October 27

Jenama ‘Sunnah’

Posted by cidos
Filed under Diskusi | 12 Comments

Akibat daripada ledakan pengaruh gerakan salafi di Malaysia, kini ramai yang berminat kepada apa yang saya namakan sebagai jenama ‘Sunnah’. Amatlah elok pabila pelajar universiti mula mengkaji asal dalil kepada segala ibadah mereka. Takut nanti digelar ahli bidaah atau ketinggalan zaman. Setiap amalan akan dipastikan agar berdasarkan dalil yang jelas.

Menariknya kini seolah olah ada satu fenomena dalam masyarakat. Masing-masing mahu mendapatkan title ‘berdasarkan quran dan sunnah’. banyak tulisan-tulisan genre islami kini akan mempunyai judul yg terdapat perkataan ’sunnah dan quran’. Paling mengejutkan ialah negeri Perlis yang baru sahaja menukar gelarannya dari ‘Indera Kayangan’ kepada “Darul Sunnah’. saya pertama kali mengetahuinya melalui iklan Sure Heboh yang dianjurkan di Perlis darul Sunnah! Apa sudah jadi?

Hati kecil saya mengatakan bahawa kegilaan pemuda pemudi hari ini untuk lebih dekat kepada sunnah telah dieksploitasi oleh golongan berkepentingan. mana tidaknya, siapa yang akan melawan sesuatu yg diadakan di ‘darul sunnah’? Biarpun ianya terang terang bertentangan dengan syariat.

Itu belum lagi termasuk golongan salafi literal yang mengambil zahir ayat lalu menjatuhkan hukum tanpa kaedah fiqh yang dibina ulama silam dan terkini seperti qaradawi. Mereka mencaci tokoh tokoh islam atas nama menegakkan quran dan sunnah.

Walaupun belum lagi berleluasa, saya bimbang akan ada para ustaz dunia yang menjaja pendapat yg disandarkan kepada quran dan sunnah demi menjaga periuk nasi sendiri. berjaga jagalah kita akan golongan yang menjual jenama sunnah tiruan ini.

This entry was posted on Friday, October 27th, 2006 at 3:10 am and is filed under Diskusi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Jenama ‘Sunnah’”

  1. mat on October 27th, 2006 at 3:59 am

    Terima kasih atas penilaian jujur ini… sejuk sket hati (cognitive dissonance at work… lol).

  2. lonsaa on October 27th, 2006 at 4:36 am

    salafi sini tatau ana nak kategorikan camne…komplikated…tiada dlm senarai kot…huhu

  3. cidos on October 27th, 2006 at 5:08 am

    penilaian dibuat semata mata mahu menjaga integriti gerakan sunnah yg tulen dan memberi peringatan agar pejuangnya tidak tertipu dengan perangkap musuh. adapun kepada faidz, ana rasa salafi di tempat enta tu same juga seperti aliran salafi yg menghina tokoh tokoh islam spt syed qutb, al banna, dan qaradawi. Kita bersetuju dgn mereka atas dasar berpegang kepada quran dan sunnah, namun pendapat yg ekstrim dan mencela kepribadian orang lain hendaklah dijauhi. wallahua’lam

  4. mat on October 27th, 2006 at 5:33 am

    moga benar-benar tulen hendaknya… zahir mahupun batin…

  5. mrq on October 27th, 2006 at 7:32 am

    wahabi’s principle ( i got it from my ustaz):

    we follow the best religion
    we follow the best human
    we follow the best book

    hence, why don’t we follow the best quran and hadith interpretations that we think best suit us. (or why don’t we just interpret it ourselves. huhu)

    and then we hear that Dr. Mashitah said that prostitution is legal(with certain circumstances of course).
    Astora jabat said that wearing hiijab is not compulsory.
    that detaining people without reason is compulsory
    that prayer is enough with just the niat.
    that interests is a necessity.

    what the hell is this?
    these people are just playing with quran n hadith verses.

    sometimes i felt that following what the mujtahid imams had decided is the best. they are the one who truly seek and love the truth and the most knowledgeable of all at their time and so, their interpretations is the most accurate.

    who are we, meager end-of-age people to interpret God’s word. of course we still need fatwa for new issues but other than that, i think we shouldn’t touch what the mujtahid imams had said.

    ” the worst affair are the innovated one. every innovated matter is a heresy. every heresy lead to misguidance and every misguidance lead to hell fire “

  6. syarhabil on October 27th, 2006 at 5:38 pm

    Sebagai pemuda Perlis, nama indera kayangan adalah satu nama Hindu yang memang lama dah orang perlis cuba nak ubah. Fikirlah sendiri negeri kayangan. Orang Islam apakah yang boleh terima nama ini. Sebagai negeri darul sunnah pulak, perlis telah pon mengikut sunnah Raulullah sejak sekian lama. Dahulu kala , orang-orang telah melabel Perlis dengan berbagai istilah kerana orang Perlis suka berfikir tentang amalan ibadah yang diamalkan di Perlis. Jangan lupa, semua amal ibadah akan di soal nanti di akhirat, dan jawapan seperti saya cuma ikut imam kampung saya tanpa cuba mempelajari sebab-musabab atau dalil tak akan diterima Allah swt. Salah satu cara, ilmu dimusnahkan ialah dengan melontarkan fitnah dan labeling(beri nama).. dahulu penduduk Perlis dinamakan wahabi, kini dipanggil salafi pulak.. Penduduk Perlis adalah penduduk yang cuba untuk megikut sebaik mungkin sunnah Rasulullah SAW dan insyaallah berilmu tanpa mengikut membuta ..
    Jadi tidaklah salah seseorang itu berusaha untuk mendalami ilmu agamanya. Jika ada yang salah, sebagai penduduk Perlis, kami sedia berubah kerana agama Islam itu tidaklah jumud, malah berkembang dan sentiasa maju. Umat Islam adalah umat yang berilmu dan sentiasa open minded.Insyaallah .

