January 1

Ban!!!

Posted by lonsaa
Filed under Diskusi, Isu semasa, Umum | 33 Comments

Setelah lame berfikir ape nak taruk untuk entri yg baru, aku teringat yg aku, ansari and taufiq penah debat pasal ban Starbucks mase muktamar yg lepas tapi tergantung kat pertengahan jalan. So kat sini aku nak hidupkan balik laa perbincangan yg tak selesai lagi tu. Aku berpendapat bahawa Starbucks adalah salah satu drpd syarikat yg memberi sumbangan kepada rejim zionis. Maka untuk itu aku berpegang teguh dengan pendirian aku yakni untuk ban produk Israel ni. Tetapi, dalam perbincangan diantara aku, ansari dan taufiq,….

Bersambung dengan comment Encik Taufiq….

This entry was posted on Monday, January 1st, 2007 at 1:06 pm and is filed under Diskusi, Isu semasa, Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

33 Responses to “Ban!!!”

  1. taufiq on January 1st, 2007 at 1:36 pm

    hehe.. bagus bagus.. menanti juga entri ini

    Ban atau tak ban itu persoalan yang baik.
    Bagi ana sendiri, ini persoalan the REASON for banning.

    Kalau dikatakan nak ban semata-mata kerana mereka orang bukan Islam, ana rasa ini sikap yg kurang enak.
    Seolah-olah mengharamkan terus hubungan dengan orang bukan Islam!

    Kalau kerana mereka benar membantu rejim Zionis laknatullah – maka ini keputusan yang baik. Tapi kalau sekadar berpendapat, itu tidak cukup kukuh – kerana pada masa yang sama mereka menafikannya.. maka kelihatan seolah-olah orang Islam ni apabila sudah berpegang kepada satu pendapat, walau dinafikan masih lagi ada rasa tidak cukup dan tidak percaya pada orang lain.

    Pun begitu, ada satu lagi kaedah, kalau dijadikan keputusan kolektif atau jemaah – sama ada MISG atau Ansarullah – maka semua orang yang ada dalam jemaah itu (ie MISG atau Ansarullah) perlu DOKONG!

    Perbincangan ini sudah berlanjutan dalam khadam sekian lama sebenarnya dan ana sendiri tidak membeli coffee Starbucks sejak sekian lama walaupun diri sendiri merupakan coffee afficionado.

    Cuma nak buka perbincangan hari tu, supaya KAEDAH dan REASON nya jelas! Ini bukan perkara enteng ya ikhwan.. =)

    Good stuff

  2. lonsaa on January 1st, 2007 at 2:28 pm

    ala…blom pape lagi dah taruk comment ultimate…relax2 laa dulu…tak happening dah…ces btul…

  3. taufiq on January 1st, 2007 at 3:07 pm

    ahahaha mane ade ultimate
    pendapat pendapat
    ;P

    I respect your guys concern over the fate of the ummah

  4. Cool Ness Monster on January 1st, 2007 at 3:51 pm

    Apa yg dimaksudkan “ban” itu? Ban dari negara malaysia ke? Mustahil gak tu…

  5. lonsaa on January 1st, 2007 at 4:23 pm

    umat Islam keseluruhannye ban segala macam produk israel..

  6. ans on January 1st, 2007 at 5:39 pm

    Haha, bagus2 lonsaa.. aku mmg tak lupe pasal isu ni.. mmg mase tu aku ade cakap nk raise kan isu ni dalam blog, tapi ingatkan nk kaji dulu.. tapi bagus jugak gaya ko yang selamba ni.. biar imej ansarullah ni jadi informal, bebas utk penulis suarakan pendapat..

    Nak tanye, di mane adanya penafian dan proof yang chairman Sturbucks ni tak terlibat dengan Israel dalam menentang penduduk Palestin?

    Sbb kalau rujuk website ni,

    http://www.inminds.co.uk/boycott-starbucks.html,

    Howard Schultz, yakni chairman Starbucks pernah menerima award “The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award” , yakni anugerah untuk pemimpin yang berjaya mempromosikan hubungan baik antara Israel dan US.

