October 29

Ada Apa Dengan Usrah

Posted by cidos
Filed under Diskusi, Umum | 21 Comments

Adakah ini pandangan anda terhadap usrah online? (Jawab dengan kejujuran)

  • membuang masa
  • isu yang sama dan lapuk
  • tiada tindakan susulan
  • hanya bersifat keagamaan

Pertama nya saya tidak menyalahkan sesiapa yang beranggapan sedemikian. Hari ini yang wujud hanyalah salah tanggap terhadap Islam. Baik orang Islam ataupun bukan Islam.

Cukuplah coretan di bawah sebagai jawapan kepada mereka yang mempunyai pemikiran seperti di atas:

- Umat Islam sendiri harus kembali kepada ajaran Islam sebenar sebelum boleh memimpin dunia, bersifat global dan sebagainya.

- Islam dan tamadunnya tidak pernah terhasil secara revolusi. Ia berlaku secara evolusi peringkat demi peringkat. Pemimpin agung yakni Rasullullah S.A.W sendiri tidak sempat melihat tamadun Islam dari timur hingga ke barat yang hanya terhasil ratusan tahun selepas kewafatan baginda. Tidak jugak abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Yang mereka lakukan ialah membawa manusia kepada tauhid dan menentang kemungkaran. Kalau adapun revolusi Islam yang berlaku hanyalah pada era moden seperti di Iran oleh puak Syiah yang masih kita ragukan ketulenannya meskipun kita tidak menentangnya sama sekali.

- Banyak revolusi dunia gagal bertahan seperti revolusi Perancis, Russia mahupun Gerakan Turki Muda. kegagalan yang saya maksudkan ialah dari segi membawa keamanan dan keadilan di muka bumi. Mereka mungkin mendapat pengaruh dan kekayaan tetapi setelah melakukan beribu bentuk penyimpangan. Sebabnya mudah, mereka yang mahukan revolusi ini tidak meletakkan keimanan kepada Allah yang Esa dan akhlak sebagai teras perubahan. Akal menjadi terasnya. Tanpa disedari nafsu menipu akal. Kebinasaan melebihi kesejahteraan.

- Turut tidak terkecuali adalah generasi muda Islam yang kurang sabar untuk membawa Islam kembali ke takhtanya. Apakah nabi memikirkan takhta ketika berdakwah? Mereka terikut-ikut dengan gaya revolusi dan reformasi barat. Sedarlah kalian yang islam bukan satu bentuk falsafah atau ideologi yang perlukan kepada agen sulit yang berhak berbuat apa sahaja asalkan matlamat tercapai.

- Disiplin dan akhlak Islami merupakan asas yang lebih penting daripada kemasyuran dari kemenangan. Berapa ramai sahabat yang syahid dalam perjuangan. Mereka tidak sempat mengecap kemenangan dunia. Tetapi Allah menjanjikan tempat paling mulia di akhirat. Ringkasnya mereka telah mendapat kemenangan peribadi.

- Islam pernah ditekan, terhina, gemilang, dan cemerlang sepanjang sejarahnya. Bukan kita yang mengaturkannya. Kebetulan kini Islam sedang ditindas, ditohmah dan lemah. Tugas kita adalah untuk bersama dengan Islam biar dalam keadaan apa sekalipun.

Maka usrah kita adalah untuk membina insan yang terpancar darinya akhlak dan semangat jihad. Tempat membezakan hak dan batil. Kilang menghasilkan individu yang dapat membentuk keluarga islam lalu berkembang menjadi masyarakat dan negara Islam. Adapun membanteras kemungkaran tidak pernah dilupakan.

“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah”

This entry was posted on Sunday, October 29th, 2006 at 7:51 am and is filed under Diskusi, Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

21 Responses to “Ada Apa Dengan Usrah”

  1. Hafiz on October 29th, 2006 at 8:51 am

    Mungkin usrah anda dapat diperhalusi jika anda dapat memberi sumber-sumber untuk memperkuatkan kenyataan-kenyataan anda. Saya selalu sangat terjumpa fakta-fakta yang tidak besar semasa usrah. Ini adalah antara sebab saya tidak gemar membaca atau mendengar usrah.

