January 3

Syarat kepada IQRA’

Posted by cidos
Filed under Ulasan Buku | 47 Comments

Iqra’ bismirabbikallazi Khalaq..
“Baca lah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan” (Surah Al – ‘Alaq: 1)

Kita sedia maklum bahaya ilmu falsafah dalam mengucar kacirkan akidah seorang muslim. Sejarahnya bermula apabila tamadun islam semakin meluas dan ilmu berkembang merentas benua. Begitu banyak karya dan idea daripada tamadun purba Yunani yang di serapkan dalam pengkajian ilmu ilmu islam. Kewujudan Ilmu Kalam (sifat 20) adalah satu daripadanya di mana ahli falsafah mereka reka kaedah mengenal Allah dengan cara yang tidak pernah dikenali oleh Rasul dan sahabat.

Khalifah Al Makmun kononnya pernah bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki hebat yg dikatakan sbg Aristotle lalu selepas itu Khalifah telah mengarahkan semua karya falsafah Yunani di kaji dan disebar luaskan. Seakan arah pengkajian sudah bertukar kepada “iqra bismi aristotle & Iqra bismi Plato”. Lalu muncullah Golongan Muktazilah yang mendahulukan akal daripada dalil. Kaum Muktazilah adalah kaum yang sangat suka berbahas namun terlalu lemah dan malas untuk mempraktikkan ajaran agama.

Ilmu falsafah sebenarnya telah membawa masyarakat Eropah ke zaman gelap kerana mereka tenggelam dalam debat logik kosong yang tidak berkesudahan dan tidak pula mendatangkan hasil. Perbincangan hanya di peringkat teori akal yang tidak mampu dibuktikan kesahihannya. maka isu yang sama timbul berulang ulang tanpa kesudahan. Apa yang pernah dibincang Plato disambung oleh Descartes dan sesudahnya. Pengkajiannya bersifat Hipotetikal kerana tiada satu kayu ukur untuk menentukan salah dan benarnya. Perkara yang bersifat ideologi hanya kekal popular di zamannya sahaja dan kemudian lenyap ditelan arus zaman. Mustahil sesuatu yang tepat dan sahih hanya benar untuk situasi tertentu sahaja. dalam ilmu matematik pun kita di ajar sesuatu formula itu tepat hanya apabila ia boleh berguna dalam menyelesaikan sebahagian besar masalah atau kesemuanya sekali.

Hanya selepas eropah sedar kebodohan mereka itu barulah mereka berubah daripada ilmu akal dan keintelektualan teori kepada teknik eksperimen: meneroka, menguji dan mengaplikasi. Inilah zaman Renaissance.

Islam sememangnya melarang debat akal (falsafah) yg tidak bersandarkan ‘bismirabbik’ (yakni Al Quran). Banyak riwayat di mana rasul menjadi marah apabila ada sahabat yang membaca lembaran lembaran daripada BIble, taurat atau ilmu lain daripada Quran dan Sunnah beliau.

Imam Hassan al banna melarang kita terlibat dalam debat yg tidak membuahkan amal. Itulah Islam – praktikal dan efisyen.

Pun begitu, perlu diingat bahawa Imam Al-Ghazali mempelajari falsafah dengan niat mahu membersihkannya daripada kebatilan. dan Ibnu Qayyim Al Jauzi berkata: untuk berdebat dengan seseorang dalam sesuatu perkara, dua ilmu diperlukan iaitu ilmu mengenai tajuk tersebut dan juga ilmu yg ada pada orang yg mahu didebatkan itu.

Jelaslah bahawa dalam kalangan umat Islam perlu ada juga Ilmuan yang mahir dalam ilmu-ilmu ini kerana nanti dapat membantu mematahkan hujah batil mereka. Bagus untuk muslimin muslimat mendalami ilmu diorang ni sebab sekarang Ghazwatul Fikr (perang pemikiran) sedang dasyat hatta di Malaysia sekali pun- Islam Liberal, Feminism, Hak asasi dan Islam hadhari dll.

