November 15

Adakah Titian Fitrah masih relevan?

Posted by mat
Filed under Isu semasa | 12 Comments

tfoctober2006.jpg

Bagi aku, jawapannya tidak.

Tadi aku baru selesai baca edisi terbaru TF (Titian Fitrah). Memang diakui, walaupun aku rasa ianya tak relevan, aku tetap ternantikan ruangan Bicara Mujahid/Mujahidah setiap bulan.

Tapi aku kerap kali rasa penerbitan majalah bulanan MISG merupakan suatu langkah ke belakang memandangkan artikel dan cetusan pendapat para ahli boleh disebarkan terus melalui forum dan yahoogroup MISG. Jika sudah ada teknologi canggih untuk menyebarkan bahan bacaan secara segera, mengapa masih mahu mengumpul dan terbitkan sekali sebulan?

Dahulu kala (pra-IT), mungkin tidak munasabah bagi sesebuah pihak untuk mencetak setiap artikel dan mengedarkannya satu-persatu. Sebab itu mereka kumpulkan bahan bacaan dan mencetaknya sekali sebulan.

Aku bukan nak kata jawatankuasa TF perlu dihapuskan. Cuma aku cadangkan sidang redaksi TF beralih modus operandi kepada forum MISG. Ruangan Bicara Mujahid, cerpen, teka silangkata dan sebagainya masih boleh diteruskan dalam forum jika pihak TF rasa ianya sesuai. Langkah ini juga dapat menghidupkan forum MISG.

Sekadar pendapat. Manfaat apa yang berguna, tegur mana yang tak kena.

This entry was posted on Wednesday, November 15th, 2006 at 7:51 am and is filed under Isu semasa. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Adakah Titian Fitrah masih relevan?”

  1. tf on November 15th, 2006 at 5:16 pm

    join tf and let’s make change if you’re really sincere in what you’re saying

  2. mat on November 15th, 2006 at 5:28 pm

    uuh…

    kalau aku tegur Perdana Menteri dengan ikhlas, adakah bermaksud aku kena join kabinet?

  3. Naga Tasik Chini on November 15th, 2006 at 5:33 pm

    aku taktau nak cakap macamne tapi pade aku ade relevennye ape yg mat cakap tu. macam aku sendiri jarang2 buke titian fitrah ni. aku lagi gemar bace forum and get involve in diskusi intelek macam dlm blog ni. but still byk manfaat jugak kalu diterbitkan bulan2. dpt dijadikan bahan bacaan bile outstation ke takde internet ke.in a way ade baiknye dikekalkan jeh penerbitan titian fitrah.takde yg sia2 dlm menyampaikan dakwah dan ilmu kepade org.

  4. mat on November 16th, 2006 at 12:05 am

    Naga, kalau outstation, aku lagi prefer baca buku. Lagipun, aku tak kata TF dihapuskan, cuma diubah dari bentuk majalah bulanan kepada penyampaian langsung kepada YG/Forum. Masih boleh nak print dari email/forum utk dibaca ketika outstation.

    Persoalannya sekarang, mengapa perlu dibuat dlm bentuk pdf bulanan?

    Apapun, isu ini tak perlu diperbesarkan. Tidak menjadi masalah jika TF tak mahu terima cadangan aku.

  5. anonymous on November 16th, 2006 at 1:18 am

    mat, satu idea menarik. usulkan di forum MISG.

    btw, join tf team too (as tf said), work that out. they are dynamic

    p/s: kenapa aku asyik anonymous?

  6. taufiq on November 16th, 2006 at 1:21 am

    Bagi saya, titian fitrah tetap relevan.
    Publication dari sesebuah persatuan biasanya akan menjadi ‘archive’ yg bertahan lama.
    Mungkin isi kandungan titian fitrah agak kurang mantap bagi sesetengah mereka yang banyak membaca. Tp bg menjadikan TF sebagai satu-satunya bahan bacaan islam setiap bulan, ia suatu yang berfaedah bagi mereka.

    Melihat pada sejarah TF sendiri, publication misg ini baru berusia tak sampai 2 tahun. Ahli-ahli yang bekerja keras menyiapkannya pula sentiasa sibuk dengan kerja sekolah kerna mereka juga pelajar. Sumbangan pula tidak seberapa. Maka terpaksalah para ahli mencari artikel-artikel percuma di layar internet.

    Inshaallah, kiranya ramai anak-anak muda yang bersemangat untuk menulis dan membantu ahli-ahli TF ini, kita akan melihat kebangkitan TF sebagai salah satu nadi penggerak usaha dakwah di US dan seluruh alam umumnya, dan misg secara khususnya.

    Allahu a’alam, Allah knows better. Saya sendiri pun jarang kali berkesempatan menulis di sana sebenarnya. Tapi jazakallah ya akh, rasa seperti kembali bersemangat pula.

