November 29

Kembara Tamrin Vandy…

Posted by lonsaa
Filed under Umum | 23 Comments

Rabu, 22 Nov 2006,

Setelah berbincang dengan sahabat2 dr RPI, kami bersepakat utk bertolak dr RIT tepat jam 8 sejurus selepas makan malam (Ayam madu dengan udang masak bantai rekaan aku). Tapi bila lagho dengan game Soul Calibur II dan CS Source, akhirnya kami bertolak jam 9. Perjalanan yg memakan masa 14 jam itu dirasakan singkat amat. Walaupun aku terpaksa bersempit2 dengan sahabat2 lain memenuhkan ruang penumpang belakang dengan empat org, aku rasa puas. Sakit belakang sikit pun takpelah. Dalam perjalanan tu adalah kami pasangkan ceramah Ismail Kamus. Dari mengantuk kepada segar bila disajikan dengan lawak2 Ismail Kamus yg boleh buat terburai perut. Setia aku menemani Rahmat dan Zuhdi yg menjadi pemandu kami (Walaupun tertidur sejam dua).

Khamis, 23 Nov 2006,

Tiba sudah kami di kota Nashville. Impresi pertama aku bila melihat kota ini tak ubah seperti pertama kali aku turun ke downtown di Rochester. Melihat bangunan2 lama disana mengingatkan aku kepada Chow Kit dan Petaling Street di tanah air tercinta. Akhirnya tiba kami di kawasan Vanderbilt University. Pening juga kepala memikirkan jalan mana yg harus dituju. Zuhdi mengambil langkah yg bijak dengan menanyakan kemana arah yg harus dituju utk sampai ke destinasi kepada pegawai polis yg sedang mengangkut basikal2 yg terletak merata2 di Vandy. Mulanya aku dan fresmen dr RIT bercadang untuk berjalan kaki ke destinasi sebab dah tak tahan dengan bersempit2 dalam kereta tapi dijemput jua naik kereta oleh Zuhdi di pertengahan jalan sebab tempat yg dituju masih jauh. Sebaik saja sampai di Lewis House, sekali lagi kami buntu. Tiada seorg drpd kami yg memiliki nombor rumah sesiapa di situ utk dihubungi. Aku dan rakan2 lain dr RIT mengambil langkah chill dan cool lalu kami melepak diluar bangunan itu. Zuhdi dan Rahmat sekali lagi diketemukan dengan idea bernas dengan mengusha nama dan nombor telefon pelajar Melayu yg tinggal disitu. Akhirnya kami berjaya jua masuk dan beristirehat di bilik Danny dan kuncu2nya. Letih dan penat tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi kami utk main PS2 dirumah Danny. Selepas itu, kami dijemput oleh Amar ke rumah beliau untuk makan tengah hari dan kami tunaikan jemputan itu. Alhamdulillah sedap dan kenyang. Tengah kami berbual2 datang pula rombongan dr Penn State. Ketemulah kami dengan Dollah, Hase dan kuncu2 mereka. Waktu itu, aku masih tak boleh lelapkan mata lalu aku membersihkan diri dan terus turun ke bawah. Malam itu majlis dimulakan dengan sesi ta’aruf. Sesi ta’aruf brothers dilakukan dengan memperkenalkan rakan kepada semua dan disambung dengan permainan riwayat-meriwayat. Pada masa itulah datang rombongan selebihnya dr Mid-West dan Purdue(East).

