December 2

Idea lagi..

Posted by cidos
Filed under Umum | 27 Comments

Sedang aku membelek belek internet, terjumpa pulak artikel pasal nak kawin takde duit.

Menurut jumhur ulama, kemampuan yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah kemampuan untuk membayar mahar (mas kahwin dan bukan hantaran). Mahar boleh di dalam pelbagai rupa. Ada sahabat yang memberikan mahar hanya dengan sebentuk cincin besi sahaja. Malah ada yang memberikan mahar di dalam bentuk surah al-Quran yang mereka hafal. Apa yang menjadi persoalan utamanya, institusi kekeluargaan itu mesti dipopularkan. Usaha untuk memudahkan pembentukan sebuah institusi kekeluargaan itu adalah satu kewajipan di dalam mana-mana komuniti. Perhubungan secara halal akan dapat mengelakkan banyak masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sayang sekali jika usaha pembentukan mahligai yang suci ini sentiasa dihalangi oleh batas-batas material yang kita sendiri ciptakan.”

“Sewajarnya jabatan-jabatan agama dan personel-personel agama ini memudahkan proses perkahwinan anak-anak muda. Lebih baik lagi jika disediakan satu pakej perkahwinan IPT di mana prosesnya dimudahkan dan diberikan bonus serta saguhati. Bukankah di dalam usul al-fiqh ada kaedah “fath al-dharai’” (membuka jalan-jalan kebaikan). Bukankah juga kaedah fiqh juga ada yang mengatakan “al-wasilah yak hudhu hukmu al-ghayah” (hukum kepada jalan yang membawa kepada sesuatu perkara adalah mengikut hukum matlamatnya). Rasulullah SAW juga ada bersabda: “Penunjuk jalan kebaikan akan mendapat pahala seperti pembuatnya”.

Memang kita memerlukan perubahan mental dan penghapusan kerenah birokrasi untuk menangani gejala sosial yg sedang hebat melanda masyarakat. Seperti perbincangan kita tentang praktikaliti vs rhetorik kosong, sudah tiba masanya untuk tidak lagi bergantung harap kepada didikan dan ceramah agama semata-mata untuk menangani masalah sosial. Moral policing pula walaupun tidak la salah tetapi kelihatan lebih kepada tindakan menghukum atau reactive. tangkap basah sana sini nampak macam sudah terhantuk baru terngadah..

Seperti yg dicadangkan oleh al fadhil ust maszlee malik, masalah boleh diselesaikan melalui perubahan mentaliti masyarakat dan perubahan sistem pentadbiran badan agama.

Walaupun isu itu ditimbulkan berdasarkan scenario IPT tempatan, tidak ada salahnya students oversea mengambil pelajaran kerana masalah kita pun sama je..malah mungkin lebih teruk.

Bertepatan dengan tema muktamar MISG-IMSA tahun ini, “Tarbiya: Building a Sakeenah Family & An Istiqamah Muslim Generation”, marilah kita memikirkan semula perkara ini. Mungkin di muktamar nanti boleh diperpanjangkan lagi perbincangan..jom pergi muktamar.
menulis merentas isu

poster2.png

This entry was posted on Saturday, December 2nd, 2006 at 6:04 am and is filed under Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

27 Responses to “Idea lagi..”

  1. lonsaa on December 2nd, 2006 at 6:15 am

    ape lagi kawan2…jom laa kite daftar skali baitul muslim…huhu

  2. cidos on December 2nd, 2006 at 6:38 am

    memandangkan ust maszlee ni rakan sesalafi dengan ust Asri zainul abidin (mufti perlis), harapnya boleh lah keluar fatwa sokong benda ni. lepas tu jabatan agama Islam Perlis memulakan langkah mempermudahkan urusan perkahwinan siswa-siswi dan siap bagi sagu hati lagi.

  3. chemat on December 2nd, 2006 at 10:09 am

    kena pi sambung belajar kat perlis la nampak gayanya! :D

    eh..tapi seruan lonsaa tu menarik gak tu!

