October 26

Puasa dan hikmah disebaliknya dari perspektif saintifik.

Posted by lonsaa
Filed under Umum | 5 Comments

Puasa, salah satu rukun Islam yg wajib dilaksanakan bagi semua umat Islam yg cukup syaratnya. Puasa merupakan ibadat yg telah diperintahkan bukan sahaja kepada umat Muhammad tetapi juga umat-umat yg sebelumnya. Ramai yg akan tertanya-tanya, apakah signifikannya berpuasa? Apakah kebaikan yg boleh diambil selain mendapat ganjaran pahala dan mengajar diri mengawal nafsu?

Alhamdulillah, subjek pilihan saya kuarter ini, Cell Biology, sedikit sebanyak telah membuka minda saya kepada satu aspek yg mungkin tak ramai yg sedar tentang kebaikan berpuasa dari perspektif saintifik. Semua perintah Allah adalah berdasarkan kesesuaian fitrah manusia dan tiada sesiapa didunia ini yg lebih mengetahui sifat dan keperluan manusia melainkan Allah, Pencipta yg Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Tubuh badan manusia amat kompleks dan sangat unik. Segala aktiviti yg dilakukan akan memberi kesan kepada setiap sel dlm tubuh. Seperti yg diketahui umum, glukosa merupakan ‘bahan api’ utama hidupan organik. Glukosa merupakan sumber yg penting dan mudah didapati. Dalam setiap makanan yg diambil terdapatnya kandungan glukosa. Tetapi berapa banyak kandungan glukosa yg diperlukan tubuh sehari-hari?

Dalam situasi normal (bukan dalam diet atau berpuasa), kebanyakan makanan yg diambil tidak diproses sepenuhnya kerana glukosa yg hadir dlm badan sudah melebihi keperluan. Maka secara teknikalnya, hanya sebahagian dr makanan yg kita jamah yg akan digunakan dan selebihnya dibuang begitu sahaja. Rugikan?

Tetapi bila dlm keadaan berpuasa, kebanyakan glukosa dlm badan akan digunakan utk setiap aktiviti yg dilakukan. Maka apabila makanan dijamah ketika waktu berbuka puasa, sistem pencernaan akan menjalankan tugas dgn lebih efektif dan lebih sistematik dimana semua makanan yg melalui perut dan usus akan diproses dgn lebih sempurna kerana kebanyakan nutrien dlm badan sudah digunakan. Nutrien yg diproses itu kemudiannya akan diserap kedlm salur darah dan dihantar ke setiap sel. Setiap molekul nutrien yg diproses dr makanan yg diambil akan digunakan sepenuhnya utk memenuhi keperluan tubuh.
Selain itu, kajian telah menunjukkan bahawa mereka yg makan terlalu banyak memiliki otak yang kurang aktif. Dalam proses pembakaran glukosa, oksigen merupakan sumber yg perlu hadir kerana oksigen adalah agen pengoksidaan yg paling efektif. Apabila kita makan, kebanyakan oksigen akan ditumpukan ke sistem pencernaan. Pada waktu itu, oksigen yg ke otak akan berkurangan menyebabkan berlakunya penyusutan keaktifan otak. Disebabkan inilah, kita akan rasa mengantuk apabila selesai menjamah makanan. Tidak hairanlah Rasulullah selalu tidur sekejap sesudah makan kerana prioriti tubuh pada waktu itu adalah utk memproses makanan, maka disalurkan segala oksigen yg perlu ke sistem pencernaan, menyebabkan otak menjadi lesu dan kurang aktif.

Kajian juga menunjukkan organ-organ dalaman umat Islam yg berpuasa adalah lebih bersih dan berfungsi dengan lebih baik berbanding mereka yg tidak berpuasa. Dalam waktu berpuasa, organ-organ sistem pencernaan dapat direhatkan dan dapat dibaikpulih. Jika kita asyik menjamah makanan dan tidak memberikan waktu utk organ-organ berehat, prioriti organ- organ ini akan ditumpukan utk memproses makanan dan banyaklah berlaku kerosakan sel-sel yg tidak dpt dibaikpulih dgn kadar yg cepat. Proses baikpulih sel-sel adalah penting kerana ia dapat menjadikan organ berfungsi dgn lebih efektif.

Melihat kepada segala kebaikan yg diperoleh, jelaslah sudah bahawa hikmah berpuasa bagi umat Islam amatlah besar dan tidak seharusnya dipandang enteng. Maka utk itu saya menyeru semua pembaca amalkanlah selalu berpuasa. Kebaikan yg diperoleh bukan sahaja didunia malah diakhirat sana, insyaAllah.

This entry was posted on Thursday, October 26th, 2006 at 1:15 pm and is filed under Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Puasa dan hikmah disebaliknya dari perspektif saintifik.”

  1. bangku on October 26th, 2006 at 4:55 pm

    ya, terima kasih atas ulasan itu – terutamanya pasal jangan makan byk. Dan angan lupa untuk laksanakan puasa sunat 6 hari.

    Mungkin dalam entri akan datang boleh ulas spesifik mengenai makanan apa yang patut diambil dan kaedah terbaik memenuhi keperluan nutrisi pelajar malaysia di US.

  2. mrq on October 26th, 2006 at 7:38 pm

    lonesaa, try la ulas artikel ‘kaedah pemakanan ulama zaman dahulu’. ko banyak sikit ilmu biologi, kagum aku.

    anyway god job…..

  3. mat on October 26th, 2006 at 9:58 pm

    modify sket tajuk tuh –> “PENGAJARAN dari kaedah pemakanan ulama zaman dahulu”.

  4. cidos on October 27th, 2006 at 1:08 am

    hah..cabaran kepada mereka yg amik bidang relate to bio

  5. mat on October 27th, 2006 at 2:16 am

    oh ye… lupa lak ko pun blaja bio..

Leave a Reply