Jumaat, 24 Nov 2006,

Hari yg buatkan aku gementar dan terketar2. Sejurus selepas Qiamullail dan solat subuh secara berjemaah, aku ditugaskan utk memberi pengisian tentang kemaafan dibawah tajuk tazkiyatunnafs. Alhamdulillah everything went as planned. Puas aku cuba menseriuskan diri untuk menyampaikan tajuk yg sememangnya serius. Habis sesi kuliyyah subuh kami teruskan dengan aktiviti riadah. Riadah ‘zus-tang’ sememangnya mencabar minda dan ketangkasan refleks badan. Ramai yg tertewas dan aku antara mereka yg tewas. Sejurus selepas itu kami bersiap2 dan program pagi itu diteruskan dengan pengisian dari Dr.Omar yg berkisarkan tajuk Istiqamah dan Futur. Byk yg dipelajari dan byk menyedarkan aku. Aku, secara personal, byk terkesan dengan pengisian yg diberikan. InsyaAllah apa yg aku timba akan aku applykan dlm kehidupan. Tengah hari itu kami bertolak ke masjid. Terasa seperti di Intec pula. Masjid yg dibina reka bentuknya hampir sama dengan masjid2 yg ada di Malaysia. Selepas menunaikan solat Jumaat, kami pulang. Aku berasa amat letih. Mana taknya, tidurku tidak lebih dr empat jam. Tidur hari perjalanan semalam pun masih tak diqada’. Tapi aku teruskan jua perjuangan menentang kefuturan dengan terus melawakkan diri agar mengantuk dapat diatasi. Program diteruskan dengan sesi bersama Taufiq, si jejaka idaman, dengan pengisian yg berkisar tentang cara menghadapi disagreement. Panjang jugak pengisian sampai Ansari terpaksa delay tazkirahnya ke subuh esoknya. Selepas solat Maghrib, sesi diteruskan dengan pengisian dari Bro.Fadi tentang kegagalan, tarbiyya dan ukhuwwah. Malam itu aku kecewa kerana semua ceramah yg aku rekod dr pagi tadi corrupted. Tapi alhamdulillah, aku masih sempat mencatit sebahagian ceramah dlm buku nota yg diberikan. At least masih ada walaupun sebahagian. Perbincangan MISG malam itu terpaksa dibatalkan kerana semua kelihatan lesu. Malam itu aku ke bilik yg dihinap rakan2ku dr mid west. Tengah malam itu kami keluar ke kota Nashville dengan tujuan membeli fillet dr McD tapi McD hanya dibuka pada jam 1230 malam. Sementara menunggu, kami meneruskan perjalanan dan bersiar2 di kota Nashville. Setelah berjalan2 dan bergambar di kota Nashville akhirnya kami pulang dan tidur pada jam 2 pagi. Masa yg diberikan utk beristirehat telah kami guna utk berjalan2. 2 ½ jam lagi tinggal utk qiam…