  4. dex on December 2nd, 2006 at 3:21 pm

    huhu…semua dah semangat nak kawin..

    anyway just nak tanya sikit. Kalau seseorang tu mampu nak bayar mahar, tp mungkin tak mampu nak sara family (isteri n anak2), mcm mana pulak? Masih dalam kategori berkemampuan ke?

  5. cidos on December 2nd, 2006 at 4:10 pm

    ish..aku takde la semangat sangat dek. just nak kongsi info. mungkin berguna buat orang lain yang baca.

  6. goo on December 3rd, 2006 at 3:08 am

    kawin kat US??agak tidak realistik la.pasal idea ustaz maszlee tu..sekadar idea je tu..takde nye org masyrakat kite nak ubah mindset terima benda2 mcm gini.Sblm gi US pun dah kene remind awal2 ngan mak bapak aku jgn duk gatal2 nak kawin.tak tercapai hasratku nak cari sorang minah Saleh.maklum la..pempuan Melayu kat US kurang.

  7. lonsaa on December 3rd, 2006 at 4:04 am

    aku rase realistik jeh…ala…susah2 pakai baitul muslim…diorg bleh slow talk ngan parents…paham laa nanti diorg…insyaAllah…cume kene pastikan laa niat kawin tue ikhlas kerana Allah ke…insyaAllah Allah akan permudahkan sume keje kalu niat kite btul n dah redi…

  8. cidos on December 3rd, 2006 at 6:14 am

    kepada goo:

    kawin di US atau di mana2 pun bukanlah sesuatu yg tidak realistik. Lagipun semua keputusan hebat yang kita capai lahir dari idea-idea yg kreatif. lebih baik bersusah susah merubah mind set masyarakat daripada berpeluk tubuh melihat kemungkaran di sana sini.

    nak minah saleh?
    kau pun satu, taste tinggi sangat..memanglah susah.haha

  9. mrq on December 3rd, 2006 at 6:55 am

    aiseh lonsaa, semangat cakap tp bile aku suruh isi borang baitul muslim x nak. mcm mane nak jd teladan kat kitorg???

  10. ans on December 3rd, 2006 at 8:19 am

    eh, ape yang tak realistik nyer? Bukan ke dah ade ikhwah yang kawen mase kat US nih? Man jadda wajadaa..

  11. dhuat on December 3rd, 2006 at 3:58 pm

    Kalau boleh dipermudahkan-nikah jerlah kat US.

    Kat Malaysiasia ni budayanya sukar untuk memudahkan benda yang sepatutnya dipermudahkan.

    NOW or later hehe…(later means 4 atau 5 tahun lagi)

  12. lonsaa on December 3rd, 2006 at 5:37 pm

    ye laa mrq…nanti aku isi laa…ces btul…

  13. dex on December 3rd, 2006 at 6:43 pm

    to goo..

    drpd cari minah SALEH, baik cari minah SOLEHah..

    dududu~

  14. Ummi on December 3rd, 2006 at 7:32 pm

    Hmm, satu entry yang menarik…

    Teringat ceramah Tentang Cinta yang berlangsung di KYUEM.
    Moderator dia cakap ‘amboi2 korang ni… bila kuliah Tentang Cinta, peeeeenuuuuh dewan… Lain kali, kuliah maghrib tiap2 hari kena buat tajuk Tentang Cinta, baru penuh surau tiap2 hari’ heh~~~~ :D

    Tapi rakan-rakan disini tidaklah macam tu, semua topik dibincangkan dengan penuh semangat, bagus2…

    Tujuan saya kasi komen ni sebenarnya kerana saya kurang mengerti kenapa ramai siswa-siswi mahu berkahwin ketika masih belajar. Bukankah belajar itu merupakan satu tanggungjawab yg tersangat BESAR, memerlukan komitmen. Zaman belajar ni seperti zaman bercinta saya fikir… Perlu diberi perhatian penuh, jika tidak ada yg merajuk (result tak bagus) dan kita juga kecewa (sedih result tak bagus).