    Sebagai contoh, di perenggan keempat mengenai ketamadunan Islam tidak pernah ada revolusi, itu tidak benar. Saya dapat memberi beberapa contoh seperti the First Fitna, Kharijite Revolt, the Abbasid Revolt semua melahirkan tamadun yang hebat. Seperti semua benda juga, revolusi-revolusi ini gagal dipertahankan. Tiada benda yang kekal, termasuk tamadun-tamadun Islam yang banyak berjasa kepada ketamadunan manusia secara keseluruhan.

    Kita tidak boleh lupa yang tiga daripada empat khalifah pertama Islam mati dibunuh.

  2. Akmal on October 29th, 2006 at 3:43 pm

    Saya hanya ikuti usrah ‘online’ kerana ingin bertanya khabar dengan rakan-rakan yang jauh dan juga ingin berbincang satu dua perkara yang tiada kaitan dengan usrah. Memang perit untuk dinyatakan bahawa isi-isi usrah masih tidak begitu menarik minat saya. Perbincangan dengan para ilmuan di universiti di tempat saya lebih membuka minda dan lebih global.

    Mungkin mutu usrah ‘online’ dapat ditingkatkan.

  3. mat on October 29th, 2006 at 4:32 pm

    Kimal, usrah online kita mungkin tidak setanding usrah kendalian Ovamir Anjum, seorang pelajar PhD Islamic Studies. Tapi perlu diingat fungsi usrah bukan sekadar ilmu. Usrah online masih penting bagi menggerakkan jentera mahasiswa Islam Malaysia.

    Sikap memulau kami semata-mata kerana merasakannya tidak “membuka minda” menunjukkan mentaliti yang hanya ingin “menerima” tapi tidak ingin “memberi”.

  4. mat on October 29th, 2006 at 4:45 pm

    Barangkali Kimal boleh menyumbang entry mingguan “catatan usrah” dari usrah di universitinya. Moga tidak sia-sia menghadiri usrah mereka.

  5. ahli lama on October 29th, 2006 at 5:03 pm

    Kadang-kadang terfikir juga, sudah beberapa tahun berada di luar negara, tetapi masih hendak berdamping dengan rakan-rakan senegara.

    Saya rasa ‘pulau’ bukan ayat yang sesuai untuk digunakan, tetapi mungkin diri anda masih belum bersedia untuk menempuh dunia yang sebenar. Jika hendak mengggerakkan jentera mahasiswa Islam Malaysia, belajar saja di Universiti Malaya. Pergi perjuangkan penghapusan AUKU.

    Mereka di luar negara sepatutnya berusaha menguasai ilmu dari pelbagai sumber.Mungkin mat sudah bersedia memberi, tetapi bagi saya majoritinya tidak, lebih baik graduan itu pergi menuntut dengan ’scholar2′ yang berlambak di UK/US/Aussie. Tiada gunanya kalau berada di luar negara, tetapi masih belajar perkara sama. Bertaburanlah di atas muka bumi ini untuk menimba ilmu. Perkayakan diri anda dengan itu akan dapat menggantikan tempat scholar2 yang ada sekarang nanti.

  6. Akmal on October 29th, 2006 at 5:21 pm

    Imran,

    Bukan memulau, tapi agak sibuk kebelakangan ini. Syukurlah ada beberapa ilmuan di Madison yang mentaliti mereka sungguh ‘berbeza’. Pengalaman berdamping dengan Almarhum Prof menyebabkan saudara juga agak ‘berbeza’.

    Tentang tawaran untuk menyumbang penulisan di blog ini akan dipertimbangkan. Namun buat masa ini, cukuplah sekadar dalam usaha untuk meng’update’kan blog saya sendiri :) (Itupun masih tak cukup masa)

    Dan komen oleh saudara Hafiz bolehlah diperhalusi lagi.

  7. mat on October 29th, 2006 at 5:29 pm

    Ahli lama,

    Itu adalah “False Dichotomy”. Aku berpendapat ianya boleh berjalan seiring – penglibatan dalam kampus dan juga dlm MISG. Malah, aku menyeru semua ahli-ahli usrah terlibat dengan MSA secara aktif di kampus masing-masing. Segala input dari mereka kemudiannya dapat dimuatkan dalam usrah online kita.