    Dan, produk2 yang bersangkut-paut dengan Israel seboleh-bolehnya dikurangkan atau diboikot terus penggunaannya, kerana kemungkinan kita secara tidak langsung terlibat dalam memberikan dana kepada Israel untuk menghapuskan umat Islam.

    Wallahua’lam

  7. Cool Ness Monster on January 1st, 2007 at 6:12 pm

    Bila digunakan istilah “ban” merujuk kpd aspek legislatif. Apa yang Ans ceritakan itu dinamakan “boikot” dan ianya merujuk kepada grassroot activism. Kita bincang aspek mana ni?

  8. lonsaa on January 1st, 2007 at 6:41 pm

    boikot nie pada aku macam pilihan…nak boleh tanak pon boleh…ayat bombastik cam ban menegaskan pendirian aku yg sememang nyer tanak kepada barangan israel dan aku rasekan memang wajib bagi sume umat Islam ban barangan israel…sebab tue aku gune ban instead of boikot…

  9. cidos on January 1st, 2007 at 7:19 pm

    banyak coffee lain boleh minum..elakkan yg syubhah apatah lagi yg membalun umat Islam saban hari. Takkan tak terkesan dengan presentation Dr. tengku + bro Faris pasal sengsara palestin dan Lubnan?

    Bab REASON yg dikemukakan taufiq tu, ana rasa berasaskan kezaliman yg dilakukan Zionist ( tp kena buktikan keterlibatan Starbucks dahulu). Dulu dunia pernah boikot Africa Selatan sebab amalkan dasar apartheid. Dan daripada lecture prof norman flinkenstein, Zionism banyak persamaan dengan Apartheid. Cuma yg peliknya dunia masih membutakan mata.

    Kalau bukan ikhwan sekalian yg mulakan, siapa lagi?

  10. nonameatall on January 1st, 2007 at 10:03 pm

    kuasa besar dunia masih dikuasai israel..bagi aku bukan dunia membutakan mata, tapi kekuatan yang ada x digunakan sepenuhnya..masih belum bersatu padu lg kuasa besar islam..yang berani cume segelintir dan kuasa lain masih diam diri sebab takut kepentingan sendiri ditidakkan kuasa besar dunia..so, mmg elok ban brg2 israel ni..tp sejauh mana keberkesanannya? sebab kebanyakan produk pon org israel punye..bile kite korek2 maklumat, kalau x byk mesti ade sikit portion org yahudi nye..bg aku, yg halal jelas, yg haram jelas dan tgh2 tu syubhah..tinggalkan syubhah sbb ia lebih menjurus kpd haram..maaf salah silap.!!

  11. taufiq on January 1st, 2007 at 10:25 pm
  12. taufiq on January 1st, 2007 at 10:35 pm

    Tapi mcm yg ana katakan sebelum ni juga, ini bukan bermakna kita kena support pulak Starbucks. Nak ban pun boleh. Jadikan ia sebagai pandangan dan pegangan Ansarullah as a team… as a jemaah..buat bersama-sama – dan semua ahli kena dokong. =)

    Cuma kalau ianya bukan perkara yg syarak nye kate kene ban, maka kalau org lain tak ban, that doesn’t mean org tu salah ke ape la kan. Sometimes we must agree to disagree jugak.

    Tp ana sendiri mengulangi janji pada diri sendiri dan pada syura misg untuk mengurangkan beli produk starbucks selagi boleh. Cuma nak mengharamkan terus jual beli dengan bukan islam tu di luar bidang kuasa la kan.

  13. ans on January 1st, 2007 at 11:55 pm

    eh, taufiq.. yang disclaimer tu pasal Israeli Armed Force.. yg macam dalam website yg ana kasik sblm ni pulak,

    http://www.inminds.co.uk/boycott-starbucks.html

    berkenaan dengan award yang Howard Schultz terima pada tahun 1998, macam mane? Ade kaitan dengan zionis? Komen?

  14. cidos on January 2nd, 2007 at 12:21 am

    wah..masing masing dah kemukakan lampiran sumber..
    ini yg kita mahukan – perbahasan yang solid dengan hujah dan bukti. Keputusan tak penting, yang penting masing masing buat research.