  7. syarhabil on October 27th, 2006 at 5:51 pm

    Untuk mengelakkan saah faham tentang fahaman Sunnah wal jamaah@ wahabi@salafi@penduduk perlis@etc. Mengikut para imam mujtahid tidaklah salah malah baik, tetapi, jika difikirkan.. kenapakah setiap imam mempunyai fatwa dan amalan berlainan sedangkan kesemuanya cuba mengikut ajaran al-quran dan sunnah. Malah kebanyakkan imam mujtahid saling berguru kepada Imam yang lain. perbezaan ini berlaku kerana penilaian terbaru daripada dalil baru yang mungkin ditemui drp anak muridnya. tidaklah semua hadith dihafal atau diketahui bagi setiap imam-imam ini. Inilah sebabnya tidak semestinya seorang imam itu mempunyai pegangan terbaik kerana setiap imam telah berkata jika amalanku tidak berlandaskan sunnah maka tinggalkanlah. Dan dengan perubahan zaman, pelbagai masalah baru timbul. Sesetngah ulama beri pandangannys sendiri tanpa ilmu dan sesetengahnya berdasarkan ilmu yang dibekalkan Allah. Sebagai orang yang berakal dan berilmu manakah yang akan kita ikut.. Ikut lah ulama yang berilmu dan sentiasa mengikut ajaran sunnah Rasulullah SAW, dan tinggalkanlah ajaran yang lemah, sedikit salah dan kadang-kadang 100% salah.tidakkah ini yang terbaik

  8. cidos on October 27th, 2006 at 7:56 pm

    mrq, the corruption in the name of religion could happen to anyone whether he or she is a politician, scholar or reformist. That is why the call for change must be based on pure islamic teaching and not the one that you simply altered. refer to my article in ‘pengenalan’.

    Syarhabil,
    saya menyanjung tinggi kemahuan rakyat Perlis untuk kembali kepada al-quran dan sunnah. Sekalung tahniah kita berikan atas perjuangan sekian lama mereka. Saya tidak nampak sebarang pertentangan pendapat antara saya dan anda. Proses tajdid mesti merangkumi akidah, ibadat, syariat dan siyasah. Perumpamaan mencicirkan salah satu daripadanya sama lah seperti orang yang mengambil sebahagian ajaran agama dan menolak sebahagian yang lain.

  9. cidos on November 13th, 2006 at 4:49 pm

    ana dapat maklumat yg saudara syarhabil ni merupakan bekas ahli Qiyadah MISG sekitar tahun 2000-2003. Maaflah kalau salah info. Selamat menyamarakkan lagi semangat mendukung perjuangan islam.

  10. Ansarullah » Blog Archive » Jalan-jalan Chicago on December 20th, 2006 at 6:29 am

    [...] Earlier in the afternoon, we were at Masjid Tahoorah doing the “rounds”. Roy asked a Tabligh brother who had recently completed his studies at a Deobandi madrasah about his thoughts on the Jamaati Islami in Pakistan. The brother opined that it was not “purely Islamic” (ah, reminds me of Cidos’s entry Jenama Sunnah) and had mere political purposes. Similar was the case with a Nigerian tabligh’s view on the Ikhwan that Roy asked about after that. Later, we sat down for the main bayan session, basically a sermon on increasing our iman. I fell asleep after about ten minutes, perhaps because the talk was not intellectually stimulating. Following the bayan was something called a tashkeel where a brother calls people to stand up and make intentions to “go in the path of Allah for 3 days, 40 days, or 4 months“. I was taken by surprise that some elderly Desi’s even made intentions to spend 4 MONTHS EVERY YEAR in the path of Allah! [...]

  11. PAUHFC on April 28th, 2007 at 3:47 am

    salam.entah mcm mana tersesat kat sini.
    mungkin pemuda inilah yg dikatakan pemuda teruja oleh MFR.

    apapun, harap cidos boleh kemukakan sedikit fakta dan conoth mengenai topik diatas.

    MRQ, adakah anda menyamakan Dr Masitah dan Astora Jabat dengan gerakan sunnah?? Saya tak clear sgt tentang apa yng cuba anda perkatakan.

    Berbalik pada topik.bg saya, Perlis darul sunnah adalah penukaran yang posiitf.Rasulullah pun selepas berhijrah menukar yatrib kepada Madinah.InsyaAllah ada signifikasi akan pertukaran itu selepas ini.mungkin selepas ini orang Perlis akan berasa lebih malu untuk menganjurkan dan mengahdiri pesta-pesta maksiat dan insyaAllah meninggalkannya terus.sama-sama kita doakan.

    diharapkan juga berkat daripada gelaran sunnah itu, PAS akan dapat menawan Perlis dalam Pilihan Raya umum akan datang. InsyaAllah orang yang ada cahaya dan keikhlasan dalam hatinya untuk mendalami quran dan sunnah akan dapat memahami apa yang cuba di bawa PAS. Kita realistik tentang perkara ini.sama-sama juga kita doakan.
    Takbir!!3x

  12. wegnarrY on June 25th, 2007 at 12:56 am

Leave a Reply