    Jadi, kenapa harus ditambah satu lagi beban – berkahwin. Kerana berkahwin juga merupakan satu komitmen besar. Tidak bolehkah di-sabar2kan dulu tanggungjawab yang itu sehingga tanggungjawab yg sedia ada (belajar) dibereskan?

    Sekadar terfikir~~~

  15. Naga Tasik Chini on December 3rd, 2006 at 8:45 pm

    kadangkala perkahwinan memudahkan sesuatu pekerjaan. tak payah nak fikirkan bende2 komplikated untuk mencari jalan meghalalkan apa yg dah terang lagi jelas terlarang (telefon,chat etc antara lelaki dan perempuan tanpa tujuan yg jelas yg menjurus kepada maksiat).kalau tengok kepade fenomena sekarang, byk remaja yg terjerumus dalam masalah sosial. drpd berleluasanya maksiat diusia muda adalah lebih baik menggunakan approch yg halal lagi bersih. maka perkahwinanlah jawapan terbaik untuk menyelesaikan masalah sosial ini. beban menanggung dosa, pada aku, jauh lebih berat dr beban memikul tanggungjawab seorg suami/isteri.

    saranan aku: kalau dah rase bersedia, kawin je lah. dah sampai pun umur untuk bernikah.

  16. adibahabdullah on December 3rd, 2006 at 11:29 pm

    salam,

    kenapa minah saleh itu disifatkan sebagai ‘taste yang tinggi’? ya mungkin sekadar jenaka.. dan lebih baik mencari minah solehah.. tapi adakah ini reflektif terhadap minda ’sub-conscious’ yang terikut utk menanggapi sesuatu yang asing (barat?)itu sebagai sesuatu yang ’superior’?

    hati mengawal jasad, minda mengawal lagak.

    aduh, lantang kita menyatakan tiada beza antara bangsa-bangsa, lantang kita berhujah tentang perjuangan dan jihad, tetapi kadang-kala silap bicara jugakah?

    dan tidak mustahilkah, fikiran-fikiran berorientasikan kahwin menumpulkan semangat jihad, kerana hakikatnya kahwin itu urusan nikmat dan keselesaan peribadi yang menyeronokkan.. lantas mendorong mujahid/mujahidah hanyut asyik dalam indahnya ’syurga rumahtangga’ dan lupa berpijak di bumi nyata? tidak usah melangkah jauh, baca sahaja cerpen2 ‘da’wah’ yang banyak di media, semuanya tentang cinta selepas kahwin, cinta halal vs cinta haram, cinta kepada gadis bertudung labuh dan jejaka berserban lilit, cinta anta dan anti, cinta sms bangunkan tahajud..

    seolah-olah skop perjuangan sesempit itu.

    kalian semua bukan begitu, ana yakin, ana bukan menyindir kalian, sekadar mengajak berfikir. kalau ana silap, sila betulkan. tapi tolong jangan pukul bantai sekali pulun apa yang ana katakan sebagai salah, memfokuskan kepada mana-mana titik lemah dan menyerang. mujahid yang mengaku ansarullah perlu sentiasa matang, bukan? biarlah ana yang perlu dibimbing ini sahaja yang selalu tergelincir lubang.

    oh ya, ana hanya mencuit, jangan melenting. mujahid mana boleh melatah.. :-)

    salam, meow~

  17. cidos on December 4th, 2006 at 3:42 am

    cik adibah, pandai kau pukul curi time aku sibuk prepare exam ye..xpe2
    kalau sempat lepas exam la aku pk balik.

  18. chemat on December 4th, 2006 at 4:16 am

    topik perbincangan:

    kepentingan berkahwin sesama ahli jemaah, yang mempunyai fikrah yang sama. apakah kebaikan dan keburukannya? huraikan.

    nota kaki: saya sibuk sedikit 3-4 hari mendatang. saya minta sahabat cuba fikirkan persoalan ini bersama2.