Tapi syaratnya mestilah iqra bismirabbik. Muslimin muslimat perlu memantapkan ilmu asas islam seperti akidah sebelum terjun kepada ilmu ilmu yang lain. Sebarang kemusykilan mestilah dikembalikan kepada petunjuk Al-Quran dan Sunnah Ar-rasul SAW. Jadilah Mukminin yang berilmu dan bukan ilmuan yang Muslim. Apabila prinsip diri sudah utuh yakni bersama naungan Wahyu, sila lah ambil subjek-subjek social science, ethics dll yang diminati. Bacalah buku apa pun yang hendak dibaca. Iman memandu akal dan bukan akal yang menilai iman. Selamat menambah pengetahuan…

Dikutip daripada mukadimah buku “Turunnya Wahyu dan Kupasan Iqra” tulisan Dr. Abdul Halim Mahmud, cetakan pertama 2006.

This entry was posted on Wednesday, January 3rd, 2007 at 6:55 pm and is filed under Ulasan Buku. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

47 Responses to “Syarat kepada IQRA’”

  1. lonsaa on January 3rd, 2007 at 7:28 pm

    mantap!!

  2. nonameatall on January 3rd, 2007 at 7:38 pm

    al-qira’ah miftahul ulum..

  3. taufiq on January 3rd, 2007 at 11:48 pm

    ana belajar pasal pemikiran post-modernist yg sangat banyak mengkucar-kacirkan dunia sejak dulu hinggalah ke hari ini. banyak perkara-perkara yang kita tak sedar pun rupa-rupanya bermula daripada pemikir-pemikir post-modernist yg ana sendiri pun akui memang hebat-hebat.

  4. cidos on January 4th, 2007 at 1:18 am

    adakah post-modernist yg dimaksudkan tu Islam Liberal dan yg sewaktu dengannya?
    memandangkan taufiq ni banyak membaca, bolehla tolong share dengan kami bagaimana nak memastikan diri membaca bahan yang bersesuaian lagi berfaedah dan tidak pula mudah terpengaruh dengan bahan bacaan yg mengucar kacirkan minda seorang muslim.

  5. taufiq on January 4th, 2007 at 1:50 am

    heh mane ade banyak membaca pun… org lain lagi banyak.. ana bace je semua benda yg boleh dibaca.. dan memang ada yg mengkucar-kacirkan minda ana sendiri.. tp ana rasa makin banyak baca, makin kita dapat bezakan yg ok dan tak ok…

    paling penting maybe ade cikgu dalam belajar ilmu baru… or at least someone knowlegeable to talk to… being open to discussion, tak fanatik and willing to talk about it with other people.

    about post-modernist

    ingat nak suruh search2 sendiri..
    ana crite sikit2 je la kot
    antara tokoh2 ialah freud, nietzsche, lyotard, foucalt, heidegger, kuhn (rahmat penah sebut).. ramai lagi la

    banyak idea mereka, antaranya menolak konsep meta-narattive dan menggantikannya dengan konsep rhizobium

    tokoh-tokoh islamic takde pulak masa ana belajar hari tu. dah setahun dah tinggal… ingat-ingat lupe dah.. dah tua la katakan..

  6. mat on January 4th, 2007 at 2:01 am

    setahu aku, post-modernist ni hanyalah label umum utk pemikir2 yang menolak/memperbaharui ideals of renaissance – ada yang deconstructionist, ada yang neo existentialist, nihilist dan sebagainya… malah, saintis moden pun ada dianggap post-modernis krn menolak konsep ruang-masa newtonian.

  7. lonsaa on January 4th, 2007 at 2:25 am

    ?…lalalala~

  8. siti on January 4th, 2007 at 4:26 am

    kepada cidos..assalamualaikum

    Kita sedia maklum bahaya ilmu falsafah dalam mengucar kacirkan akidah seorang muslim. Sejarahnya bermula apabila tamadun islam semakin meluas dan ilmu berkembang merentas benua. Begitu banyak karya dan idea daripada tamadun purba Yunani yang di serapkan dalam pengkajian ilmu ilmu islam. Kewujudan Ilmu Kalam (sifat 20) adalah satu daripadanya di mana ahli falsafah mereka reka kaedah mengenal Allah dengan cara yang tidak pernah dikenali oleh Rasul dan sahabat.

    Persoalan ana : Benarkah ahli falsafah yang mereka-reka sifat-sifat dua puloh ini?

    Tanya lagi,mcm mana pulak budak-budak kat mesia tak pun di negara arab sana nun yang masih blaja sifat-sifat 20??Mereka belajar perkara yg salah ka?Atau ulama-ulama’ dah takda kerja tetiba buat sifat-sifat 20 nih??????