    *p/s suka research isu lain

  15. taufiq on January 2nd, 2007 at 7:46 am

    Actually sebelum ni ade response yg lagi detail.
    Ana tak jumpe cari since isu ni dah lame sangat.
    Tp mereka menafikan la award yg Scultz terima dan ucapan die tu.
    That’s part of junk-ish email-email layang yg slalu kite terima.

    Since dalam inminds’ website pun ada gambar from website lame starbucks, nanti ana email starbucks sendiri tanye tentang the whereabout of the awards page tu. dan either awards tu diterima sebab sumbangan die or just sbb kejayaan bisness die.

    Biasa la dunia bisness awards2 ni penting eventhough takde sumbangan pun. Mcm jugak ade pemimpin2 yg terima anugerah kecemerlangan Islam dll padahal takde la menyumbang sangat pun…

  16. lonsaa on January 2nd, 2007 at 12:33 pm

    kekadang boleh jeh claim tak support zionis…maybe sebab boikot yg dilancarkan btul2 bawak kesan?..lalala~

  17. taufiq on January 2nd, 2007 at 2:25 pm

    tu la.. mungkin gak saje
    tu bergantung pada kite pilih jalan mcm mane..

    siasat then percaya; or
    siasat then tak percaya sbb die tipu; or
    siasat tp takmau percaya jugak; or
    tak siasat dan takmau percaya; or
    tak siasat dan percaya mudah-mudah je

    p/s: diorang tak reply lagi email ni

  18. imran on January 2nd, 2007 at 6:04 pm

    Aku sekarang tengah surfing tenet kat lounge Starbucks yang baru aja disiapkan, sambil menikmati kopi Starbucks percuma sempena promosi hari pertama Starbucks dibuka kat kampus nih….

    mmm… bes gak kopi nih

  19. lonsaa on January 2nd, 2007 at 6:39 pm

    ehehe…bende free amik jeh…jgn beli

  20. cidos on January 2nd, 2007 at 11:44 pm

    dia bagi amik, tapi sokong jangan..(macam kenal je ayat ni..di mana ya)

  21. taufiq on January 3rd, 2007 at 1:14 am

    Hehe takde la ban sangat kalau mcm tu rasanya.. org belah-belah teganu kelantan ni pun mcm penah dengar… ingat-ingat lupa

  22. alveolus on January 3rd, 2007 at 7:57 am

    Best sangat ke kopi star bucks tuh? Akak musykil la ngan org2 kat mesia ni yg kononnya glamer minum kopi harga lebih seplo inggit.. dan commemorate plak ngan beli mug dia.. iskh pening2

    Tapi adik2 kat US sana tu, seriously speaking, kopi cap lain tu tak sedap beno ke?

    Err bukan ke rasa tu kat lidah and palate jek (palatable and non-palatable), pas dah masuk perut dah tak rasa dah kan?

    Avoid caffeine aha, boleh baca pesanan Hassan al-Banna dalam bab ni.. Banyak baik dari buruk (dan jauhkan kopi ni utk alasan bersengkang mata buat assignment last minute – walaupun kajian terbaru kata kopi boleh lambatkan seseorg dapat kencing manis). Tak caya pegilah cari health hazard of caffeine..

    SO enough said, still nak minum kopi lagi ke?

  23. taufiq on January 3rd, 2007 at 11:18 am

    Hehe.. tak aci la dah bawak pesanan Hassan al-Banna.. tp die sebut teh kan? (gaya nak ngelak) hehehe

    Anyway, bg ana Starbucks tak best pun coffee die except for die punye Sumatra la.. tempat2 lain punye coffee lagi best esp Arabica, Beet’s dengan Pura Vida. Ni personally la bg penggemar French Roast.

    Cuma ramai gi Starbucks sbb cawangan die banyak dan dekat tempat2 yg accessible.. senang la org nak pegi. Dan sesetengah tu beli frapuchino gitu je…

    Ana pun buat research banyak jugak pasal coffee.. fisrt 2-3 cups (medium/grande) can be good for your health masa pagi-pagi (sahaja). Masa-masa lain esp malam tak bagus sangat. More than 4 cups can be harmful as well.

    Ni just utk coffee la.. utk peminat frapuchino, yg gulanya tinggi nian tu.. korang lagi di ambang bahaya.