  8. lonsaa on October 29th, 2006 at 9:46 pm

    Mungkin disebab pengisian yg sama diulang berkali2 menyebabkan byk ahli bosan..tapi aku still rasekan back to basic is a good thing…peringatan kene slalu diulang2 supaya kite tak lupe…ye ade byk lagi masalah lebih besar kat luar sane tapi tak bermakne bende kecik yg dibangkitkan dlm usrah dilekehkan..even dalam Quran sekali pon berkali2 ayat yg sama diulang dalam byk surah…peringatan yg diulang nie ade signifikan nyerr..fitrah manusia yg suke lupe…sebab tue laa kene slalu ade peringatan dan peringatan nie harus sentiasa diulang…

    kadang2 sebab terlalu bercita2 tinggi..kite lupe bende yg asas perlu dititik beratkan…ye kite nak Islam bangkit semula…tapi yg pasti kalu itu yg kite nakkan…bukan pada zaman kite bende tue akan tercapai…anak cucu kite nanti…maka utk itu perlunyerr dibina dan dididik manusia2 pelopor yg akan menggantikan kite dlm perjuangan kembalikan Islam…dan utk itu tercapai…asas perlu kukuh…utk asas kukuh…peringatan2 ‘remeh’ tu perlu diulang dan diulang dan diulang agar lekap terus dihati dan teguh dan diperturunkan kepada keturunan2 yg mendatang…

    tapi still tak dinafikan perlunya ade updates pasal current issues sebab basics are not enough to bring changes to the world…tapi bende camni bleh jeh dtg seiring..boleh jeh dibangkitkan dlm usrah…tak menjadi masalah…tapi siape yg nak participate…dalam 100 org…maybe 8-10 people yg interested…dalam usrah nie perlu diingat bukan semua org berfikiran cam kite…ade yg masih nak belajar…maka utk itu tajuk2 yg heavy tak leh dititi beratkan…they tend to get confused very easily…tajuk2 heavy to sepatut nyerr didiskas secara umum…mungkin tindakan yg terbaik utk berbincang heavy topics is after usrah…ajak beberape yg kite rasekan berkemampuan utk berbincang topic heavy…

    nak dipendekkan cerita kat sini…tak kesah laa remeh camne pon topik dlm usrah…jgn amik enteng…nak ilmu lebih kat luar boleh carik tapi jgn laa sampai diambil ringan tajuk2 perbincangan dlm usrah..utk berbincang tajuk berat kene org2 yg btul2 sedia…dan maybe boley dicreate satu usrah spesifik utk bincang tajuk2 berat…kan lebih bermanfaat?…

  9. cidos on October 29th, 2006 at 11:00 pm

    saya memulakan isu ini bukan dengan niat mahu menghukum mana-mana pandangan. Kita meraikan kepelbagaian pandangan. Kita mengharapkan blog ini dijadikan tempat untuk sesiapa yang mempunyai pandangan bernas untuk disampaikan. Kita tidak mahu idea bernas tersimpan sahaja. Dalam kesibukan, kita kadang kala terlepas pandang beberapa perkara. Idea dan cadangan daripada pembaca sangatla dialu alukan.

    Tulisan di atas hanyalah mukadimah sebelum kita pergi lebih jauh untuk menganalisa usrah yang kita lakukan selama ini. Ia sebagai garis panduan agar tiada yang keliru tentang konsep di sebalik usrah. Adapun pengisian, kaedah penyampaian dan perkara teknikal lain memang perlu kepada perubahan mengikut kesesuaian.
    Teruskanlah memberi pandangan dan input berkesan.
    Kami meyediakan ruang untuk anda bersuara.

  10. cidos on October 29th, 2006 at 11:12 pm

    kepada saudara hafiz,

    saya kurang arif tentang revolusi First Fitna, Kharijite Revolt, dan Abbasid Revolt yang anda utarakan. sekadar bertanya, apakah revolusi ini membawa cita Islam atau sama seperti revolusi revolusi lain?

    Sudahkah anda menegur naqib yg membawa fakta salah? saya rasa tiada siapa yg akan menolak teguran kerana paksi kepada Islam itu sendiri adalah hujah.