    Adehh adeh,ana malas nak komen lebey2 ni,cumanya berhati-hati sikitlah apabila bercakap mengenai ilmu kalam ni,tak pun sejarah ilmu kalam,rasanya puak2 salafi ja ataupun yang bermanhajkan salafi yang selalu condemn pasai sifat-sifat 20 ni tak pun apa yang bersangkut paut dgn akidah asy’ariyah dan maturidiyah..

    enta amik rujukan mana ni ya?teringin jugak nak tau neyh…

    Wallahu ‘alim

  9. Naga Tasik Chini on January 4th, 2007 at 5:13 am

    Persoalan jugak: Kalau tak direka2 ahli falsafah sifat 20, dari mana datangnye sifat2 ni? Tak pernah diceritakan dengan spesifik dari Rasulullah mahupun para sahabat?

  10. mat on January 4th, 2007 at 5:19 am

    Barangkali dibuat oleh pihak yang ingin mempertahankan aqidah ASWJ dari serangan ahli falsafah greek?

  11. cidos on January 4th, 2007 at 6:46 am

    memang sifat 20 atau ilmu kalam ni ditentang oleh golongan salafi.jadi kepada mereka yang memang tak ngam sangat dengan salafi ni memang lah cepat je melenting nye..

    cuba dengar penjelasan TGNA di link berikut:

    http://al-ahkam.com.my/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14752

    apa yang sy dengar dari halaqah dan bacaan umum kadang kala jauh lebih keras lagi dalam menentang sifat 20 ni..tapi bagi saya itu pun kurang elok juga kerana orang yang belajar sifat 20 ni niatnya nak mengenal Allah, bukan nak mengenal syaitan. Apabila marah marah ni, susah orang nak dengar dakwah kita walaupun kita nak tunjukkan ke jalan yang betul. sy pun tak nak menukar dakwah kepada amarah . Cuma marilah kita kembali kepada asal mengenal Allah seperti kaedah rasul dan sahabat.. niat mengenal allah tu dah bagus, tapi jalannya pun perlu diperbetulkan.

    Pasal budak sekolah yg belajar sifat 20 tu, mereka sekarang pun ada yang di ajar hadis palsu, belajar ilmu muzik, belajar seni tarian, disemai semangat kebangsaan (nasionalism), dan pelbagai lagi ajaran yang tak semuanya bertepatan dengan Islam.

    So, hanya kerana ramainya pelajar sekolah yang belajar sesuatu ilmu tu tak menandakan ilmu tu automatik benar di sisi al quran dan sunnah.

  12. cidos on January 4th, 2007 at 7:00 am

    sekadar tambahan:

    jangan katakan budak budak Arab, Syeihkul Al Azhar pun terlepas bagi hadis palsu masa datang melawat malaysia dulu..pastu beliau setuju malaysia ni adalah negara Islam (palsu jugak kot?)

    Pointnya: Perkataan dinilai pada sudut ilmunya, bukan karakter pengucapnya..

  13. siti on January 4th, 2007 at 7:04 am

    “Pasal budak sekolah yg belajar sifat 20 tu, mereka sekarang pun ada yang di ajar hadis palsu, belajar ilmu muzik, belajar seni tarian, disemai semangat kebangsaan (nasionalism), dan pelbagai lagi ajaran yang tak semuanya bertepatan dengan Islam.”

    Agaknya apa yg dikemukakan saudara cidos terlalu melampau,sampai dikatakan “mereka sekarang pun ada yang diajar hadis palsu”.

    Saudara cidos,hadis palsu ni bukan bleh dibuat memain,nak takhrij tashih satu hal,bukan main mudah aja terus ckp hadis palsu..

    Kalau takat muhaddith yang mmg fofular memaudhu’kan hadis2 ini,Albani sorang aja..
    Kalau nak kata hadis palsu hanya berdasarkan pendapat Albani sorang ja,adalah amat dangkal saudara..Masalahnya hadis palsu yang dipalsukan oleh Albani tu diiktiraf ulama sezaman ka?????Takat Salafi adalah kottttt..ye dok???

    ikut majoriti ka minoriti saudara cidos ni?