Sabtu, 25 Nov 2006,

Aku bangun lewat. Tapi masih sempat solat subuh berjemaah dengan sahabat lain. Aku ingatkan aku saja yg tewas Qiam rupa2nya ramai lagi yg menjadi mangsa. Subuh kali itu agak hambar kerana tak ramai yg turun. Pengisian diberikan oleh Ansari dan Dollah selepas solat subuh. Walaupun mengantuk yg amat sgt tetap kami semua kuatkan hati utk setia mendengar. Selesai dengan pengisian kami bergegas ke atas utk berehat sebentar. Baru sahaja aku berniat utk skip pengisian pagi tu, aku diajak Anas turun ke bawah utk turut serta. Permintaan tuan rumah aku tunaikan. Selesai mandi aku terus ke bawah. Seperti biasa Zuhdi dengan ayat2 manisnya memulakan perbicaraan yg menambat hati semua peserta. Cucuk line di sana cucuk line di sini tetapi pengisian tetap bermakna dan lekat disanubari. Setelah itu kami meneruskan diskusi yg lebih mendalam untuk mengenalpasti symptom, sebab dan cara mengatasi futur. Pelbagai idea bernas yg dilontarkan dan dikongsikan bersama dan semuanya logika. Semoga hasil perbincangan bersama mendidik kita supaya sentiasa muhasabah diri dan dijauhkan dari futur dimasa akan datang, insyaAllah. Selesai sesi perbincangan itu rombongan dr Penn State beransur pulang. Sempat juga mengambil gambar bersama sebagai kenangan. Waktu petang agak santai dimana kami dibawa tuan rumah untuk meneruskan aktiviti seterusnya, Treasure Hunt. Sebelum itu sempat lagi kami bermain ‘zus-tang’ peringkat 3 sementara menunggu persiapan. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan aku berada dlm kumpulan yg ketiga yg dianggotai aku, Cidos, Taufiq, Dek, Shafiq, dan Rahmat. Baru sampai ke checkpoint pertama kami sudah didenda. Moral kami merundum jatuh lalu kami bersyura dan decide utk mengamati pemandangan di Nashville sambil bergambar sambil meneruskan Treasure Hunt. Walaupun soalan2 yg dikeutarakan byk yg ada kesilapan grammar dan agak ambiguous, kami teruskan permainan itu dengan hati yg redha (Orang kalah memang camni). Selesai bermain, kami pun pulang. Sungguh tak disangka, dalam gelak ketawa menaiki lif, kami tersekat dipertengahannya. Meraung semua meminta pertolongan. Dikala inilah akh Izuan menyedarkan kami yakni ketika dalam kesusahan begitu kepada siapakah pertolongan diminta? Izuan meminta agar semua tenang dan diam. Aku yg pada masa itu tengah penuh dengan idea2 lawak terbantut untuk kongsi bersama. Masa tak sesuai pun. Lama juga tersekat dalam lif sampai pening aku dibuatnya. 12 org dalam satu lif dan terperangkap selama 50 minit. Bayangkan? Macam2 idea yg diberi utk minimizekan penggunaan oksigen dan maximizekan kemasukan oksigen dan ternyata semuanya ada hikmah. Disinilah ukhuwwah sesama saudara seIslam dapat dilihat. Semuanya bekerjasama utk kebaikan semua. Ada yg duduk ada yg berdiri dan ada yg berkipas. Alhamdulillah semuanya selamat. Kami keluar dengan selamat setelah bomba datang mengeluarkan kami dr lif itu. Izuan memanggil semua yg terlibat berkumpul dan kami sama2 berdoa memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana menyelamatkan kami dr musibah yg menimpa . Setelah itu, kami semua turun untuk sesi terakhir dan sesi itu diisi dengan pengisian dr Rahmat, Che Mat dan Taufiq. Penyampaian mereka semua sgt bermakna dan sgt menyentuh hati. Selesai semua itu kami pun bersiap untuk pulang. Rasa sebak, rindu, dan pilu melanda. Mana taknya, lepas ni tiada lagi tidur2 di peha sahabat2. Tak boleh lagi aku bermanja2, berlawak2 seperti yg aku lakukan sebelum ini. Namun begitulah putaran roda kehidupan. Yang atas akan turun kebawah. Pertemuan akan ada perpisahan. Semoga pertemuan dan perpisahan kami diberkati dan dirahmati Allah SWT. Kenangan di Vandy takkan aku lupakan dan akan sentiasa tersemat disanubari….

This entry was posted on Wednesday, November 29th, 2006 at 3:32 am and is filed under Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

23 Responses to “Kembara Tamrin Vandy…”

  1. cidos on November 29th, 2006 at 5:06 am

    ketibaan aku,musab,taufiq dan qayyum tidak disebut.hehe, just nak kasi precise kan laporan je. takde kepentingan pribadi

  2. ans on November 29th, 2006 at 5:16 am

    Mmg pengalaman yang sukar dilupakan..bagi aku, personally, ini adalah antara program yang paling berfaedah sbb aku berjaya beri tumpuan bagi kebanyakan lecture n masuk dalam kepala..

    Gembire jugak sbb ramai rakan2 serombongan dari midwest yang datang singgah kat rumah..wpun kene menyusahkan diri untuk masak malam2 bute…byk complain lak tuh dari roy..isk…tapi aku ttp gembira korang sume datang..bes2

    Terlebey masa semasa kasik tazkirah…maap sume, rase seronok bile bercakap kat depan..practice public speaking, ye tak?

    Lecture rase nyer kebanyakan nyer okay..agak bermanfaat…ade la pulak sedikit sirah nabi dalam failures among sahabah, wpun aku tak nampak sangat penekanan yang banyak diberikan oleh penceramah berkenaan dengan topik seterusnya…beliau hanya bercerita ttg sirah, dan kemudian tiade state kan pengajaran..or did I missed something?

    anyway, congrats for vandy members yang susah payah menyiapkan makanan yang sedap2 belaka.. Oh, ajak la member2 vandy yang lain… sedey betul tgk sikit ajer budak vandy yg terlibat.. ingatkan ade 80 melayu?? Futur?

  3. mat on November 29th, 2006 at 5:24 am

    aku harap amalan2 sunat diberi lebih penekanan pada program2 akan datang. tamrin ni kan latihan utk pemimpin MISG.

