January 3
imbasan muktamar 2006
Tajuk ini ada dibincangkan di blog saudara Amar tapi mungkin tak ramai pihak MISG yang tahu. Rasanya ramai yang sedar akan jurang ukhwah antara MISG dan IMSA dalam muktamar yang lepas. Selalunya brothers MISG hanya akan berkumpul di kelopok sendiri tidak kira di dewan makan, dewan kuliah ataupun di ruang legar. Pergaulan antara kedua persatuan sangat terhad sehingga ada yang menaikkan persoalan nasionalisme antara dua negara.
Secara personal, saya rasa tindakan brothers MISG untuk bersama di kelompok sendiri bukannya atas dasar nasionalisme tapi atas dasar ukhwah islamik yang rapat. Malah tak dapat dinafikan perbezaan umur yang besar adalah salah satu dinding penghalang untuk bergaul. Huhu, berapa ramai antara kita yang boleh tidur di atas paha lelaki 30 - 40 an yang bukan saudara sedarah kita? tak mustahil tapi tak mudah kan?
Tapi saya tak dapat nafikan bahawa kita perlu adanya inisiatif untuk menutup jurang itu. Persoalannya sekarang, bagaimanakah??? Harap dapat dibincangkan.
Saya tak mahu Muktamar IMSA-MISG dilihat orng luar dan dalam sebagai satu penghias banner lagi, biarlah perkataan IMSA-MISG itu dilihat sebagai satu kalimat ikatan ukhwah yang kukuh lagi mendalam antara ahli kedua dua persatuan di masa depan insyallah.

Saya rasa kalau kita menyatakan demikian, seolah-olah kita telah berusaha untuk merapatkan ukhuwwah tapi seolah-olah gagal, lantas kita cuba menyalahkan MISG secara umum.
Padahal bagaimana kita mengukur sejauh mana rapatnya ukhuwwah itu? Ada kayu pengukur yg jelas?
Adakah setelah sekali dua kita pergi program, lantas kita terus menyerah kalah dan mengatakan.. “ah.. kita sudah gagal…” atau “ah.. kamu semua gagal!”
Ukhuwwah itu prosesnya panjang.. bertahun lamanya dipupuk baru menjadi… janganlah baru sebentar kita sudah merasa putus asa…
Saya sendiri tidaklah merasakan jurang itu terlalu besar. Cubalah kalian masing-masing hadirkan diri setiap kali ada mesyuarat dengan IMSA… Dan beranikan diri bersuara… Inshaallah baru tahu bahawa jurangnya tidaklah besar pun.. mungkin cuma sikap PESIMIS kita sahaja.
Nah tajam sedikit kali ini.
Eh ‘Nah’ pulak.. nak tulis ‘Maaf’ tadi.. huhu
aku setuju ngan taufiq..memang sukar untuk kita terus rapat dengan seseorang apabila cuma sekali dua bersua..dan even kita dengan sesama misg pun kadang2 ada yang first time jumpa semasa muktamar..so ia mengambil masa yang lama bagi seseorang untuk menjadi rapat..satu masalah yang aku dapat lihat ialah dr segi komunikasi..kita terlalu merasa sukar untuk berkomunikasi dengan mereka dengan bahasa melayu..sedangkan bagi aku, kita boleh jd lebih rapat dgn mereka jika kita berbahasa melayu..persoalan faham atau tidak, aku rasa diorg pon boleh faham bahasa melayu except for certain words yang diorg kena rephrase guna bahasa indonesia..mungkin bile ada meeting muktamar akan datang, lebih ramai boleh join..huhu
Inshallah dalam program bersama IMSA akan datang (ex: STC) kita cuba rancang beberapa strategi khusus utk rapatkan ukhuwah dgn IMSA.
Semasa Muktamar yang lepas, kami ada gak usaha sket2 tapi secara tak teratur. Contohnya, ajak Ustaz Yunahar duduk semeja menceritakan jemaah dan isu2 politik Indonesia. Juga, kami bersalaman dan bertukar contact info dgn ahli IMSA selepas acara penutup.
Aku fikir, usaha menjalin ukhuwah ni haruslah 2 hala. IMSA mungkin tak sedar ukhuwah dgn “budak2″ MISG ini penting kerana mereka mmg dah cukup ramai dan matang belaka. Jadi salah seorang ikhwah mungkin perlu kirim email kpd ahli2 IMSA utk nyatakan keinginan kita utk menjalin ukhuwah lebih rapat dgn mereka.
Dulu, kat US ramai ahli MISG yang buat PhD dan mereka memainkan peranan besar dlm memantapkan gerak kerja MISG. Tapi skrg dah kurang, jadi kita mungkin perlu tampung kekurangan ni melalui senioriti para ahli IMSA.