  19. adibahabdullah on December 4th, 2006 at 4:35 am

    kahwin itu baik, memelihara hati dan menundukkan pandangan .. :-) .. tp setiap yg baik itu ada kelemahan yg best gak utk dibincangkan bersama

    (sape x nk kahwin?)

    kpd chemat, good topic.

    meow~

  20. adibahabdullah on December 4th, 2006 at 4:36 am

    pembetulan, hampir setiap perkara yang mendatangkan kebaikan itu ada kelemahan… (bahaye tersalah ckp kt sini) :-D

  21. Naga Tasik Chini on December 4th, 2006 at 2:52 pm

    Mungkin ade betulnye ape yg cik adibah cakap berkenaan dengan isu kawin. Tapi pade aku, fikiran2 berorientasikan perkahwinan ni hanye berlaku dikalangan mereka yg nak kawin tapi tak boleh disebabkan masalah2 tertentu(famili,ekonomi, etc). Takkan timbul rasenye masalah hanyut, khayal dan yg seangkatan dengannye sekirenye kedua2 pasangan dinikahkan cepat2 dengan syarat mereka faham tujuan dan matlamat perkahwinan. Iye masalah akan timbul(ex: anak,kewangan) tapi jika diatur dengan baik, insyaAllah semua masalah dpt diatasi.

    Perkahwinan tidak same skali me’narrow-down’kan skop perjuangan dakwah malah membuka lebih banyak peluang. Seperti yg aku lihat di Australia sekarang, ramai ikhwah dan akhwat sane yg berkeluarge diusia muda tetapi lihatlah kerja dakwah mereka, mantap. Nak jumpe brothers dengan sisters chat pun susah, apetah lagi keluar jalan2 bersama(kene verify dengan asan). Seperti yg aku kate dlm post sebelum ni, perkahwinan bukan sahaje menghindarkan diri dr gejala sosial dikalangan graduan malah menghindarkan diri dr terus bergelumang dengan maksiat(couple, etc) yg sekarang sudah menjadi norma. Maka sekiranye ditimbangkan kebaikan dan kelemahan perkahwinan, jelas lagi terang perkahwinan membawa lebih byk manfaat dr mudharat.

    untuk persoalan chemat:
    kebaikan berkahwin dengan org yg sefikrah, pade aku, membantu dr segi memberi dorongan, semangat malah berkongsi idea. ia juga memberi kemudahan kepada kedua2 pasangan kerana masing2 faham akan tanggungjawab kepade diri sendiri, keluarge dan kerje dakwah.
    keburukan: none that i can think of…for the time being.

    p/s: agak2 kenape Nabi SAW kate iman kite separuh sempurna bile kite kawin? jom kite renung bersame2…

  22. mrq on December 5th, 2006 at 10:40 am

    cik dibah, semua sangkalan cik dibah semua betul, tp cerita2 kat cerpen tu semua cerita org lain = )
    ada pendapat saya nak kawin kawinla, selagi niat di jalan Allah. x perlu la sempitkan fikiran hanya kerana sejarah buruk cerita org lain(kecuali sirah Rasullah SAW). bak kata cik Ummi

    “you’re insignificant”(err, jgn ingat aku arrogant lak)

    kan lg baik amik sejarah baik rakan2 seperjuangan yg lain, bkn x de. kawan2 yg dipercayai masih ade kalau perlukan nasihat@sokongan. kalau x de cari kitorg = )

    kelebihan berkahwin dgn org sefikrah:

    kurang masalah, kalau kita tahu kelemahan dan kelebihan diri sendiri bermakna kelemahan dan kelebihan pasangan juga. masing2 boleh menjadi tangan yg menyokong satu sama lain.

