December 14
Humanitarian Day
Bismillah…
Assalamualaikum warahmatullah. Kat sini aku nak bertanyekan pendapat korang berkenaan dengan isu Palestin-Israel, Iraq and etc. Semalam aku pegi meeting eboard MSA kat tempat aku. Kitorg berbincang pasal isu ape yg nak dibangkitkan untuk upcoming event, Humanitarian Day. Beberape tahun yg sudah, kitorg selalu bawak isu berkenaan dengan Palestine dan isu2 lain yg berkaitan dgn perang, politik and of course, muslims in Middle-East. Pentadbiran MSA aku yg baru ni tak brape berkenan dengan isu2 sudah yg dah dibangkitkan sebab kate mereke terlalu offensive sebab speaker yg dijemput pun memang kontroversial (ie: Anti-zionist Rabbi, journalist, etc). Mereka tak mau bawak isu kontroversi macamni lagi kali ni sebab kate mereke isu ini hanye membangkitkan rase ketidakpuasan hati org2 luar(non-muslims) dan tade benefit yg boleh diberikan. Salah sorg dr mereke ade jugak cakap, “watpe kite carik musuh sedangkan ape yg kite nak buat is sebarkan dakwah”(*translated). Mereke jugak berpendapat isu2 sebegini bukan lagi melibatkan Islam tetapi melibatkan politik dan pelbagai lagi yg berkaitan dengan dunia. So mereke mencapai kate sepakat dengan cube mengubah topik untuk humanitarian day akan datang dengan isu yg lebih berunsurkan da’wah. Persoalan aku disini, adakah benar isu palestin-israel, iraq and etc bukan lagi isu utama umat Islam? Apakah tindakan eboard MSA aku betul?


bg aku, byk isu yg masuk bila ckp pasal isu palestin, israel, iraq etc ni.Politik, agama, kemanusiaan adalah yg utama. Kita tak blh lari dr mengatakan ianya adalah isu agama kerana punca pertelagahan di lokasi2 td adalah berpunca dr agama yg kemudiannya meleretkan isu itu kpd isu politik yg mcm kita tgk sekarang ni. Org Palestin berebut2 nak naik takhta pemerintahan. Isu kemanusiaan juga tak blh di lupakan.
Mcm ni la naga tasik cini, ckp kat MSA ko, aklau dia tak nak libat kan isu politik, cuba bwk dia fikirkan isu kemanusiaan. Berapa ramai kanak-kanak, wanita, org tua yg tak ada saloh sikit abuk pung kena bunuh ke org kafir laknatullah tu(kat Palestin la, kat Iraq lain skit kot)?Bukan isu pertumpahan darah je, hak2 kemanusiaan lain byk dicabul. Tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dll. bukan ke mereka ni juga manusia yg punyai hak utk dapat semua tu mcm org lain diseluruh dunia. Selagi isu ni tak selesai selagi tu la nasib insan2 ni tak terbela.
Psl isu agama aku harap org lain blh komen. Aku tak reti nak sentuh. Cuma ni ada satu video aku nak kongsi.
Renungi hadis di akhir video ni. Tak nak ke kita termasuk dlm golongan ni??
http://www.youtube.com/watch?v=VSSaUM5nEgQ
setuju jugak dengan idea humanitarian ni..dalam keadaan kita minoriti dan ingin berdakwah, rasanya elok untuk di bina common ground dalam sesuatu isu. dan dalam isu palestin, iraq dan sewaktu dengannya ni, KEMANUSIAAN adalah common ground yg boleh dipersetujui baik yg islam mahupun bukan islam. Akal manusia yang normal tidak akan sanggup menghalalkan pembunuhan, penindasan, pencerobohan dan anak-anak kecil yang menjadi mangsa.
Emosi kita memnag puas bila dapat marah sana marah sini, tapi ape yg dapat lepas tu..hampeh je..
Alasan yg mereke bagi pasal isu palestine dan lain2 ni is to elakkan persepsi non-muslims terhadap MSA as radical. Dari sudut tu ade masuk akalnye sebab byk speaker yg dijemput menghentam dan menuding jari kat org lain seolah2 masalah ni berpunce dr org lain sedangkan masalah tu pun sedikit sebanyak ade berkaitan dengan muslims sendiri. So kali ni memang mereke nak lari dr isu2 ’sensitif’ macam tu dan fokus kepade isu2 yg lebih ringan dan lebih kepade unsur2 da’wah. Pening jugak kepale aku nak terang kat mereka sebab aku sorg jeh yg rase isu ni isu penting. Mereka semua agree yg pendekatan melalui isu2 berunsur aqidah dan iman lagi utame. Furthermore, yg start humanitarian day dengan isu palestine ni org syiah. Mereka pulak bermanhaj salaf yg hardcore. memang minyak dengan airlah. takkan sekali-kali bercampur.