  14. cidos to taufiq and mat on January 4th, 2007 at 7:07 am

    aku sbg penulis artikel menjadi terpinga pinga dengan istilah istilah yg korang guna..hanya ‘existentialist’ je yang aku pernah jumpa setakat ni. maklumlah..memang tak suka sangat falsafah ni..tulis entry ni pun untuk ajak orang yg peringkat bawahan untuk tinggalkan je bidang ni…
    tapi point menarik dari taufiq agar kita belajar dengan guru..dan guru tu pulak tidak fanatik..aku cadangkan guru tu sebaik baiknya Islam..sekadar pandangan

  15. cidos on January 4th, 2007 at 7:33 am

    cik siti, nampaknya medan perbicangan sudah diheret ke arah streotype pertembungan salaf-khalaf, golongan muda-tua, dan yg sewaktu dengannya. mungkin kah selepas kita akan bertelingkah isu qunut subuh, jumlah rakaat dlm solat terawih, baca yasin malam jumaat, doa beramai ramai lepas solat?? MAAF, sy tiada masa untuk meleret leret ke situ.

    Yg dimaksudkan dengan hadis palsu tu ialah beberapa hadis palsu popular seperti “tuntutla ilmu hingga ke negeri China”, (jangan katakan China, Amerika pun sy pergi) “ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah” dll lagi.

    antara mendhaifkan sesuatu hadis yang sanadnya meragukan dengan menganggap sesuatu yang tidak pernah disebut oleh nabi itu sbg hadis , manakah yang lebih besar risiko dosa dan azabnya?

    “Saudara cidos,hadis palsu ni bukan bleh dibuat memain,nak takhrij tashih satu hal,bukan main mudah aja terus ckp hadis palsu..”

    Ya! tepat sekali..dan siapakah lagi yang lebih pakar untuk melakukan penelitian tersebut kalau bukan ulama hadis? dan lihat apa kata ulama hadis terhadap persoalan ini..serahkan pada yang pakar la kan.

    majoriti dan minoriti bukan isunya..saya bukan nak kempen parti politik..saya nak sampaikan ilmu dan dakwah..sekian..

  16. taufiq on January 4th, 2007 at 11:19 am

    Saya kekadang rasa satu benda yg kurang senang
    iaitu bila amalan utama dipinggirkan, amalan sampingan dijadikan utama…

    Ape mende tu taufiq???

    Fikir-fikirkan…

    Anyway, betul la tu mat kate…
    ape mende ntah mat kate.. aa bace balik la kot..
    saintis dikategorikan sbg post-modernist sbb mostly diorang percaya positivism ke ape name die.. ala yg percaya hanya kaedah sains yg dibuktikan dengan eksperimen/science method boleh menerangkan dunia..

    zaman sekarang ni banyak pun post-modernist… tengok la univ2 korang kot-kot ade. Mase belajar hari tu Judith Butler dengan Luce irigaray ade lagi.. bercerita pasal feminism gitu.

  17. mrq on January 4th, 2007 at 1:42 pm

    positivism, org yg praktikkan nye adlh positivist.

    mengatakan scientific knowledge hanya bole dapat melaluui scientific method i.e eksperiman dan menolak teori metafizik yg diasaskan oleh aristotle n d gang.

    org2 ni yg mulakan zaman post modernist, nak tau lg pg baca wikipedia, huhu

  18. rahmat on January 4th, 2007 at 2:22 pm

    nak share sikit

    maybe post modernist tu orang-orang yang direfer sebagai logical positivist aku rase founder die name die david hume

    pergerakan ni start kat vienna, meeting ni dihadiri oleh the most brilliant scientists in the world meeting ni dipanggil vienna circle

    kalau nak tahu pasal meeting ni leh cari research paper oleh A.J. Ayer

    Einstein pun dijemput tapi die menolak sebab die still believe pada konsep tuhan

    Seperti kate mrq diorang ni menolak metafizik. Ringkasnya diorang hanya percaya pada bende yang boleh nampak thru experience. Contohnya bagi mereka electron digelar ‘useful fiction’ kerana since diorang kate diorang hanya percaya pada bende yang nampak jer..so bile bende2 tak nampak tapi useful, diorang nye aliran ade masalah.So ade flaw

    Tapi kite kene sedar diorang nilah yang banyak mereka cipta most of the famous invention kat dunia ni

    dan aku rase aliran ni adalah manifestasi kepada ketidakpuashati kepada ajaran cristian yang tidak sejajar dengan apa yang diorang discover. Contohnye kes Galileoi.