    lg pun lepas kawin bkn penting pun pegang2 tangan@manja2 ni. tp hubungan. kita nakkan kawan yg kita akan hidup bersama sampai ke liang lahad. sekarang fikir, kawan yg paling rapat dengan anda adalah kwan yg sefikrah atau tidak? kawan yang anda luahkan isi hati adalah yg sefikrah atau tidak? kawan yg dibawa duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah dan menjana idea adlh kawan sefikrah atau tidak? hubungan rapat akan terjana secara automatik bila kita boleh bertoleransi dan berhubung dalam frekuensi yg sama.

    kelemahan…….x dpt fikir sebab setiap kelemahan yg mungkin timbul aku rasa tetap boleh dineutralkan dengan adenya toleransi ats kefahaman yg sama.

    p/s jemaah yg diterangkan adalah diapplikasikan pada jemaah berteraskan kekeluargaan, ikatan ukhwah dan tarbiyah. oleh itu bg yg x de lg, pg join usrah cepat2 = )

  23. adibahabdullah on December 7th, 2006 at 6:52 pm

    salam ‘alaik

    siapa insignificant? ana ke? ishk. xpe. ana x perlukan pengiktirafan orang untuk merasai diri dan kata-kata ana significant. tulang tak patah dek pukulan kata.

    “dan tidak mustahilkah, fikiran-fikiran berorientasikan kahwin menumpulkan semangat jihad, kerana hakikatnya kahwin itu urusan nikmat dan keselesaan peribadi yang menyeronokkan.. lantas mendorong mujahid/mujahidah hanyut asyik dalam indahnya ’syurga rumahtangga’ dan lupa berpijak di bumi nyata? tidak usah melangkah jauh, baca sahaja cerpen2 ‘da’wah’ yang banyak di media, semuanya tentang cinta selepas kahwin, cinta halal vs cinta haram, cinta kepada gadis bertudung labuh dan jejaka berserban lilit, cinta anta dan anti, cinta sms bangunkan tahajud..

    seolah-olah skop perjuangan sesempit itu.”

    ana nak cabar sikit la. cuba tunjuk di mana ana ada menentang perkahwinan? di mana ada ana kata kahwin awal itu tidak bagus? siapa ana untuk menafikan apatah lagi menegah apa yang Allah dan Rasul suruh dan galakkan? adoi. slalu mcm ni kan. lain yang ana cakap, lain yang orang faham.

    sahabat, dunia ini tebal dan pekat, menikam jangan terlalu cepat sebelum jelas apa yang melompat. sangka baik itu lebih menyelamatkan.

    fikiran berorientasikan perkahwinan, pada ketika belum kahwin atau belum mampu untuk kahwin, itulah yang menumpulkan semangat. menempangkan persepsi. ana dah tulis panjang lebar tadi, tapi tiba-tiba tak dapat publish dan hilang begitu saja. adalah tu hikmahnya Allah tak izinkan ana publish komen yang tadi ana dh taip berjela-jela.

    pokoknya di sini, kahwinlah, kahwinlah jika anda mampu. tapi jangan biarkan fikiran berorientasikan perkahwinan mengabui akal dan hati. mungkin antum – ikhwah akhwat yang bijak dan bersemangat, iltizam dengan mendukung perjuangan Islam tidak terkesan dengan ‘kemabukan’ ini.

    tapi fikirkanlah nasib saudara-saudara kita yang leka dengan indahnya ’seni Islam’ dan ’sastera Islam’ yang menggabungjalinkan Islam dan perjuangan dan cinta lelaki-perempuan (berorientasikan kahwin tapi tak kahwin lagi atau tak kahwin-kahwin) tanpa boleh dipisah-pisahkan. seringkali tema utamanya adalah cinta dan dibumbui oleh sedikit unsur perjuangan untuk mempersedapkan dan mengIslamikkan suasana. lantas ada yang asyik-mahsyuk, menyangka diri sudah berfikrah Islam, sudah menyokong perjuangan Islam, sedangkan hakikatnya hanya leka dengan video klip nasyid bagaimana lelaki soleh mengurat perempuan solehah dengan tujuan untuk meminang. maaf, kenyataan itu saya akui hiperbola. but u guys get my point, i hope.