Try la convince diorg untuk cari tajuk yang boleh cover kedua2 nye sekali..ala2 serampang dua mata gitu..kat u aku minggu lepas..dalam surat kabar rasmi university, wakil MSA selama 5 hari berturut2 diberi 1 column untuk menghuraikan salah tanggapan mengenai Islam..selain drpd dapat dakwah kat non muslim, diorg jugak sentuh serba sedikit isu jihad yg disalah anggap..so maybe korg leh cari 1 tajuk yg leh cover dakwah n dlm masa sama hurai pasal isu palestin etc..(arghh, lg sekali aku merepek) uahuahua
dalam islam ada konsep dedmokrasi dan bertolak ansur, mungkin keputusan msa ko tu x betul, aku pun x tau apa yg speaker lepas2 sampaikan. tp kalau marah pun x gune baik ko ikut je pastu ubah mane mampu
tp apabila mengatakan isu paletin dan iraq sebagai isu bkn islam aku mmg x setuju. selagi mereka melaungkan takbbir selagi itulah mereka saudara seislam kita.
tapi kalau hendak digantikan dengan da’wah mmg aku rasa satu alternatif yg baik. kalau la kita dapat menyedarkan mat-minah salleh kat tempat ko akan keindahan islam kan lg bagus. masalah x de, nama islam terjaga. mane tau at-minah salleh ni jd pemimpin US, sekurang2nye kalau diorg x revert diorg tau yg islam itu indah…
Bijak juga untuk mencari common ground untuk discussion. Isu humanitarian memang sesuai untuk dibincangkan daripada pelbagai latar belakang. Semua agama pun tak boleh menolak bahawa pembunuhan mereka yang tidak bersalah adalah kejam.
Pilihan MSA untuk tidak mengungkitkan perkara tersebut juga ana rasa pilihan yang baik. Lainlah kalau ingin dibincangkan isu itu dengan MSA univ lain atau organisasi Islam setempat. Masih ramai orang bukan Islam yang tidak kenal sebenarnya apa itu Islam.
Tapi bukanlah salah mereka seratus peratus. Kita pun tak kenal agama mereka bukan?
aku stuju ceramah2 politik middle east ni tak perlu byk sgt. tak konstruktif.
lagi baik bawa speaker berkenaan krisis darfur ataupun relief work volunteerism sempena humanitarian day.
SALAM..
Izinkan akak bagi pendapat. Dalam isu ni, memandangkan fokus ialah pada humanitarian maka adalah wajar topik berkisar sekitar ‘humanitarian’. Jadi pendapat MAT memang sesuai. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh lari terus drp mengupas SEBAB-SEBAB mendesaknya keperluan kepada humanitarian relief. Jadi, mahu tak mahu, kita harus akur bahawa salah satu sebab keperluan (selain drp bencana alam) adalah akibat peperangan. Suka akak menegur, bahawa menafikan sama sekali isu Palestin, Iraq seolah-olah menjadikan kita menutup mata atas apa yang telah terjadi. Takutlah kita jika tergolong dalam golongan yg Allah sebut dalam Quran yg “mempunyai mata tetapi buat-buat buta, mempunyai telinga tetapi buat-buat pekak dan menutup hati kita sendiri” (semata-mata bimbang org kafir kata kita radikal). Seharusnya kita bersikap kritis dalam perbincangannya, untuk mengingatkan kita bahawa sesuatu WAJIB dilakukan utk menangani isu2 tersebut. Maka apabila kita tidak mampu mengangkat senjata bersama-sama mereka, di situlah terletaknya fungsi humanitarian relief kepada mangsa-mangsa perang dan pelarian itu. Maknanya, nanti kita DAPAT walau sedikit menyumbang kepada keadaan yg lebih baik walaupun tidak secara terus kepada negara Palestin atau Iraq. Akak doakan semoga Humanitarian Day ini berjaya dan memberi manfaat, seterusnya menjadi medan dakwah (kpd non muslim) dan medan islah (kpd kita).Sekurang-kurangnya kita dapat melontarkan bahan fikir utk non-muslim supaya mereka berada drp tahap pre-contemplation kpd contemplation. Bila dah sampai peringkat “sedar”, lebih mudah kerja kita. Lagi pun, non-muslims bukan “tidak cerdik” – malah pembelajaran di sekolah rendah sahaja pun sudah kritikal, inikan pula di universiti. Tinggal tugas kita menyahut cabaran “to propagate Islam”. Tambahan pula, kita seharusnya berasa takut kalau di akhirat nanti saudara Palestin dan Iraq menuding jari kpd kita jika tidak langsung berbuat apa-apa utk mempertahankan maruah, darah dan harta mereka. Beranikah kita? Wallahua’lam.