    Banyak debate yang berlaku kat europe pasal aliran ni..banyak yang menyokong dan banyak yang menentang

    Aliran ni ade je flaw die.

    Tapi kat US ni die bijak sikit. Orang2 kat Us ni kate die tak tolak positivist atau pun agama. Diorang kate diorang akan ambil aliran yang useful untuk zaman tu. Aliran ini dipanggil pragmatism

    tetiba teringat hadith nabi..ambil jalan tengah dalam sesuatu perkara..pragmatism ni lebih kurang tengah2 positivist dan ‘agama’
    sorry panjang le pulak

  19. mrq on January 4th, 2007 at 2:35 pm

    biar panjang asal bermanfaat, jazakallah bro

  20. mat on January 4th, 2007 at 3:15 pm

    huhu.. rahmat yang bes..

    tapi jangan lupa ngan pesanan cidos.

    hmm.. nak tanya. Ada orang kata kita patut manfaatkan kesempatan di US ni utk tuntut sebanyak mungkin ilmu prof2 social scientist kat univ masing2 sbb lepas ni takde dah peluang ni. Sedangkan ilmu agama tu kat Malaysia nanti lagi banyak peluang dan lebih mantap tenaga pengajarnya.

    Wajar ke langkah ni?

  21. Naga Tasik Chini on January 4th, 2007 at 3:29 pm

    kate org know your enemy. mungkin boley laa kot kalau setakat nak tau ape asas pegangan diorg. tak perlu fanatik sgt. tapi kalau belajar ilmu dengan prof social science kene laa pada mase yg sama blaja ilmu agama jugak. seiringkan. kalau tak jadik weng pemikiran.

  22. mat on January 4th, 2007 at 3:48 pm

    Contoh dilemmanya begini:

    Adakah lebih baik aku pegi middle east ngaji agama pada cuti summer nanti atau stay kat univ dan ambik summer class (class social science je ada waktu summer kat univ aku)?

  23. taufiq on January 4th, 2007 at 4:42 pm

    ana rasa both ada manfaatnya.

    kalau ikhwan muslimin, ni diorang dah mesyuarat dan mintak kata putus syura dah. Syura kata middle east maka middle east, syura kata stay, maka stay. Tp kalau pergi bukan semua dan kalau stay pun mungkin bukan semua. Ni rasa-rasanya ikut seerah mereka.

    Kalau personally, ana stay utk study social science. Sebab dapat ilmu yg gitu-gitu, dan study agama sambil-sambil di lokaliti. Boleh meneruskan usrah daratan dan pergi STC lagi.

  24. mat on January 4th, 2007 at 4:53 pm

    hmm… tapi cidos menyarankan dikuasai dahulu ilmu agama sebelum terjun bidang lain.

  25. Naga Tasik Chini on January 4th, 2007 at 5:02 pm

    aku stuju ngan cidos…sebab basic kene kukuh baru tak dipengaruhi ideologi luar yg sgt asing dan bertentangan ngan Islam dan mungkin juga pade mase yg same ade logikanye…

  26. cidos on January 4th, 2007 at 5:04 pm

    btul tu mat..dasarnya mesti iqra bismirabbik..bukan lah maksudkan supaya jadi ilmuan agama dulu. tp at least perkara basic macam akidah dah difahami betul betul. kalau tak nanti jadi KECELARUAN PEMIKIRAN. ni yg paling bahaya. pastu aspek syariah pun mesti dijelaskan. undang undang kehidupan tu hak milik mutlak Allah..manusia tak boleh pandai pandai nak device sendiri peraturan yg sudah ditetapkan dlm al quran. belajar yg lain boleh, tapi wala’ mesti kekal kpd Allah, Rasul dan pimpinan yg beriman.

    korang ni banyak sangat ilmu ilmu social science ye..sem depan ana ade 3 subject social science..siaplah korang..ana bakal keluar dengan istilah istilah yg dasyat dasyat jugak..huhu.

  27. cidos on January 4th, 2007 at 5:06 pm

    naga tasik chini dan lonsa ni memang penyokong fanatik ana la..semuanya

  28. dex to mat on January 4th, 2007 at 5:59 pm

    huhu…patutlah aritu bising2 ajak org gi middle east time summer. siap dah check harga flight lg tuh..coolness btol.

    anyway, kalo susah2 sgt buat je la istikharah

  29. mat on January 4th, 2007 at 6:05 pm

    hmm.. agaknya kena berperingkat-peringkat. Contohnya, kalo nak mendalami cabang falsafah “Epistemology”, mungkin kena faham dulu epistemologi ASWJ. Kalo nak mendalami ethics philosophy, kuasai dahulu konsep akhlak islam.