    =)

  7. Naga Tasik Chini on November 16th, 2006 at 4:13 am

    kenape perlu buat dlm pdf?maybe utk letak dlm pda. macam aku tak selalu bawak buku merate2.bawak pda jeh.so kalau ade file pdf senang la nak bawak merate2.

  8. cidos on November 16th, 2006 at 5:55 am

    eh naga tasik cini kita ni ade pda ye..bukan naga ni kisah zaman purbakala ke…huhu

    nampaknya mat dah dipanggil membela diri di ‘mahkamah’ forum misg. Apa lagi, siapkan hujah pembelaan.

    pasal TF, ana pun selalu bace ruangan mujahid/ mujahidah je sebab barangkali itu sahaja yang fresh idea. Kesian pulak team TF kita, buat penat2 tak ramai yg bace (btul ke?) Tapi nak mansuh terus tu tak ok jugak. Kene ade bukti ilmiah yg tersusun utk menampakkan unit penerangan misg ni sentiasa berjalan . Tapi apa guna archieve kalau tak menggambarkan situasi sebenar? sekadar simbol? Mungkin sebahagian besar isinya boleh dipindahkan ke website misg terus. kalau yg boleh di’discuss’ letak di forum. Kalau macam cerpen tu boleh jadi artikel bulanan unit kempen. Hmm…susah jugak ye nak kasi idea constructive ni. nak pk lagi

  9. Naga Tasik Chini on November 16th, 2006 at 6:03 am

    ehehe.naga2 skarang dah maju setapak ke hadapan.penah tgk crite american dragon?lebih kurang macamtu la hidup naga2 moden sekarang ni.ehehe.

  10. taufiq on November 16th, 2006 at 11:36 pm

    Tambahan kepada isu ni,
    Ana rasa ni juga isu citarasa umat masa kini.
    Memandangkan sekarang ni zaman web 2.0, ramai yang mahukan something yg dinamik rather than statik.
    Kalau 2 tahun lepas, ana rasa mungkin dah berbondong-bondong pujian yang datang.

    mungkin…

  11. nonameatall on November 19th, 2006 at 3:24 am

    bagi aku, titian fitrah still relevan..maybe utk org2 yang selalu involve dalam misg, korg rasa buat dlm bentuk forum lbh efektif..itu tidak dinafikan, tapi tujuan tf juga adalah untuk dibaca oleh mereka yang jarang2 sekali buka website misg..dengan adanya edisi bulanan, diorg boleh dload n baca time diorg senang..n cadangan2 kat atas tu, boleh dibincangkan antara yg mencadang dgn pelaksana tf..huhu

  12. fatinazwa on November 19th, 2006 at 4:28 am

    1. Relevan atau tidak TF?

    bagi saya: ya. bab kemantapan isi tu kisah berikutnya. walaupun sekarang lebih ramai suka lekat kat sarang2 web 2.0, tapi ada jugak yg suka pada benda yg dia boleh simpan sendiri mcm pdf–pindah dalam file. sendiri punya koleksi. dan juga, kalau persatuan yg ada publication sendiri, nampak macam ada extra kat situ (ye ke?)

    tak dinafikan, forum atau yahoogroup boleh jugak jadik medium sebaran bahan bacaan tapi visual effectnya kurang. takde imej kale2, maka pencinta seni yg kurang iman, kurang sikit minat nak baca.

    lagi satu, bahan bacaan bertema ni bulih jadi pencetus pemikiran. kalau tiap2 bulan ada satu tema yg difokuskan, maka 12 bulan, boleh pk 12 perkara yg berbeza. cetusan tu sebagai penggerak pemikiran; kalau rasa isi dlm tuh tak cukup, boleh bergerak kepada sarang2 kegemaran.

    2. Kenapa TF sekarang kurang mantap isinya?

    macam saudara taufiq ada sebut kat atas, ajk TF pon pelajar yg sedaya upaya bahagikan masa untuk cari bahan, pujuk sesetengah pihak untuk menulis, etc. Kurangnya sambutan dari ahli2 misg, menjadkan TF kurang mantap. Takde org hantar bahan, maka ajk yg kesempitan masa dan idea, kenalah ambil dari sarang2 percuma. Walau semua ni macam alasan, tp itu hakikat yang kena paham. Kalau boleh, kena cuba tolong. seperti saranan anonymous dan tf, mari join TF team. sama2 tolong perbaiki.

    TF mungkin wujud pada zaman yg didefinisikan sebagai ‘pra-IT’, tp kalau ada yg sanggup meng IT kan TF, silekan. Usaha murni anda inshaAllah akan dapat rewards dr Allah.

    wallahua3alam.

Leave a Reply