  11. mrq on October 30th, 2006 at 1:47 am

    huhu, kepada saudara kimal, memang x salah tndakan nak mencari sumber ilmu dr tempat lain untuk menjana minda dan memang x salah untuk mengkritik isi usrah kami. tp ana rasa anda x menghormati ilmu. adakah anda faham isi surah at-tkathur? adakah anda faham isi hadis 40? adakah anda benar2 faham intipati ramadhan? ya benar, anda berhak mendapat input yg lbh brkualiti di tempat lain tetapi……

    apakah kredibiliti anda untuk menilai ilmu usrah kami dan mengatakan ianya menarik minat anda atau tidak?

    anda seorang pelajar, perkataan pelajar itu menjelaskan kenapa saya bertanya soalan ini.

    kami sedia menerima input pendapat dan input usrah anda untuk dikongsi bersama = ) peace.

  12. FUTURE NOBEL LAUREATE on October 30th, 2006 at 5:51 am

    Mrq,

    “apakah kredibiliti anda untuk menilai ilmu usrah kami dan mengatakan ianya menarik minat anda atau tidak?

    anda seorang pelajar, perkataan pelajar itu menjelaskan kenapa saya bertanya soalan ini. ”

    I found your comment rather ridiculous & unbelievable. Here’s the flow. You created a blog, and you called it ansarullah. And then you put a posting anticipating some comments from loyal readers. For some reasons, not all the comments by people satisfied you. For that particular comment that you disliked, you attacked the writer. You questioned his/her credibility to give such a comment regarding the topic discussed. Even further, you made some supplement personal attack that will cause this person not to give any comment at all in the future. Henceforth, there will be no such a harsh comment in the future & everybody’s happy. YAY!!!

    A few suggestions from me.

    1. Since Kimal is still a student, so he’s not able to give a comment. He’s of no credibility to give any comment/suggestion although from the bottom of his heart, perhaps, he’s trying to help out you guys. I guess, you only accept comments from the likes of Syakh Hamza Yusuf, Dr. Ingrid Matson and no other. Go head then & I think there’s not even a moment of their precious time worth spending on ansarullah whatsoever.

    2. In the spirit of freedom of opinion, I thought we can express whatever thoughts we have. There’s no restriction regarding what can we or can’t we say here. The way you treat the readers here symbolizes your sense of total ignorance. Guess what, your behavior will lead you to the ultimate destination of failure. Perhaps, this Usrah online will proceed smoothly for another 2 ½ years. But, what the benefit that you guys will get. One thing for sure is we can say hello to our friends who are thousands miles apart etc. That’s the truth & also that’s the manifest fact. Not many people can see & for those who can see, they can do nothing. Why? Every time they are trying to help, not only their assistance will not be appreciated, even worst they will be ………

    To elaborate further the comment mentioned by Akmal earlier, what’s so special about Usrah Online? If you go to Stanford University & ended up doing Usrah Online for most of your college years, that means you better go to KUITTHO. Why don’t we overcome the problem of narrow-mindedness & learn many new things here that can’t be found in Malaysia.

    I am from a middle-class family & I had never experienced a luxurious life, by any means, before. My parents are required to pay huge amount of annual tax. Some portion of that bucks goes to tuition fees of those studying abroad with the intention that these crèmes of the crop can in return help Malaysia with future development and economic growth.

    I just wonder:

    My mum had never experienced more comfortable and deluxe life that she currently enjoys simply because she was burdened with the tax. Can I ask you, dear scholars, do you really deserved to be sponsored studying abroad? What VALUES, if any, can you bring back to Malaysia that the local grads do not have? I mean, what’s your major priority as sponsored students here abroad? If you say the answer is your Usrah Online whatsoever, you are about to bring me into tears. Why? You remind me of my mum’s & millions other Malaysian parents’ sacrifice. What saddened me the most is that those sacrifices will only bring a zilch, and nothing more.

    In conclusion, open-up your mind and be a RESPONSIBLE scholar. Otherwise, I will surely go on some revenge during the “gathering at the field of justice” asking for justification on my mum’s money that you have spent. Also, if you are not ready to accept comments of various types just yet, simply don’t blogging. Instead of creating a blog, you can lay on your bed every night writing your thoughts in the “555” notebook and slip the notes under your pillow if you are about to fall asleep. That’s better.