  4. aNas on November 29th, 2006 at 6:10 am

    hurm… biar betul aku yg suruh turun pagi tu. hari tu aku pun turun lambat. :D

    ** video tersekat dalam lift akan keluar esok inshaAllah **

  5. syaf on November 29th, 2006 at 6:45 am

    walaupun nie first time aku join tamrin tapi dh dpt rasa kesannya.. insyaAllah akan cuba ikut program2 misg selepas ini.. dan terima kasih banyak2 kpd rakan2 vandy sebab bertungkuslumus menguruskan kami semua..

  6. cidos on November 29th, 2006 at 6:47 am

    waah..nak kuar video treperangkap dalam lif? wait and see..

  7. Aa Gym on November 29th, 2006 at 6:49 am

    and I quote “Walaupun soalan2 yg dikeutarakan byk yg ada kesilapan grammar dan agak ambiguous,”

    Uhh.. Lain kali aku tanya soalan calculus la.

    Precise and accurate.

  8. mrq on November 29th, 2006 at 6:59 am

    errr, sahabat2, ape kata kalau kita praktis berinteraksi dalam bahasa inggris pulak. semua orang dah terer cakap kat depan guna bahasa melayu tapi bile penceramah bahasa inggris bertanya soalan, ramai yg tunduk diam. kita penggerak kalau kita x dpt brinteraksi baik akan meninggalkan imej buruk pada nama persatuan. da’wah pun terbantut kalau orang lain pandang rendah pada kemampuan kita berinteraksi. biar bahasa inggris berterabur tapi rasa takut untuk menyuarakan pendapat perlu diatasi.

    harap pendapat saya dapat diterima dengan baik…

    Abdul Qayyum Abdul Halim

  9. lonsaa on November 29th, 2006 at 11:50 am

    bukan masalah bahasa qayyum…masalah tade idea nak tanye ape…sume masuk dengan sgt ok atau tak masuk pape langsung…huhu…antara dua jeh…huhu…kalu ade kemusykilan aku pon akan tanye…tapi kalu aku tanye direct jeh kat penceramah…personal sket..huhu

  10. ahamidhi on November 29th, 2006 at 2:13 pm

    err… praktis bahasa inggeris…? huhu.. o…k… lah…

    anyway..
    pape pon… jom promote muktamar habis2an… biarlah org lain pon dapat merasai kemanisan imaan dan ukhuwwah ketika berada dalam majlis2 spt ini…

    ajak freshmen korang woi…

  11. dex on November 29th, 2006 at 3:22 pm

    bahasa inggeris? dlm blog ni ke? boleh je tp kalau entrinya dlm bahasa melayu mgkn lebih kena jika di’comment’ dlm bahasa melayu. mgkn lps ni boleh diperbanyakkan entri dlm bahasa inggeris..(sekadar pandangan)

    anyway, pasal tamrin, mula2 fikir 2 kali juga nk ikut. mungkin futur masa tu. tp lps ikut tu, alhamdulillah rasa sgt berpuas hati. 1 perkara yg kecil tapi aku rasa jika difikir2kan impaknya besar adalah duduk bersila di sepanjang program. Suasana ukhuwah dpt dirasai, berbeza dgn program2 lain(spt IFR) bila ddk atas kerusi. Tak lupa gak kpd mereka2 yg mencari peha bila ada je time rehat,huhu..

    -mana nk dpt video mereka2 yg t’sekat dlm lif tu?-

  12. aNas on November 29th, 2006 at 3:32 pm

    http://youtube.com/watch?v=CSWbBAfLl6E

    terima kasih kpd Faiz (RIT)

  13. lonsaa on November 29th, 2006 at 7:38 pm

    ala amar…bukan ape…soalan tak paham aa…byk sgt kemungkinan..maybe lepas nie bleh bagi soalan objektif…lagi senang nak pilih jawapan…abcd jeh…huhu…jgn aa calculus…aku dah lame tak blaja math…kang kantoi pulak…huhu

  14. chemat on November 30th, 2006 at 2:00 am

    gembira dapat jumpa antum semua di tamrin vandy. teruskan momentum!!!

