December 17
Disko di Kelantan?
Agak terkejut, tetapi pada masa yang sama teruja juga nak mengetahui adakah wajar ‘green light’ yang diberikan oleh Nik Aziz berkenaan dengan penubuhan disko di Kelantan.
Konsep disko yang dibenarkan itu tidaklah se’bebas’ disko yang biasa kita dengar. Penuh dengan maksiat, arak, pergaulan bebas dan sebagainya. Menurut Nik Aziz, disko tersebut wajiblah tidak menghidangkan arak, pengasingan lelaki dan perempuan, dan tidak mendedahkan aurat. Kalaulah nak difikirkan semula, konsep aurat antara sesama jenis pun turut dititikberatkan, walaupun pada dasarnya konsep disko yang diterima itu diasingkan menurut jantina.
“When dancing is done with the aurat covered and there is no intermingling, everything should be okay.” – Nik Aziz
Saya cuba merujuk kepada sumber yang lain berkenaan dengan hukum menari dalam Islam sebagai suatu hiburan. Menurut Dr. Su’ad Salih, professor Fiqh (Islamic jurisprudence) di Al-Azhar University, katanya
Islam is a religion of moderation; it does not prevent singing and dancing, but it forbids anything that stimulates people’s desires, whether it be among men or women. Women are supposed to observe good manners if they dance in front of other women. They should not exceed the limits by doing anything that stimulates desires and incites evil. There are many cases where women are tempted by other women.
However, if a woman dances in front of her husband, then there is no restriction, as it is a way of cementing relations between spouses – and this a key pillar of establishing the Muslim family.
Dr. Salim Ahmad Salamah, Dean di Fakulti Usulud-Deen di Islamic University, Gaza, menambah:
It is permissible for women to dance and sing as long as there are no males around. In addition, the words of the song should be free from any foul words or vulgarity. Furthermore, no non-Muslim women should be attending, for the `awrah of a Muslim woman before them is the same as in the case of a man. Thus, as long as the words of the song are pure and clean and there are no males or non-Muslim women around, there is nothing wrong in dancing.
By analogy, men are allowed to dance together as long as they cover their `awrah (the parts of the body between the navel and the knee) and there is no fear of temptation.
Men and women dancing together is absolutely haram in all cases, except when a wife dances in front of her husband. The reason behind this prohibition is that with mixed dancing bodily contact is close and improper sexual desires are aroused. This has been strictly forbidden by Islam in an attempt to block the way against evil. If men and women were permitted to dance together, a lot of haram acts could occur. That is why mixed dancing is not allowed.
Another important point that should be stressed here is that in all cases where there is dancing it must be accompanied by halal music..
Maka, kesimpulannya…
Menari itu adalah suatu hiburan yang dibenarkan dalam Islam sekiranya ianya tidak melanggar syarat-syarat yang telah digariskan. Yang penting untuk dititkberatkan ialah ianya haruslah tidak membawa kepada kemaksiatan.
Namun, tidakkah kelab malam akan menjadi suatu tempat di mana gejala lepak akan lebih berleluasa? Kembali kepada tujuan asal, tidakkah menari itu akan membawa kita kepada lalai daripada mengingati Allah? Lainlah kiranya pengurus kelab malam itu hanya memainkan lagu yang ‘halal’ sepertimana yang digariskan oleh Dr. Salim Ahmad Salamah. Mungkin boleh mainkan nasyid-nasyid ala-ala rock seperti daripada kumpulan Soldiers of Allah atau Rabbani. Ataupun nasyid balada seperti In-Team atau UNIC? Hmm…tak terbayang macam mane nak menari dengan dipasangkan lagu nasyid…mungkin kita mmg tak perlu kepada kelab malam?
Wallahua’lam..
Sumber :-


Wajar ditambah..
“While Nik Aziz has given his blessings, Takiyuddin denied he made the statement, saying that there were no plans to set up such entertainment outlets for non-Muslims in the state.
He said he was wrongly quoted by an English language daily on Friday.
“What I proposed was to set up cultural entertainment outlets, such as cultural villages.
“There will be no discos or nightclubs,” he had said yesterday.”