Cuma, aku tengok bapak2 ni sempoi sangat, tak serious pun… itu yg rasa agak segan nk berdiskusi hal2 berat ngan mereka (bab2 dakwah & tarbiah). btol ke?
betul lah mat..diorang suka gelak je..hahah
kalau ukhwah menjadi pokok perbincangan, kita sesama MISG pon tak rapat lagi rasanya..contoh, berapa ramai kat sini yg tegur geng CSM aritu? pastu bagaimana jalinan ukhwah antara sophomore dengan freshmen? dan batch lain jugak..
Siapa yang duduk borak dengan pak cik pak cik dari Malaysian yg datang?
mari koreksi diri..apapun, cadangan untuk merapatkan lagi ukhwah sesama MISG-IMSA memangla bagus..camne ye? melalui ikatan kekeluargaan mungkin? (gurau je)
mmm…btol gak kot. diorg suka gelak2. tp ahli MISG pun apa kurangnya (lg2 aku..huhu). tp takkan la itu nak dijadikan alasan. ye la…kita ni still student, mmg darah muda tu membakar2, tp kenalah bertoleransi dgn ahli2 IMSA yg mostly dah berkeluarga n bnyk tanggungjawab.
so, maybe boleh la buat sesuatu mcm ice-breaking masa mula2 datang tu ke…amacam? stuju?
~kpd mat, selamat kembali belajar, truskan ke’hustler’an, n sorry tak antar pg td. dududu~
oi.. oi.. baru bangun tido ka?
Di mana-mana pun masalah ukhuwwah dgn Muslim negara lain wujud. Walaupun dgn Indonesia ni kita mcm serumpun tapi faktor sosio-ekonomi, budaya; sebenarnya berbeza. Maka, dalam soal ukhuwwah, teladanilah puak Muhajirin dan ANSAR, bukan mudah nak duduk negeri org… Apa lagi berasimilasi dgn mereka.
Pengalaman akak dalam misi ke sebuah negara timur tgh yg diserang thn lalu mengajar akak betapa kita masih bersikap prejudis dan jika tidak keterlaluan “racist”. Sebab dlm perjalanan pun ramai yg mengeluh ttg macam2 perkara dan sikap org Arab: cthnya ramai wanitanya merokok (with hijab and all). Tapi itu sebahagian budaya (read: yg patut ditinggalkan) mereka.
Sama juga dgn misi tsunami, ada yg mengeluh dan masih memandang org2 di sana seperti kita memandang hina bibik2 dan bapak2 yg keje kontrak di M’sia (walaupun hakikatnya mereka yg siapkan KLCC, Putrajaya dan yg sewaktu dgnnya!)
Masalah ukhuwwah adalah masalah sikap (thanks to penjajah negara2 Islam kerana melebarluaskan jurang antara Ummat Muslimin). Hanya adik2 sahaja yg tahu bila akan bertemu jawapannya…
Hmm..point yang baik
Untuk merapatkan hubungan, kita seharusnya terlebih dahulu memperbaiki sikap dan persepsi (sekiranya ada) terhadap sahabat dari Indonesia.
Mungkin apabila kita berada di kawasan yang minoriti seperti di US ni, lebih mudah untuk kita bermesra dengan mereka..saling faham-memahami.. ditambah lagi mereka yang datang US ni golongan intelek yang cerdik berfikir, tentulah dapat berfikir secara baik..
Apa yang kita perlukan sekarang adalah usaha ke arah itu!
Ya, kita perlu rapatkan lagi jurang dengan mereka, mungkin melalui kerjasama yang lebih dalam aktiviti2 lain selain muktamar dan STC.. bagaimana sekiranya kita jemput mereka sekali untuk hadir ke program ISR/IFR?
aku gi muktamar ngan abg indon, cool jeh…huhu…
Setuju dengan lonsaa… kalau bagi kite… dengar perkataan misg-imsa tak dapat?? heh mane ade.. kami kamceng tak hingat nyer…
itu ana kate.. org yg komplen tu biasanya org yg diri sendiri tak cukup rapat.. die rasa die tak berjaya lantas dia salahkan org lain (ie MISG)
aduh pedas lagi.. afwan afwan
bende ni takde kayu pengukur yg jelas.. tak perlu ungkitkan sampai begitu sekali.
teringat aku dok dlm kete zaky…14 jam dengar lagu same sampai terhafal aku lagu2 indon die…hehe…bile diamati best gak lirik lagu2 tue…huhu
We are created different colors so we could get to know each other. Remember?