    Camtu ek?

    hmm.. sapa ada dalil mengenai isu ni?

  30. mat on January 4th, 2007 at 6:47 pm

    [Respons kepada faqir di cbox]

    Faqir, terima kasih kerana memberi respons. aku menyokong pendapat kau. Penulis mengambil cheap shot thdp isu Sifat 20, tapi persoalan ini bukan isu utama yang dibincangkan dan sebab tu aku tak mengulas panjang.

    Isu utama yang ingin disampaikan ialah berkenaan prioriti dalam menuntut ilmu, kan?

  31. lonsaa on January 4th, 2007 at 7:01 pm

    tak pasal2 aku kene cop penyokong fanatik…aku just terase ape yg kao cakap ade btul jeh…chill laa…

  32. cidos to all on January 4th, 2007 at 9:37 pm

    hehe..bagus lonsaa.

    tema penulisan berkaitan dengan syarat asas bagi menuntut ilmu iaitu pentingnya mempunyai asas kefahaman islam dan juga mesti bermatlamatkan Rabb (Allah).

    kalau nak amik sebaris ayat dalam artikel tu dan di perpanjangkan, usahkan konflik salaf-khalaf, semua isu pon boleh meleret sampai di luar kawalan dan ilmu kita. orang JIL, hadhari, Feminism sumua pon boleh kata itu isu sensitif mereka kalau ikutkan artikel ana ni.

    isu sifat 20 tu ana letak kerana ia relevan dengan fokus perbincangan iaitu ilmu falsafah. Bila dicabar, ana sertakan ulasan lanjut TG Nik Aziz. kenapa yang itu tidak direspon dahulu? kenapa yang lain pulak ditimbulkan?
    so sepatutnya perbincangan mesti terkawal dalam batas yang spesifik..nak tarik masuk semua isu dalam dunia ni memang sampai bila takde sudahnye..

  33. taufiq on January 5th, 2007 at 1:32 am

    Kenapa ramai org nak orang lain jadi sama macam mereka? Kenapa??

  34. mat on January 5th, 2007 at 2:13 am

    aaa… kenapa takde sapa nak jawab soalan aku ~

    Ulang suara:

    Adakah lebih baik aku pegi middle east ngaji agama pada cuti summer nanti atau stay kat univ dan ambik summer class (class social science je ada waktu summer kat univ aku)?

    hmm.. agaknya kena berperingkat-peringkat. Contohnya, kalo nak mendalami cabang falsafah “Epistemology”, mungkin kena faham dulu epistemologi ASWJ. Kalo nak mendalami ethics philosophy, kuasai dahulu konsep akhlak islam.

    Camtu ek?

    hmm.. sapa ada dalil mengenai isu ni?

  35. lonsaa on January 5th, 2007 at 2:41 am

    sebab tade dalil kot org tak brani respon…huhu

  36. adibahabdullah on January 5th, 2007 at 3:18 am

    assalaamu’alaykum,

    kpd akh taufiq,

    Banyak orang mahu yang lain menjadi seperti mereka mungkin kerana
    1) sifat manusia itu yang fitrahnya baik dan mahukan kebaikan.. mereka yakin pilihan mereka itu baik, dan mereka mahu orang lain juga menikmati kebaikan seperti mereka
    2) sifat manusia juga yang tidak lepas dari ‘keegoan’, merasakan pilihan mereka SAHAJA yang baik atau yang terbaik, lantas mereka tidak dapat menerima jika ada orang lain yang mengiktiraf pilihan lain sebagai baik, apatah lagi menolak pilihan mereka
    jadi bagaimanakah?