Itu la yang aku tak suka ngan media arus perdana hari ni, org cakap lain, dia report lain.
mengambil kesempatan atas kenyatan orang lain.sama kes mcm kenyataan Dr MAZA dulu, lps tgk video baru faham..
walaupun Husam Musa wai’ma Nik Aziz tak mengatakan sedemikian, kita masih boleh lagi membincangkan idea ni kan??
yg penting disini bukan la organisasi ataupun individu yg mengutarakan idea ini, tetapi isunya idea itu la sendiri?
let’s put Nik Aziz, Husam Musa n Kelantanese Government aside…
personally, that’s nothing wrong with the idea.
it’s just fine as long as all the entertaiment premises operate based on Islamic guidelines proposed in the article above.
but, I still doubt whether the Municipal Council and premises owners themselves can follow all of the Islamic entertainment principles.
The implementation is not as easy as what we talk, write and discuss in blogs or anywherelse wai’ma at Cemara College cafeteria.
Strong iman of every single of society member is highly needed here.
For those who oppose this idea. I would rather say that they are just too narrow minded.When they see something that is always assosiated and surrounded with maksiat in our society(in our case, dancing), thay may perceive that anything with the same form of it is haram too.that’s all
Allah know the best
Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah
Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Allah
Alunan selawat kepada Rasul
Hiburkan hati yang masih gelisah
Ubati hati yang terluka
Ikat kembali persahabatan
dengan iman dan kasih sayang
Berat di hati nak meninggalkan komentar
haha, silap pentafsiran lagi, rasanya pemberita kene amik degree komunikasi n pskologi.
aaa, kalau kita je yg tau peraturan2 ni pun x gune gak, so sebar sebarkan lah ye. trimas ans for the info.
tak silap aku laa menari ngan menyanyi ade jeh zaman2 Nabi dulu…as long as ikut ape yg disyariatkan…cool aa…cume masalah manusia nie suke berlebih2an…probably kalu ade pon pusat hiburan camni, kene ade org yg monitor n menegur…
tapi…
takde minum keras,
takde campur bebas,
takde hiburan lagho,
takde tarian2 asyik,
disko kah itu?
… atau kedai kopi?
aku kurang faham isu sebenar. kita tunggu kenyataan lanjut dari pihak media dan PAS sendiri.
Lonsaa.. kalo tak silap jugak, menari mase zaman nabi pun antaranya ada tarian yang melalaikan..tarian yang menjurus kepada minum arak dan sbg nyer.. sbb tu la adenyer alat muzik yang tidak dibenarkan.. betulkan kirenya tersilap..
mat, kedai kopi tade tpt tarian..hehe.. mmg nampak tak practical kelab malam tanpe ‘maksiat’ dan perkara2 lagho tuh, sbb tu dalam kata-kata akhir yg aku tulis..
“mungkin kita mmg tak perlu kepada kelab malam?”
ape2 pun, kita tunggu dan lihat perkembangan isu ni.
Kalau dilihat dari sudut tariannya begini, dari sudut hiburannya begitu, dari sudut percampuran, lenggok badan, membentuk suara.. ah lain pula perspektifnya.. aduh sukar..
MRQ, bukannya silap pentafsiran.. memang saje tulis cam tu… supaya nampak pelik je kenyataan TG Nik Aziz tu. Macam-macam le newspaper ni..
zaman sekarang kan akhbar perlu bersaing untuk mendapat keuntungan.. bukan lagi untuk menjadi suara penghubung kerajaan dan rakyat.. semuanya mahukan duit semata-mata.. sebab itu isu erra-yusry dan mawi-ina jadi tajuk UTAMA akhbar berhari-hari lamanya!
Walhal pada ketika yang sama, isu-isu perang di negara islam hanya jadi tajuk kecil di muka surat belakang.
Maaf pihak akhbar atau yang ada relatif, mungkin bukan semua.. cuma sedikit kekecewaan…
wether the news is accurate or not, credit to ans for a very fast and resourceful analysis..
salam..
selalu menjenguk, tp 1st tym meninggalkan jejak.. (”,)
tertarik dgn tajuk ini..bersama-sama dengan kupasan yg mantap ni. dan terasa sgt terpelosok di bawah tempurung kerana orang di Malaysia ni pun tak ambil tahu tentang isu di sini. *malu sekejap*
cuma kdg-kdg kita cepat melatah. dengarnya disko, bayangnya pun seperti disco yang pihak kuffar tlh suntik kpd kita.sempitkan fikiran org kita?
dengar saja disco, cepat sungguh melatah. Islam itu kn Rahmat.tp tak ramai y berusaha utk mengupas erti rahmat itu. lebih ramai y percayakn pihak kuffar dpd Islam sendiri.