  15. chemat on November 30th, 2006 at 6:02 am

    setuju ngan mat pasal amalan2 sunat. next programs kena hidupkan benda ni. bagi para dai’e, amalan2 sunat perlu dianggap sebagai sesuatu yg wajib.

    tapi kita ada buat qiamulail, dan juga bacaan ma’thurat semasa tamrin vandy.

    qiamulail, sesuatu yg memberi kekuatan kepada dai’e.

    ma’thurat, baca ramai2 dan cuba hayati. pasti terkesan di hati.

  16. goo on December 1st, 2006 at 12:26 am

    aik!member MISG pun makan MCd gak?? kire blh la mkn ye..aku kira pukal mcm tu je sbb sblm ni aku dgr MCd produk yg support Israel..musykil ni..musykil..sgt2 musykil..ustaz kat Mlysia ckp jgn beli.

  17. Khadam on December 6th, 2006 at 6:06 pm

    Ana kurang bersetuju dengan idea saudara Qayyum berkaitan isu Bahasa Inggeris.

    Sebagai sebuah organisasi dianggotai pelajar2 Malaysia, adalah ideal dan sesuai jika berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Bukankah ianya lebih mudah and mesej dapat disampaikan dengan lebih jelas.

    Contohnya, jika tazkirah2 ketika diTamrin diberikan dalam bahasa Inggeris, mungkin para pendengar tidak dapat memahami sepenuhnya intipati yang disampaikan.

    Tambahan pula, memangdangkan status Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia menjadikan program2 yang dijalankan tampak lebih rasmi dan berprotokol.

    Harap dapat terus berdiskusi agar kata sepakat dapat dicapai.

    KHADAM
    -ikhlas berkhidmat

  18. mrq on December 6th, 2006 at 11:07 pm

    bukan berkomuniksi dlm bahsa inggris sesama kita, ape yg saya maksudkan adalah apabila penceramah berbahasa inggris dtg dan menanyakan pendapat, kita perlu berani untuk menjawab@memberi pendpat. ape yg saya nampak kebanyakan orang bile ditanye hanya diam. penceramah pun buntu kalau tiada reaksi. bukan nak buang bahasa melayu tu dlm komunikasi seharian

    Abdul Qayyum Abdul Halim
    -ingin ikhlas berkhidmat….

  19. ...sambungan on December 8th, 2006 at 2:47 am

    Pada pendapat ana, masalah ini sememangnya berlaku dan ia tampak jelas. Mungkin kurang yakin dan kadang kala tiada idea untuk disuarakan kepada penceramah.

    Antara jalan penyelesaian ialah dengan mengurangkan penglibatan penceramah dari luar. Apakah perlu panggil orang luar sedangkan kita ade orang2 hebat dalam MISG itu sendiri. Kenapa tidak suruh sahaja orang2 atas,terutamanya, untuk beri tazkirah ketika program2. Ana yakin bro2 dalam MISG penuh dengan untuk dikongsi bersama. Tambahan, pastinya lebih “power” dan berapi untuk dengar tazkirah.

    Di samping berkongsi pengisian, kita dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita. Bukankah itu antara perkara tunjang. Mesej dapat disampaikan dan diterima dengan lebih jelas dan lancar.

    Sekadar pendapat untuk berkongsi. Ada tambahan?

    KHADAM
    -ikhlas berkhidmat

  20. mrq on December 8th, 2006 at 5:23 am

    ape kata buat dua2, tamrin lepas pun ade gak slot utk brothers misg. bro misg mmg power2, kalau seseorg bro mahir dlm sesuatu aspek maka bglah die menerangkan ilmunya. tp peranan penceramah luar bg ana lebih penting. memandangkan mereka lg lama makan asam garam kehidupan, tentulah ilmu mereka lg meluas dan tinggi. lihatlah betapa luasnya ilmu tarbiyah dan usrah bro fadhi. lgpun dalam aspek yg bro misg tidak ketahui atau masih baru berjinak jinak dengannya, rasanya ilmu penceramah luar lg dipelrukan kalau kualiti ilmu yg kita utamakan.