    kpd akh imran,

    Pada ana, yang paling mengetahui jawapan kepada soalan pertama itu adalah anta sndiri sbb it’s ur life and u knw best about ur priorities. It’s ur uni, ur course, n u je yang paling tahu apakah yang akan diajar di middle east serta dalam course social science tu. U knw best insyaAllah apakah pilihan yang akan mendatangkan manfaat paling besar, dan paling penting, yang akan memobilisasikan nta dgn paling mujarab utk menyumbang kepada umat.
    Sekadar menambah ilmu sahaja belum memadai, kita semua wajar memikirkan dgn rendah hati bagaimanakah ilmu yang dipinjamkan Allah itu dpt kita gunakan untuk menyumbang kepada umat.
    Istikharahlah. Kadang-kadang kita melihat istikharah sebagai pilihan terakhir, sedangkan bukankah petunjuk Allah itu bende pertama yang kita kena cari? (peringatan utk diri sendiri jugak.. huhu)

    ttg soalan kedua,

    “hmm.. agaknya kena berperingkat-peringkat. Contohnya, kalo nak mendalami cabang falsafah “Epistemology”, mungkin kena faham dulu epistemologi ASWJ. Kalo nak mendalami ethics philosophy, kuasai dahulu konsep akhlak islam.”

    Begitulah yang sebaik-baiknya bagi ana. Agar tidak terlahir intelek yang keras hati dan pejal akalnya, atau terlampau terbuka sehingga lupa akan batas-batas yang wajar untuk seorang mukmin mengatur fikirannya.

    Tapi bagi ana juga, tidak perlulah sampai tahap menjadi ‘ulama dalam cabang-cabang ilmu Islam baru berani-berani venture menjengah persepsi “barat” atau “oriental” atau apa2 saja yang “tidak Islamik”. Itu yang terbaik insyaAllah, ana akui, tapi kalau kita menuntut kesempurnaan itu, alangkah lambatnya perkembangan fikrah umat, dan alangkah sedikitnya ahli umat yang akan available untuk bertindak.

    Seperti kata seorang pengkomen yang ana lupa namanya, it’s best to know ur enemy’s strategies and knowledge as well. Dan tidak semua yang datang daripada kuffar itu batil.

    Hadis Rasulullah SAW :

    (bermaksud ) “Hikmah itu barang mukmin yang tercicir,barang siapa yang menjumpainya maka dialah yang berhak ke atasnya.”

    Maaf ana tidak pasti sanad dan matannya.

    Lagi satu, tidak bermakna seseorang yang tidak faqih, tidak ‘alim dalam ilmu agama, maka setiap sumbangan dan cadangannya dipandang “with a pinch of salt”. Sedangkan daripada kuffar pun banyak yang dapat dipelajari, inikan pula daripada saudara seIslam?

    Maaf, takde niat utk mentersasulkan bahasa, mentersalahkan fakta atau menterkasarkan bahasa. Ana nak exam ni, tak nak la ada sapa2 yang tak redha lak.

    Hehe.

    meow~

  37. mrq on January 5th, 2007 at 12:42 pm

    walaupun aku lg suka kalau ko pg tuntut ilmu ngan sheiikh2 kat middle east, tp aku lg percaya pd daya penilaian ko berbannding kehendak aku. May Allah guide youo on your path.

  38. taufiq on January 5th, 2007 at 12:57 pm

    “Anybody can become angry – that is easy, but to be angry with the right person and to the right degree and at the right time and for the right purpose, and in the right way – that is not within everybody’s power and is not easy”.

  39. lonsaa on January 5th, 2007 at 1:07 pm

    right!

  40. nai on January 5th, 2007 at 2:35 pm

    sebaiknya menuntut ilmu secara talaqqi dgn masyaikh dkt timur tengah. But then, summer class tu once in a while je ka..Istikharah is the best answer. Mana yang suit dgn masa dan awlawiyatnya.

  41. cidos on January 5th, 2007 at 5:45 pm

    respon utk ruangan shoutbox:

    ana malas nak ulang semula benda yg sudah di tulis. tp ana harap sangat kita ni jadi pembaca yang teliti, bukan main bedal ikut sedap mulut je..

    kpd saudara faqir, bukan kah ana telah meletakkan link syarahan TG nik aziz untuk menjelaskan perkara sifat 20? maka kenapa dituduh ana tidak memberi penjelasan lagi? itu bukan kata dari ana, itu kata dari ulama jua.

    kepada saudara/saudari MFR, anda tidak mahu dituduh ahli bidaah, tetapi anda menuduh org lain sebagai sesat..itu lebih teruk lagi.

    Anda juga mempromosikan website yg pro kepada pandangan and ttp dlm masa yg sama teruk melabel dan memarahi penulis dan website yg tidak sependapat dengan anda.