*geleng kepala* cuma terdetik juga, bila terdengar perkataan disko, rase jelik di hati.disko dah terlalu sinonim dgn kejelikan dan maksiat.
yup,seperti kata penulis.mungkin kita tidak perlu kepada kelab malam. *senyum*
kedai kopi utk minum2 malam sambil berbincang dan berusrah lagi best…teringat pulak cite lame mase muda2 dulu…lalala~
Ahlan kpd ‘Abyd..
Orang di perantauan mungkin lebih peka sbb rindukan tanah air?
Ya, setuju bhw media sekarang banyak dah terpesong dan lebih mementingkan kepada keuntungan peribadi.. bukan sahaja di Malaysia, malah di US sekalipun..cthnya seperti TIME, CNN dan sebagainya.. isinya sudah bias..
Tapi, apa-apapun, kita bebas untuk membincangkan hal ini, walaupun mungkin pada kenyataannya ada penafian berkenaan dengan niat untuk menubuhkan kelab malam/disko. Sekurang-kurangnya kita telah bersedia dengan lebih awal, dan melatih diri agar lebih peka dan kritikal degan isu semasa di negara dan luar negara.
merentas isu dan waktu…
eh eh..naga, frasa tu pon ade copyright tau
aku x suke istilah disko..
Puak NST dan The Star sekarang banyak nak ambil kesempatan terhadap kes-kes yang berkenaan dgn Islam sekarang. Jadi, jaga-jaga.
Rujuklah Utusan.. haha.
“Dayus jika biar Utusan Melayu dikawal pihak lain..”- Menteri KEKWA
Kelantan nafi benarkan disko, kelab malam
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan tidak pernah bercadang untuk membenarkan pusat hiburan seperti disko atau kelab malam beroperasi di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Takiyuddin Hassan berkata pusat hiburan seperti itu tidak mungkin akan bertapak di Kelantan walaupun untuk tujuan menarik pelancong ke negeri ini selagi PAS memerintah Kelantan.
“Jika ada laporan media yang menyebut Kelantan akan benarkan disko dan kelab malam, itu tidak benar. Saya sendiri terkejut bila ada orang tanya saya betul ke Kelantan nak benarkan disko dan kelab malam. Tidak benar tu…,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) di sini, hari ini.
Majlis perbandaran itu kini diterajui Shafie Ismail, bekas Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kelantan. Shafie menggantikan Abd Aziz Abd Rahman yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Takiyuddin berkata kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan akan membenarkan operasi pusat hiburan di negeri ini sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris beberapa hari lepas.
“Laporan itu lari dari konteks sebenar. Apa yang saya katakan, kalau ada tari menari dalam satu majlis, umpamanya, yang hanya melibatkan lelaki sahaja atau wanita sahaja, pada saya, itu tidak menjadi masalah.
“Begitu juga kalau suami isteri nak menari dalam satu majlis, tetapi dengan ada batas-batas tertentu, pada pandangan peribadi saya, itu juga tidak ada masalah,” katanya.
Katanya kerajaan negeri mengamalkan prinsip keterbukaan, namun tetap tegas jika ia melibatkan dasar kerajaan.
“Kita sentiasa terbuka, contohnya dalam hal persembahan kebudayaan seperti Makyong. Kerajaan negeri tidak benarkan kerana mantera yang dibaca itu mempunyai unsur-unsur khurafat.
“Tetapi jika ada pihak, penggiat seni atau sesiapa sahaja yang boleh tunjukkan bahawa bacaan itu tidak membawa apa-apa unsur sedemikian, mereka boleh datang jumpa kita, kita akan sokong dan benarkan persembahan kebudayaan yang tidak bertentangan dengan Islam,” tambahnya.
Sumber BERNAMA
tak baiklaa kutuk kutuk orang dalam nie.tak ingat ke kita islam nie untuk semua,islam mementingkan kedamaian
I have visited many website from other cuntries sunch as Japan but I really impressed by your posts on your website, Thanks for this great information. keep it up always.
lain kali siasat dlu sbelum utarakan isu…