October 29

Ada Apa Dengan Usrah [#2]?

Posted by mat
Filed under Diskusi | 8 Comments

Intipati penulisan cidos dalam “Ada apa dengan usrah?” aku rasa sebenarnya nak mengetengahkan usrah sebagai institusi pembentukan ciri-ciri dai. Penegasan ini penting kerana terdapat di kalangan kita yang hanya menilai gerakan ini dari segi impak sosio-politik makro.

Corak pemikiran makro itu dipanggil top-down model, yakni perubahan atasan/makro menatijahkan perubahan sosial dan seterusnya kepada individu. Tapi gerakan ala-ikhwan sebenarnya memilih bottom-up model, yakni didahulukan perubahan individu melalui unit-unit usrah.

Dari perspektif teori IR (International Relations), masalah sosio-politik adalah permissive cause, iaitu faktor yang “membolehkan” sesuatu keburukan itu berlaku. Tapi yang memilih untuk melaksanakan keburukan itu adalah keputusan individu. Persoalan tentang faktor mana lebih penting itu rasanya tidak ada jawapan hitam putih -ianya bergantung kepada situasi.

Apa yang dapat aku nyatakan ialah apabila “permissive cause” itu dihapuskan, tentunya kemungkaran sukar berlaku. Tapi mengubah permissive cause itu hampir mustahil kerana ia tidak tercakup dalam circle of influence kita. Circle of influence inilah titik tolak perubahan yang lebih besar. Dan salah satu hikmah usrah ialah melebarkan circle of influence. Tambahan lagi, kita juga menerima influence positive dari rakan lain pada masa sama.

Kedangkalan intelektual dan kreativiti dalam pelaksanaan usrah kita memang diakui kerana kita ketandusan pemimpin (naqib) yang berpengalaman dan berdedikasi. Antara faktor yang mungkin ialah pemutusan hubungan dengan alumni MISG dan gerakan-gerakan mahasiswa lain yang begitu utuh sekitar 70’s, 80’s. Kita perlu memulakan inisiatif menjalin semula jaringan ini.

Berkenaan revolusi pula, memang sungguh menarik untuk menjalankan coup de etat apabila kita nampak sesuatu organisasi itu lemah. Individu yang mengepalai coup itu juga akan dapat insentif tambahan sebagai pemimpin perubahan bersejarah untuk dipamerkan dalam resume. Ini salah satu cara penyelesaian, tapi apakah alternatif yang ingin dibawa? Revolusi Abbasiyah memang cemerlang tapi kejayaan itu hanya boleh dicapai jika kita menawarkan alternatif yang lebih baik.

Salam renaissance.

This entry was posted on Sunday, October 29th, 2006 at 4:21 pm and is filed under Diskusi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Ada Apa Dengan Usrah [#2]?”

  1. cidos on October 30th, 2006 at 1:28 am

    thanx to Imran for making my point clearer

  2. Amar Razali on October 30th, 2006 at 4:03 am

    Ada beberapa keraguan yang aku perlukan penjelasan;

    Pertama, bercakap berkenaan soal permissive cause, apabila penulis menyatakan situasi sekeliling yang memainkan peranan besar untuk “melaksanakan keburukan” itu seolah-olah mencerminkan pemikiran sempit dengan meletakkan kesalahan pada suatu perkara yang lain. Mengapa perlu dilihat pada situasi sedangkan memang berpunca daripada kelemahan diri sendiri.

    Kedua, aku tidak berapa jelas dengan kenyataan “kerana kita ketandusan pemimpin (naqib) yang berpengalaman dan berdedikasi.” Aku ingin bertanya kepada penulis, pertama, adakah rasional bagi kita untuk terus mengharapkan kepimpinan daripada orang dari tanah air? Mengapa kita tidak merebut peluang mencari naqib dari kalangan orang-orang tempatan yang lebih maklum akan isu-isu yang berkaitan dengan tempat ini.

    Pada pendapat aku isu coup de etat tidak seharusnya timbul jika adanya persefahaman antara pemimpin dengan orang yang dipimpin. Coup de etat bagi pendapat aku merupakan suatu reformasi tahap akhir, iaitu pada suatu tahap yang tidak boleh dielakkan lagi.

    Mohon penjelasan.

  3. lonsaa on October 30th, 2006 at 4:28 am

    mungkin sedare amar perlu baca article ni ulang2 baru boleh faham ape yg nak disampaikan penulis…ana pon pening2 langau gak mase mula2 bace…tapi bila diulang nampak ape yg nak disampaikan…rase nyerr tak perlu kot penulis bagi penjelasan…terang lagi bersuluh msg penulis bile diamati btul2…

  4. mat on October 30th, 2006 at 4:34 am

    Hint: Kenapa aku guna “salam renaissance”?