Benar juga tu. Ana pun setuju, bersikap menutup mata adalah satu kesalahan dan punca kelemahan umat Islam juga. Sesama umat Islam dan dengan mereka yang faham, eloklah kalau kita nak perbincangkan secara serius.
Tapi kak, bagi saya, kalau kita dah memang nampak akan mencetuskan perbalahan yang tidak akan membawa faedah kepada kita, kepada Islam mahupun kepada orang yang sedang menderita, eloklah dielakkan. Cuba memberi kefahaman melalui jalan selain perdebatan mulut. Tulisan juga boleh menjadi wadah yang sangat baik kerana dengan menulis, orang yang ingin berdebat itu biasanya akan turut membuat kajian dan ini akan memberi mereka peluang untuk tahu sejarah dan perkara yang selama ini mereka nafikan buta-buta.
Kan kaedah menyampaikan islam juga ada berbeza-beza mengikut situasi. Kepada orang awam lain caranya, kepada orang akademik lain caranya, kepada student lain caranya, kepada golongan professional dan berkepentingan lain caranya, kepada orang-orang ilmuan agama lain spt paderi dan monk lain juga caranya.
Saya tetap setuju dengan kata akak bahawa kita tidak boleh lari dari mengupas isu-isu tersebut. Syaratnya, mungkin, biar kena dengan audience dan situasinya.
Taufiq, akak setuju. Perbalahan memang tak bagus.
Pengalaman seorang kawan sepengajian yang beriya-iya mengajak akak membaca bible bersama, memang memberikan kesan betapa sedikitnya ilmu dakwah akak. Sehingga sekarang, akak menyesal tidak dapat menguasai ilmu itu dengan baik, belajar berdiskusi dengan hikmah. Akak bacakan dia surah Maryam dan dia terus tidak lagi berkawan dengan akak, walhal sebelumnya kami agak rapat.
Bukan salah pada method dakwah, tapi salah pada akhlak terburu-buru pendakwah.
Ada sesetengah non-Muslims yang Allah takdirkan selamanya kafir, golongan ini walau tinggi inteleknya pun, sehingga supervise pulak PhD candidates pengajian Islam tetap tidak memeluk Islam. Kenapa? Kerana mereka belajar untuk ilmu tetapi bukan atas dasar hidayah. Tak kurang juga tidak menerima Islam kerana masalah-masalah lain sebagaimana jelas dalam Sirah Nabi : kekuasaan, anutan nenek moyang, terputus ikatan kekeluargaan dan sbgnya, sedangkan jelas keindahan Islam di mata mereka.
Golongan ini, mungkin termasuk mereka yang kita seru, tetapi keras menentang kita, menjadikan huru hara program kita dengan soalan-soalan yang dia sendiri tidak mahu tahu jawapannya. Golongan yang bukan sahaja menyusahkan kita, tetapi boleh mengelirukan org lain.
Golongan kedua, golongan yang memang ingin mendekati Islam. Ada yang membuat pengakuan secara terang, ada juga yang mencari dalam diam.
Golongan ketiga, adalah golongan yang tak peduli pun dengan apa yg jadi di sekeliling mereka. Golongan yang pergi Catholic School tapi terus terang meragui semua agama di dunia terutama Kristian. Golongan manusia yang mengagungkan hedonisme, booze and nothing else. Golongan yang terjemahan inggeris ke melayunya “minum macam kuda”.
Bagaimana nak bezakan golongan-golongan ini, itu yang kena belajar ilmu dakwah dengan baik, kena selusuri hikmah dakwah Rasulullah dan Rasul2 lain dengan membaca sirah, kena bertanya pada dai’e yang dah berpengalaman.
Waqi’ di sana, hanya adik-adik yang mengetahui.
Wallahua’lam.