This should be first and foremost in our discussions, as a reference point. Opinions don’t really matter when Allah’s words are present as a reference.
betullah tu..perkenalan adalan langkah pertama ke arah ukhuwah yang lebih berkesan..
berbaik lah dengan akhi Dodi UIUC tu dulu sampai kamceng ye…
(Peringatan utk diri sendiri juga).Setuju, kena bermula dgn pemikiran kita terhdp diorg, actually diorg ni lagi power drp kita. hurm,act diorg pun ade persepsi pd kita, xtaulah persepsi apa. Jadi, perlu ada wakil yg in4m pihak sana ttg isu ni.Kan byk yg dtg dgn family, cuba rapatkan diri dgn bapak2, ibu2, kalau isu yg berat ssh nak dibincangkan kita boleh cerita ttg isu2 yg ringan2(ie. life diorg kat sini.anak2 ke? calon isteri ke? hehe.) Tak smua org boleh rapat dgn org dlm jangka masa yg singkat, it’ll take time.
Taufiq: Kalau xde org yg komplen isu ni xkan dibincangkan dgn sebegitu hangat sekali. But then again,opinions don’t really matter when Allah’s words are present as a reference bak kata UmmHamzah.(refer blog amar)
Dalam banyak2 comment, xde sorg pun wakil helwa yg comment berkenaan isu ni. Kenapa ya? Adakah di kalangan akhawat tiada masalah yang sama?
betul jugak tu sum1, afwan kalau ana terlalu ambik ringan hal ni.. maybe sbb setelah lama berprogram dengan imsa, ana dah kenal dan rapat dengan ramai ahli mereka dan tak merasa gap yg besar.
mungkin setelah entum semua 4 tahun berada di sini dan hadir ke setiap muktamar dan stc bersama imsa, entum akan rasa bahawa tak ade la gap sangat pun… bagai angin meniup pohon beringin saje itu semua…
=)
baru nak sound taufiq, wahahaha. nasib baik taufiq brfikiran terbuka.
ape bezanys kita dengan pemimpin2 yg selama ni kita benci jika kita abaikan suara2 minoriti atas alasan kita lebih tua@brkuasa
?
?
“Dalam banyak2 comment, xde sorg pun wakil helwa yg comment berkenaan isu ni. Kenapa ya? Adakah di kalangan akhawat tiada masalah yang sama?”
kepada sum1
–rasa tanggungjawab kerana ditujukan kepada helwa;
untuk DIRI nih, yang lebih dari sekali berkunjung ke muktamar,dari segi komunikasi alhamdulillah.mungkin tidak lah ‘rapat’.tapi komunikasinya ada.saling kenal mengenali. barangkali sama seperti akh taufiq.
kadang2 perbincangan mungkin lebih kepada kekeluargaan, dan muktamar so far adalah masa utk ibu2 berehat,bertemu teman.consider juga keadaan mereka untuk bersama teman2, tapi tak salah jika diri pandai join,pandai bicara.
perkara ini kurang menjadi topik utama kerana ada perkara yang lebih aula (utama) di luar sana untuk diselesaikan/difikirkan.
wallahua’lam.maaf andai byk bicara.
Terima kasih atas pandangan uhkti. =). maaf sekiranya membuat ukhti ‘terpaksa’ utk mereply.
Saya setuju dengan bint Abdullah.
aik? dah tukar tajuk ke artikel ni? huhu
Ass wr wb
Saya Ibu Sitaresmi, salah satu pembicara di IMSA-MISG.Salam kenal dan ukhuwwah islamiyah.Saya merasa senang sekali membaca diskusi kalian yang saya bisa akses melalui yahoo.com.
Menurut Ibu yang berlangsung kemarin sudah sangat luar biasa dan patut disyukuri.Saya melihat dan menjadi saksi bahwa kerja sama dan ukhuwwah kalian sudah baik,di dapur,di ruang pembukaan dan tempat ceramah-ceramah utama bersama berlangsung.Bahwa kemudian ada sessi-sessi yang harus berpisah,menurut saya itu lebih karena kebutuhan saja,insya Allah bukan karena sekat bangsa apalagi sekat ukhuwwah.Innal muslim akhul muslim.That’s it!
Barangakali yang bisa dijalin ukhuwwah itu justru pada kuliah subuh(Tazkirah) atau pada acara-acara non formal.Mudah-mudahan bisa kita tingkatkan lagi setelah ini.Salam ukhuwwah.Wass.Ibu Sitaresmi
salam.
“Dalam banyak2 comment, xde sorg pun wakil helwa yg comment berkenaan isu ni. Kenapa ya? Adakah di kalangan akhawat tiada masalah yang sama?”
Sejak bila akhawat MISG bersuara di sini? Dalam mana-mana isu?
meow~
Terima kasih Ibu Sitaresmi kerana meluangkan masa mengikuti bicara kami yang tidak seberapa ni. saya sendiri hampir tak ingat dah ape yang dibincangkan di sini. Rupa rupanya ada orang lain yang lebih prihatin.
Alhamdulillah, muktamar kita berjaya meroboh tembok kebangsaan yang dicipta penjajah hanya sekitar beberapa abad lalu sedangkan ikatan rumpun bangsa antara kita telah terjalin berkurun lamanya.
Yang muda bersandarkan semangat, yang dewasa berbekalkan pengalaman.
Illaliqa’