    Sekian, harap maklum.

  5. mrq on October 30th, 2006 at 8:34 am

    wahaha, ana faham. lepas ni kene confirmkan dgn saudara mat pulak….

  6. taufiq on November 1st, 2006 at 10:40 am

    Nak tinggal komen di entry sebelum ni sbenarnya tp dah panjang sangat. Tinggal kat sini je la ye.

    Anyway, matlamat usrah online ni pada asalnya bukanlah sebagai usrah khusus tapi sebagai usrah umum mencari bakal-bakal penggerak kepada usrah-usrah kampus. Tempat bertanya khabar dan penghilang rindu Muslim Malaysian. Daripada usrah online, boleh berkongsi pendapat dan pengalaman serta membangkitkan isu yang ingin dibawa dalam usrah di lokaliti.

    Kita di US bertaburan di merata tempat. Biasanya usrah online ni ditujukan kepada mereka yang bersendirian di sesetengah univ. Contohnya dulu kita ada Firdaus bersendirian sebentar di CSM dan Zidni di Tulsa (2-2 Esso). Kemudian wakil-wakil dr univ lain pun join sama untuk berdiskusi. Selepas tu, masing-masing bawa usrah khusus di tempat sendiri. Memandangkan isu sudah dibincangkan ramai-ramai, usrah menjadi lebih mudah untuk dikupas dan lebih baik dari itu, di seluruh US, usrahnya berbincang perkara yang sama. Bukankah timbul kesatuan fikrah begitu?

    Tapi kalau usrah online dijadikan the only usrah, tak berapa menjadi tu. Ini akan menyebabkan mereka yg hadir usrah mengharapkan perbincangan tinggi tahap gaban kerana dahagakan ilmu. Sedangkan bukan semua yg hadir usrah bersedia untuk menerima perkara yang terlalu berat. Ini boleh mengakibatkan hilang minat di kalangan mereka yg baru mula mengenal apa itu ta’aruf dan apa itu tafahum.

    Jadinya, different people with different background of knowledge and different sets of expectation will have different opinions about usrah online ni. Yang mana terbaik? Allah knows best. We’ll strive for his mercy of knowledge.

  7. adibahabdullah on November 2nd, 2006 at 1:13 am

    assalamualaikum,

    ana sering merasai yang demikian sewaktu di kolej dulu. mengharapkan isi yang tinggi tahap gaban dan superman tapi kecewa dengan ‘kedangkalan’ isu yang diketengahkan dalam usrah. balik2 yang itu-itu jugak. mentang2 la usrah muslimat, asyik ckp pasal aurat dan couple. pasal cinta Allah. (rujuk http://ummuhurayrah.blogspot.com/ , artikel yang ada embun kat tajuk die tu, kalau antum nk tgk lebih lanjut.)

    memang benar, bagi mereka yang “baru mengenal apa itu ta’aruf dan tafahum” pengangkatan isu2 yang ‘gaban’ mungkin akan melumpuhkan minat mereka. tapi benarkah? dan adakah untuk mengekalkan minat mereka maka orang2 yang mengharapkan (dan memerlukan) pengisian yang lebih memantapkan ilmu serta fikrah perlu berkorban dan mencari sumber lain (selain daripada usrah).

    mengadakan ‘dua usrah’ dan memisahkan antara dua kelompok ini mungkin adalah langkah yang terlalu drastik dan mungkin mendatangkan rasa ’socio-religious stratifying’ yang tidak sihat untuk ummah dan ukhuwwah. mengapa tidak kita ‘merge’ kan sahaja antara inti berat dan inti ringan, persoalan mendalam dan persoalan permukaan? yang sudah ‘mantap’ memerlukan peringatan, yang baru ‘berkenalan’ jangan diremehkan.

    satu contoh yang saya gemari, tidak mustahilkah seorang muslimat berambut terdedah berwarna-warni mempunyai ilmu dan pandangan yang mantap tentang konsep negara Islam dan berhujah menentang Amina Wadud? tidak mustahilkah seorang muslim yang galak membicarakan tulisan Fathi Yakan tiba-tiba terlupa peri pentingnya memelihara silaturrahim dengan rakan serumah?

    dan Allah Maha Mengetahui.

    salam, meow~

  8. adibahabdullah on November 2nd, 2006 at 1:14 am

    salam,
    oh ya. renaissance itu bukankah pembaharuan berlandaskan pencerahan akal tanpa wujud revolusi yang ganas-ganas?
    :-)

Leave a Reply