    lg pun bg saya kalau ingin memantapkan lg struktur misg, kita perlu buka pintu lbh luas utk pihak luar masuk membantu kita. niat mereka ni kebanyakan ikhlas dan mengagumkan. dr pengalaman saya, penceramah luar dtg dgn rela hati dan tidak mengharapkan apa2, dialah yg keluarkan duit minyak dtg, dialah yg keluarkan duit print kertas, jangankan nak terima cenderahati,, nak hantar balik pun die tolak. apabila ditanya sebabnya mereka menjawab yg mereka dtg utk berkongsi ilmu dan utk mendekati kita. teringat kata bro fisal,

    “i help you because i want to go to heaven with you”

    kalau mereka iklas membantu kita dan jelas kesannya memberi manfaat besar kepada kita, maka tiaada sebab utk kita mencari alternatif lain.

    dalam aspek mengatasi masalah komunikasi para penggerak, alternatif utk mengurangkan penglibatan orang luar saya lihat bukannya satu solusi tetapi seperti melarikan diri dr menghadapi kenyataan. seperti melarikan diri dr medan perang jihad yg kita pilih sendiri. akibatnya bukan sahaja masalah tidak selesai malah mungkin kita akan kalah. mintak khadam khadam fikirkan…

    dr aspek ukhuwah, saya rasa selagi kita berkumpul, bergaul dan sentiasa berinteraksi dengan baik, ukhuwah itu akan terjalin dengan sendiri secara semulajadi. orang yg baru pertama kali bersama dengan penggerak pun boleh terasa sangat rapat dan bersemangat utk bersam2 dgn kita. kalau aspek ini boleh terjalin cantik secara semulajadi maka tak perlulah beri penekanan utama padanya dan lebih baik lagi mantapkan ilmuu di hati. ilmu ini juga yg akan dipraktikkan utk menjana aktiviti misg.

    harap dapat menerima pendapat saya dengan hati terbuka

    Abdul Qayyum Abdul Halim

  21. ...sambungan2 on December 8th, 2006 at 8:11 pm

    Saya setuju dengan hujah berkaitan ilmu dan kemahiran penceramah luar ade. Ternyata mereka jauh lebih hebat dan kita perlu belajar lebih dari mereka.

    Jika difikirkan jangka masa panjang, siapa akan bakal mengganti Bro Fisal & co. kelak? Siapa yang akan menggerak usaha2 dakwah diUS di kalangan kita?

    Mungkin kita tidak perlu sentiasa minta disuap sahaja. Mungkin sudah sampai masa untuk berdikari berbekal ilmu didada.

    Sebagai permulaan, kita boleh mulakan dengan aktiviti Muktamar yg akan datang. Disebalik kita memanggil penceremah2 dari luar, US dan Malaysia, kenepa tidak kita sahaja yg berikan tazkirah2. Bukankah kita sudah berada dalam organisasi ini lebih lama dan kita sudah faham asam garam MISG. Jika diberikan peluang kepada khadam2, pastinya tugas ini dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

    Tenaga orang muda yang tersimpan dalam diri perlu dicurahkan dan dikongsi. Secara peribadi, penceramah2 kelihatan kurang bertenaga. Cuba bayangkan Bro Izuan, Bro Taufiq berdiri dihadapan menyampaikan tazkirah subuh dengan penuh semangat?

    Masih berharap…

    KHADAM
    -ikhlas berkhidmat

  22. aNas on December 9th, 2006 at 1:02 am
  23. mrq on December 10th, 2006 at 9:07 am

    penceramah kelihatan kurang bertenaga???? aaaaa rasenye khadam pernah lihat ceramah bro Fisal kan? tak bertenaga ke????

    rasanya penggerak smue bole berikan tazkirah dengan baik. adakah ini dtg dr suapan? bolehkah kita menggerakkan usrah kalau ilmu kurang? kenapa usrah sophomore hanya tinggal kurang dr 10 ahli aktif??? mungkin khadam tidak jelas kerana khadam berada di vandy…

    kan bro taufiq n izuan akan tinggalkan kita jugak. rasenye isu peralihan kuasa takkan selesai kerana tak ramai yg akan menetap di US selepas tamat belajar. tp penceramah luar yg tentu menetap di sini tetap boleh membimbing kita. peranan mereka boleh diubah dr penceramah kepada pembimbing. kan bro fisal cth yg nyata???

    apa kata kita kembali berpijak di muka bumi = )
    kan status kita masih pelajar….

Leave a Reply