    ” HE HAS A HEART TO CRITICIZE, WHO HAS A HEART TO HELP”
    -Abraham Lincoln-

  13. Jadi ayam lg aman on October 30th, 2006 at 6:56 am

    Aisey aku pening betul la tgk gaduh je keje. Usrah ni lg bagus usrah tu lg bagus. Aku ingat aku je pandai berkokok, manusia pun pandai berkokok jugak. Last2 matlamat usrah tak tercapai, sibuk gaduh je punya psl. Yg depa nak usrah online biarlah usrah online, tak ingat ke antara golongan yg dilindungi bayangan Allah, org yg bertemu berpisah kerana Allah. Yg sibuk bersabung usrah mana lg power dpt ke lindungan Allah pun??? Pastu dlm dakwah ni kena sabar sket, org ingat usrah online tak power, ahli semua lembab dan tembel, naqib pun cam ngantuk, tp usaha dan sacrifice nak hidupkan usrah online tu yg dikira. Kalau nak buat usrah lg power silakan, jgn kokokokokok aje. Itu aku yg ayam ni pun boleh.

    Hadis qudsi ada cerita psl org claim kat Allah dia syahid, ada sorang lg dia derma semua duit, sorang lg dia beribadah tp dandan semua masuk neraka. Sebaik takde ada org claim usrah dia lg power. Hangpa semua sibuk berkokok ni kenapa, tunjuk sikit usaha tu. Result usrah tak power takpe. Allah yg akan menilai dari usaha dan keikhlasan. Takyah sibuk sabung mana lg power. Kalau nak jadi org power kalau usrah boring kena la berusaha nak tukar, kalau menulis blog pandai ayat bunga2. English pun licin tp nak ckp kat naqib terus lesu.

    Toksahlah gaduh2, semua umat rugi. Semua sibuk nak sabung psl usrah, niat kerana Allah, tp pastu gaduh pulak. Org usrah nak tgk keadaan sekililing jadi baik, tp belum start usrah lg dah gaduh, baik pegi tgh movie tak gaduh boleh seronok2.

  14. mrq on October 30th, 2006 at 8:15 am

    haha, saudara FUTURE NOBEL LAUREATE,

    ana tak tahu sama ade ana patut bangkang atau setuju pendapat anta. pertama, ilmu pada ana adalah datang dari Allah. ketika ana mengkritik saudara kimal, fokus ana adalah semata-mata meluahkan rasa kecewa kenapa manusia sanggup mengatakan isi2 ilmu Allah tidak menarik minat seorang manusia. pada ana, pendapat kimal tidak menghormati ilmu.

    kredibiliti yg ana maksudkan bkn pada kredibiliti sesama insan, seperti kredibiliti seorang anak kecil mempersoalkan karya seniman. tp adalah kredibiliti seorang hamba menilai ilmu tuhannya. sekarang fikir, adakah manusia punya kredibiliti di situ?

    sekarang kaitkan isu ilmu Allah dengan takdir Allah, Allah meletakkan saudara dan saya dan banyak lagi manusia di golongan pertengahan. dan kita tahu golongan pertengahan jarang menikmati kehidupan selesa seperti golongan atasan. kemudian katakan anta mengeluh dan melahirkan kritikan. sekarang di manakah kredibiliti anta untuk menilai takdir Allah? dan sekarang di manakah kredibiliti seorang insan untuk menilai ilmu Allah? kedua duanya hak Allah.

    dalam konteks ini, ana salah dalam penulissan ana. ana menulis dengan harapan para pembace dapat berfikir dan juga mengkaitkan isu ilmu ini dengan ilmu Allah, ana ada menulis:

    “tp ana rasa anda x menghormati ilmu”;

    ana menjangka dengan meluangkan sedikit masa untuk berfikir, pembaca dapat mentafsir erti menhormati ilmu, dari mana asal ilmu, kenapa kita perlu menghormati ilmu dan kenapa ana menulis kenyataan ini.

    situasi ini sama dengan situasi ketika blog kaki mempersoalkan nama klub UMNO NY-NJ. ana lihat para pembaca yang meninggalkan komen kebanyakannya melenting dengan penulisan saudara kaki bangku. mereka brpendapat saudara bangku seperti ingin mencari gaduh(ana tahu kerana ana brtanye). memang cara saudara bangku bertanya tidak formal dan tidak sopan, tp kalau diambile masa untuk diteliti persoalan itu dapat ditafsir intipati sebenar soalan saudara kaki bangku. tidak lebih dr untuk bertanya sebab nama UMNO itu diambil kalau polisi klub tidak menjurus secaara terus pada politik UMNO, bukan mencari gaduh.

    ter pulang la pada anta sama ada nak menerima penjelasan ana atau tidak.  ana juga hendak berfikiran terbuka seperti yang anta sarankan jugak = )

  15. mrq on October 30th, 2006 at 8:27 am

    terima kasih saudara Jadi ayam lg aman, ana akan pastikan ana mengambil manfaat dari kata2 anta = ) peace

  16. mat on October 30th, 2006 at 12:56 pm

    Alhamdulillah,… aku gembira melihat diskusi yang begitu rancak dalam blog ini. Nampaknya kita semua sudah petah berhujah. Inilah tanda kemunculan idealis mahasiswa. Perbezaan pendapat adalah suatu rahmat, bukan?