    Bila pula masanya ana berfatwa? ana cuma mengambil pendapat ulama. dan apabila saudara faqir menganggap ana sudah berfatwa lalu menganggap ia sbg fatwa yg x betul, saudara faqir secara tidak sedar telah menganggap diri sbg seorang yg mampu menilai fatwa? fikirkan semula..

    konflik di sini bukanlah berkaitan sangat dengan isu salafi wahabi- tradisi, tetapi ana nampak ia lebih kepada hujah akal yg dangkal. Ingatlah, bila kita berhujah menggunakan logik akal, pastikan ia nya rasional dan tidak menampakkan inconsistency, jika tidak ia akan hanya memalukan diri sendiri dan menampakkan tahap akal kita yg lemah dan tertutup.

    pertikaian tidak akan berhenti dengan memaksakan ideology kita kpd org lain atau memutuskan siapa benar dan siapa salah. Ia lebih kepada soal sikap yang betul dalam menangani perbezaan pendapat.

    Semoga Allah terus memberi hidayah Nya kepada kita semua

  42. taufiq on January 5th, 2007 at 7:52 pm

    Sebetulnya ana setuju dengan pendapat cidos – not on personal basis – tp atas dasar etika kita dalam berhujah. Seringkali ana tekankan di pelbagai tempat, jangan kita sesekali mengharapkan orang lain sama pemikiran atau sama tindak tanduk atau sama kefahamannya dengan kita.

    Dunia akademik memberi kita peluang untuk berdiskusi. Maka janganlah kita sesekali menutup ruang diskusi itu dengan pelbagai cara yang kalau kita semua fikirkan semula apa yang dah kita ‘post’kan dalam ruangan comment ini, memang ketara seolah-olah ingin membunuh terus ruang diskusi untuk rakan kita yang lain.

    Bagi saya, itu sekadar menjadikan umat Islam sebagai umat yang pasif yang akan akhirnya menjadi bahan ketawa umat manusia yang lain.

    Sesungguhnya kita tidak mempunyai pengetahuan agung. Kita tidak punya pengetahuan berkenaan the ‘Ultimate Truth’.

    Teruskan berdiskusi dengan sihat inshaallah.

    =)

  43. lonsaa on January 5th, 2007 at 9:01 pm

    aaa…aku nak cakap gitu aa tapi tak pandai construct ayat…huhahuha…nie aa die hasil bace komik jeh…ish2…nak sampaikan ape yg terbuku dihati pon tak leh dah…kene ubah sikap pasni…lalala~

  44. zam on January 10th, 2007 at 9:42 pm

    ana pun nak join gak. kita tak jauh sangat, UK dan US je. hebat perdebatan yang antum dah reka dan lalui.

    kita semua melalui satu proses yang dipanggil, proses PEMBELAJARAN untuk mengenal kebenaran dan membezakan serta menjauhi kebatilan.
    Ada pun dalam hal ini, ana nak tegaskan yang kita berdebat bukan atas dasar kehebatan ilmu namun kita berdebat atas dasar keIMANan.

    aper kene mengena IMAN dan ilmu???
    ketahuilah wahai saudara2 ku, Ilmu jika benar jalannya akan mendekatkan kita kepada ALLAH dan jika salah jalannya, kufur kita pada Khaliq.

    dalam hal ini, kita perlu sedar bahawa Iman datang dengan ilmu (fardhu ain) dan ilmu selainnya(fardhu kifayah) datang selepas IMAN dan TAQWA.

    maaf jika tersilap, dan jika tersilap ini adalah kerana kurangnya ILMU.

  45. mamat on January 28th, 2007 at 4:43 pm

    salam
    semuga semua ok
    by

  46. Red on September 21st, 2007 at 6:41 pm

    Ni apa kau merepek nih?
    Ko ingat ulama2 yg menulis sifat 20 tuh budak2 kampung ker?
    Pi belajaq & dengar dulu apa nak di cerita dalam sifat 20,,,jgn main sebat jer…tu nama jahil muraqqab. Tak tahu bende nak komen je kerjanya..mesti geng si Asri nih.

  47. PaSS Police Oral Exam on February 2nd, 2010 at 7:25 pm

    Your bookmarking strategy is working as I Found you through Stumbleupon.

Leave a Reply