November 17

Islam, Negara dan dot dot dot

Posted by lonsaa
Filed under Diskusi, Isu semasa, Umum | 2 Comments

Aku sedar belakangan ni makin byk masalah dah melande agame yg disanjung, Islam, dinegare terchenta, Malaysia. Isu murtad contohnya byk mengundang kontroversi dan telahpun menarik byk perhatian non-muslims dari luar. Baru2 ni ade terbace artikel di bbc dan aku kecewa dgn ape yg telah ditulis. pade aku, seolah2 muslims diMalaysia tidak berlaku adil terhadap non-muslims. mungkin persoalan aku ni agak berat tapi ape salahnye try. pade pandangan korang, apekah polisi terbaik yg sepatutnye kite amik utk atasi masalah yg melibatkan isu2 macamni?

This entry was posted on Friday, November 17th, 2006 at 5:55 pm and is filed under Diskusi, Isu semasa, Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Islam, Negara dan dot dot dot”

  1. mat on November 18th, 2006 at 12:41 am

    Entahla Naga, aku pun tak tau nak kata apa. Kalau dilihat dari perspektif human rights sekular, memang rumit..

    Aku rasa hujah yang paling kuat nak pertahan Islam ialah perlembagaan negara di mana artikel 3 menyatakan Islam sebagai agama rasmi. Kenyataan ini jelas menunjukkan Islam punyai kedudukan lebih tinggi dan tidak sama tarafnya dengan agama-agama lain di Malaysia.

    Maka bila berlaku konflik kemahkamahan antara agama, kehendak Islam perlu diutamakan. Pihak BBC seharusnya faham akan realiti ini. Mereka perlu menghormati perlembagaan kita dan institusi-institusi politik kita.

  2. cidos on November 18th, 2006 at 6:02 am

    Terfikir macam mana pulak pihak berkuasa agama di negara Islam lain contohnya Indonesia, Pakistan, Maghribi etc handle kes-kes murtad ni. Kalau kat negara Arab memang sah lah pakai syariah je..clear cut, takde kompromi lg..
    Masalahnya di Malaysia ni masih keliru nak guna pakai Islam tahap mana..
    Islam agama rasmi persekutuan, tapi masih ada lagi orang laungkan malaysia should be negara sekular-liberal. lagi satu kebebasan bersuara tu dijamin dlm perlembagaan tp masih lagi org masuk ISA.. Hak keistimewaan Melayu jelas tp masih org cabar..
    yang pasti perlembagaan tu sendiri dipermainkan ikut kehendak masing2. kalau macam tu tak payah ada perlembagaan (undang undang tubuh sesebuah negara)
    konsep Rule of Law tu tak dipraktikkan sgt. Suma nak tafsir ikut suka masing2..payah payah..

Leave a Reply