    Cuma, aku dah bosan dengan retorik pihak seperti “Future Nobel Laureate” yang memandang enteng usaha kami. Usrah online yang mengambil masa selama 2 jam pada jumaat malam setiap minggu tidaklah sekali-kali akan menjejaskan kualiti pelajar tajaan ke USA. Apakah saudara fikirkan lebih baik bagi kami untuk bersama-sama dengan mat salleh berparti pada jumaat malam dengan alasan nak belajar budaya mereka?

    Apapun, terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat. Aku sangat menghargai segala input yang diberi oleh pengunjung. Berdasarkan pemerhatian aku, sememangnya kaedah diskusi melalui medium penulisan sering berakhir dengan pertelingkahan kerana emosi dan isi tersirat penulis tidak disampaikan dengan jelas. Aku harap para pengomen dan pembaca lebih teliti dan cuba bersangka baik sesama kita.

  17. muslimind on October 30th, 2006 at 1:35 pm

    yes, professional and rational. I agree with you mat.

  18. cidos on October 30th, 2006 at 4:55 pm

    Totally agree with mat.
    web discussion could easily bring to unfinished talk. But if we do it with rationality, so then we can establish what we call as ‘idealisme mahasiswa’, ’student movement’ or whatever.

    And dont think that when we spend 2 hour per week for usrah, our members doesnt involve in Muslim Student Association, MASA, or even UMNO Club!
    We encourage our members to read number of books and listen to speech by scholars to improve KNOWLEDGE.

    And here, in this blog, we give opportunity to people criticizing our idea and work.
    Until now, the peoples who disagree with usrah still did not come out with any solid alternative. Nothing answered. I am still waiting….

  19. Hafiz on October 31st, 2006 at 5:00 am

    Saudara mrq:

    kredibiliti yg ana maksudkan bkn pada kredibiliti sesama insan, seperti kredibiliti seorang anak kecil mempersoalkan karya seniman. tp adalah kredibiliti seorang hamba menilai ilmu tuhannya. sekarang fikir, adakah manusia punya kredibiliti di situ?

    Pernahkah anda membaca mengenai appeal to authority? Itu adalah satu logical fallacy.

    Kalau Newton cakap 1+1=3, tak semestinya dia betul walaupun dia mathematician yang terkenal.

  20. ans on October 31st, 2006 at 5:39 am

    Ringkas ajer..

    Ana merasakan bahawa usrah online masih relevan walaupun sebahagian pihak berpendapat ianya kurang bermanfaat berbanding usrah dengan brother arab..future nobel meremeh-temehkan usaha murni ini dengan mengatakan bahawa ianya tidak berbaloi dgn wang ringgit yang telah dibelanjakan untuk menghantar kita belajaar di luar negara…terus-terang, komen anda menyakitkan hati…

    Manfaat yang diperoleh bergantung kepada sejauh mana anda berusaha untuk mengambil manfaat daripadanya..samalah analoginya sekiranya anda belajar…anda mungkin belajar dengan professor terkenal, tetapi adakalanya anda mungkin dapat memperoleh manfaat yg lebih dengan bergurukan ustaz yang berpendidikan local sahaja…mungkin naqib dalam usrah ni tak sehebat naqib pak arab, tapi kita saling lengkap-melengkapi…kita berkongsi maklumat dan ilmu..

    Tak salah rasenye kalau nak join banyak majlis ilmu, kan kimal?

  21. nk's on November 3rd, 2006 at 1:37 am

    hmmm.. artikel yg cam best for this topic (bg aku la);

    http://www.dakwah.info/v2/?p=232#more-232

    “…tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan(transfer) ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.”

    Selamat berusrah online~

Leave a Reply