hahaha… (teknik litotes, bak kata Mok Kucing. Betul ke?).
Hmm ngantuk. Jom tidur (Aku syorkan solat sunat witr sebelum tidur bagi para pencinta sunnah)
*Aku jarang baca buku-buku “pop” ni sebab dah banyak ulasannya kat internet - baca summary kat wikipedia dan pandangan-pandang ahli Amazon sudey, jimat masa aku… hihihi.
*Nak maklumat lanjut pasal buku-buku di atas, sila tanya ukhti Google.

Mat,ana cadangkan abihkan dulu The Differences of the Imams (Shaykhul Hadith Muhammad Zakariyya Kandhlawi) tu,then follow up by Imam Ghazali’s.
Waaaa..serunuknye tgk kitab2 yang kamu ade mat,kat sini takdo le ikhtilaf al-aimmah by sheikhulhadith zakariyya tu..Cari-cari tak jumpa la plak..
Kalau urdhu ada pun,takkan la nak baca urdhu,satu perkataan pun tak faham..
gile aa mat…mantap btul…aku buku raheeq almakhtum nie pon tak lepas2 lagi 10 chapter walaupon dah mule bace sebulan yg lepas…lalalala~…byk mase tapi lagho kat tempat lain…kalu nak wat sinopsis alamat nyer tahun depan laa kot baru kuar kat blog…huhu…pape pon gud luck ngan readings kao…
*aku igt Google tue ikhwah…akhwat rupe nyer?..byk sgt pakai perhiasan sampai konfius org…lalala~
Lonsaa, btol gak tuh. Patutnya male gender yg akan digunakan secara default dalam bahasa arab.
sama la kita Mat..baca 5-6 buku sekali..jumpa je buku baru yg best trus baca walaupun yg lama tak habis lg..
Baguslah semua ahli Ansarullah tgh merpergiatkan bacaan..
yang lain pon dialu alukan untuk join kempen membaca kami
tema tahun ini:
‘IQRA’ bismirabbikallazi khalaq’
Aku suke nama penulis yang buku nombor 4 tu..huhu
Aku suke nama penulis buku no. 4 tu..huhu
Mari membaca..
salam,
hehe. mcm tu la, tgk reading list yang tak berkesudahan, bace sini sikit sana sikit last2 sumenye tak habis2 dan makin menimbun. pernah berazam untuk tidak beli/pinjam buku baru sampai yang tersenarai diselesaikan. tapi azam tu macam azam kucing tak nak minum susu~
mat, litotes tu maknanya merendah diri.. bukan suruh org puji ..
aha, sambil2 baca Life of Pi tu, kem salam kat Richard Parker yek. member lama, spesis pun dekat2 je.
meow~
salam…
tgk tittle buku yg dibaca semuanya best2~
lepas abis baca…pass la kat c-ni pulak
Bagus le banyak buku nak baca dan nak habiskan…
Tapi adalah bagus lagi kalau boleh habiskan ye tak?
Oh ye, kalau boleh sinopis buku tu tulis panjang sikit, tak le kempunan org yg tak membacanya. Boleh buat pahala tu ..
x menarik pun blog ni
salam..
to malaysians,
buku syeikh maulana zakaria kandahlawi” perbezaan para imam”- malay trans.. ada di pesta buku, pwtc..keluaran pustaka jahabersa
nice inche zul..ada apa buku menarik inform la lagi.
best ye org kl blh pi pesta buku.dulu kat shah alam ada pesta buku malas pi.sekarang baru terasa rugi..
Pesta buku ada apa? Pegi library lagi bes…
ada lagi buku ( berkulit tebal, harga sekitar RM 40) mengenai isu sejarah pertelingkahan zaman sahabt ( cam buku DR MAZA yg penah terbit dulu. tp ini lebih detail) …karangan seorg bertaraf dr dari negara arab.terjemahan melayu . juga di pustaka jahabersa, pwtc book fest.
Tahun lepas lagi dah perasan buku ni masa book fest.
salam ..memanndangkan mggu depan da nak exam..sy baca bku pelajaran jer..buku E- com…bku yang tak der kena mengena dgan saya..tapi semua ilmu..sesuatu yang baru dpt sy pelajari..wslm