    benar, da’wah perlu disesuaikan dengan mad’u. jika mad’u lembut hati dengan mesej Islami melalui tema-tema yang ‘berkasih sayang’, pada ketikanya, betul juga. tapi di manakah dan siapakah yang silap sehingga banyak belia-beliawanis yang baru berjinak-jinak dengan dunia Islam melihat cinta (dan kahwin) sebelum melihat da’wah?

    maaf sekali lagi, mungkin kritikan ’seni dan sastera’ ini kurang sesuai ana campakkan di sini.

    tapi ana sungguh-sungguh harap antum memahami apa yang ana ingin sampaikan. jika ana masih insignificant, tak mengapa. i’ve had my say, and that’ it. ana tak akan argue lagi tentang isu ini di sini.

    ana tak merajuk. :-)

    salam, meow*

  24. adibahabdullah on December 7th, 2006 at 7:03 pm

    oh ya, ana belum offline, jumpa artikel2 ini. sekadar berkongsi. ana tidak bertanggungjawab atas bahasa yang digunakan. mesejnya yang penting. pandai-pandailah tapis.

    http://ustaz.blogspot.com/2005_07_31_ustaz_archive.html

  25. lonsaa on December 8th, 2006 at 2:14 am

    message received…

    analyzing message….

    complete!!

    patut cite bende tue trus awal2…baru org tak konfius ape yg dimaksudkan ngan fikiran berorientasikan perkahwinan sebab org2 sini lain sket orientasi pemikiran nyerr…tak penah experience alam berbaur ideologi romanticism..ehehe

  26. cidos on December 8th, 2006 at 7:17 am

    ana tak larat nak abiskan artikel ustaz.blogspot tu..bahasanye pun tak manis. apa faedah letak gambar org bercium tu semua? tak tunjuk pun orang tau dah.

    point yg bagus oleh cik dibah..
    cara orang tertarik dengan islam ni ada bermacam macam. isu niat ni dihuraikan panjang lebar dalam syarah hadis 40 – berkenaan setiap amalan bermula dengan niat. Kisah seorang sahabat yg ingin berhijrah demi mengahwini Ummi Qais. Perkahwinan itu adalah sebahagian daripada tuntutan Islam. Cuma dalam kes sahabat ni tadi, perbuatannya dicela kerana dia menyembunyikan niatnya yg sebenar sedangkan semua yg berhijrah di masa itu adalah untuk Allah dan rasul (menyelamat dan mengembangkan islam).

    Kesimpulannya kalau memang kita berterus terang contohnya dengan mengisi borang UBM, menyuarakan hasrat kepada naqib atau orang tengah dan selepas berkahwin terus tsiqah dalam perjuangan Islam, ana rasa tiada masalah.

    Alhamdulillah, dalam tilikan ambo sebagai chairman tanpa lantikan Ansarullah ni, semua ahli masuk dengan pintu yg betul iaitu untuk hijrah Allah dan Rasul. tapi ana tak nafikan ada di luar sana yang jenis macam cik dibah explain tu.

    Lagi satu, idea yg dilontarkan di atas tu bersifat umum untuk mengatasi masalah sosial remaja dan bukan setakat sesama orang dakwah je..(pasaran terbuka la kira)

    bab nasyid jiwang-jiwang, lentuk-lentuk ni memang aku anti. setakat dengar sekali sekali ok kot, tapi kalau paham Islam lagu tu, memang silap lah. Sedangkan tarian tarian asyik sufi yg kononnya membuktikan cinta pada Allah pun khurafat, inikan cinta manusia.

  27. Melayu Boleh on April 20th, 2009 at 7:55 pm

    This post help me a lot. My problem solved. Great effort and i appreciated that.

Leave a Reply