  24. lonsaa on January 3rd, 2007 at 2:16 pm

    aku laa tue high ngan frapuchino…lalala~

  25. taufiq on January 3rd, 2007 at 3:15 pm

    hehe.. adekah ana yg tak setuju dengan banning mengkhinzir buta ini pulak akhirnya menjadi satu-satunya warga di sini yg tak minum coffee starbucks? i used to buy starbucks coffee every morning (85% of the time) before going to school/work but has abandoned it after discussion with syura like 3-4 months ago. It doesn’t mean that I totally ban them though… because personally ana takde strong reason lagi nak ban… diorang pun tak reply lagi email ni.. cuak ke weii!! (hehehe)

  26. lonsaa on January 3rd, 2007 at 3:16 pm

    ehehe…frapucino buatan sindri aa…

  27. lonsaa on January 3rd, 2007 at 3:22 pm

    tak penah lagi beli kopi starbucks dalam hidup nie…

  28. taufiq on January 3rd, 2007 at 3:48 pm

    oo hehehe… hari tu pegi melawat tak dapat punnnnnn
    anyway ni reply from starbucks:

    —-

    Thank you for contacting Starbucks Coffee Company.

    You may have seen a letter posted on http://www.ziopedia.org about Howard Schultz, Starbucks and the Israeli army. The letter is fabricated and contains many inaccuracies. Neither chairman Howard Schultz nor Starbucks fund or support the Israeli Army. Starbucks is a non-political organization and does not support individual political causes.

    Thank you again for contacting Starbucks. If you have any further questions or concerns, please contact us at info@starbucks.com or call (800) 23-LATTE to speak with a customer relations representative.

    Sincerely,

    XXX
    Customer Relations

  29. Raimi on January 4th, 2007 at 7:10 am

    Orang islam cakap dia sokong zionis n orang pro-zionis pun cakap dia sokong zionis.. tapi tuan punya badan cakap tak sokong..mana satu ni… tapi menjawab pasal best ke tak coffee starbuck ni memang caramel frapucchino dia tak leh lawan hari tu gi mall kat rochester try beli caramello kat Nancy punya kedai kopi..memang la tak sebest yang starbuck punya… tapi betul la bak kata pepatah yang pahit tu ubat yang manis tu madu…

  30. teh hijau on January 5th, 2007 at 3:24 am

    minumlah teh hijau .. antioksidan yang bagus..anticancer.. ape2tah lagi.. caffeine content sangat rendah.. walaupun it’s an acquired taste i must say~
    (promote green tea)
    sambil2 tu, explore la jenis2 teh lain, ada campur bunga-bunga, ada campur buah-buah kering, isk sedaap.. berkhasiat pulak tu..
    -dari kuceng yang prefer teh dr kopi-

  31. lonsaa on January 5th, 2007 at 5:04 am

    dah try teh dan juga kopi…dua2 punya keistimewaan yang tersendiri…teh nie boleh diibaratkan macam sutera…lembut membelai kerongkong…soothing aa pendek kate…kopi pulak macam…aaa…macam ape ek?…tatau nak ibaratkan ngan ape…tapi pekat dan keras…memberikan kesegaran tika diperlukan…depends laa kepada tukang minum…yg pasti dua2 pon best…hurm…terpikir pulak nak campo teh ngan kopi dlm satu cawan…ehehe…nak buat eksperimen laa…chiow~

  32. ehem on June 26th, 2007 at 4:06 pm

    baru terbaca korang punya discussion.
    tp ape2 pon, sesape yg percaya ngn internet de mmg tak berapa nak betul.
    hati2 bila surf intenet ni sbb kita tak tau asal usulnya. n kalau stakat baca email yg diforward2, haih, baik tak payah.

    dan di sinilah jelasnye kelemahan org Islam. Percaya dgn benda2 yg tak betul. tak pasal2 starbucks kena banned n benda ni hanya dtg dr email yg diforward2.

    n for starbucks, sy yakin boley minum.

    ighfirli ya Allah~

  33. hensem on July 7th, 2007 at 7:27 pm

    Hehehehe tongkat ali kan ader…. jom jom pakat pakat ban starbucks lepak kat Alibucks lak ngehehe

Leave a Reply