October 21

Usrah – 20 Oct

Posted by ans
Filed under Catatan usrah | 2 Comments

Tafsir surah at-Takathur

Surah ini berkisarkan tentang sikap kita dalam bermegah dengan kesenangan dunia. Allah menegaskan bahawa bermegah-megah dengan dunia boleh menyebabkan kita lalai dengan dunia sehinggalah akhirnya mati dengan sia-sia. Dan di saat itu, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Penyesalan sudah tidak berguna lagi. Bagi kita yang masih lagi hidup di bumi ini, ingatlah bahawa sesungguhnya ajal tidak akan menunggu kita sehingga kita bersedia.

Seperti yang ditegaskan dalam Quran, ajal tidak akan sampai sesaat awal ataupun lambat sesaat. Ianya tiba tepat pada saatnya. Dalam hadis yang terkenal, dinyatakan bahawa kita hanya boleh membawa amal soleh ke akhirat, dan segala kekayaan duniawi tidak akan dibawa sebagai bekalan. Kita ini ibarat pedagang di dunia ini. Ambillah bekalan yang secukupnya untuk hidup di akhirat yang kekal hakiki.

Bermegah-megah dengan dunia dan melupakan akhirat boleh menyebabkan kita dimasukkan ke dalam api neraka yang panasnya tidak terbayang oleh lima pancaindera kita. Allah telah membuat penegasan berulang kali bahawa sekiranya kita mengetahui akan betapa bahangnya api neraka dan betapa azabnya siksaan-Nya, maka kita akan sedar betapa kita tidak seharusnya bermegah-megah dengan dunia. Kesedaran ini amat penting bagi kita kerana ia akan mempengaruhi tindakan kita dalam menempuhi dunia yang penuh dengan cabaran ini.

This entry was posted on Saturday, October 21st, 2006 at 6:02 am and is filed under Catatan usrah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Usrah – 20 Oct”

  1. mrq on October 21st, 2006 at 6:46 am

    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat
    baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai
    sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
    mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah
    Al-Baqarah ayat 216

    kite sayang harta tapi adakah harta padahal harta itulah yg menjadi tangan yang penarik kite ke neraka.

    kite malas bangun sembahyang malam padahal sembahyang inilah yg menjadi tangan yang menolak kite ke syurga insyaallah

    ana mengingatkan diri ana dan diri rakab2, moga2 kite mendapat manfaat insyaallah

  2. ads on October 23rd, 2006 at 10:55 am

    ad-dunia mataa3un….

    its a very2 good effort here ikhwah, with this great beneficial blog insyaALlah….

    keep up!I will keep reading…
    rouhul jadid

Leave a Reply